Thursday, October 23, 2008

warehouse sale

Best2...

Apa yg bestnya???

Apa lagik kalau bukan dapat membazirkan wang. Shopping!!! Hiksss...

Ada warehouse sale kat stadium melawati, Shah Alam. Pergi la meramaikan orang kat sana. Start hari ni sampai weekend. Tak ingat plak sampai hari pe. Warehouse sale di anjurkan oleh Metrojaya. Sales up to 70%. Uhh...

Sangat terliur kan melihatkan angka 70% itu. Kerana sahabat aku juga kaki jalan, kami menyinggah la. Bukan kejap. Dekat 2jam gak le. Haihh.. Tu belom sempat menjejakkan kaki ke bahagian kosmetik & minyak wangi. Rasa cam nak gi je lagik. Minyak wangi aku dah nak abeh. Kalau murah boleh aku rembat. Muahaha...

Owh... Lupa plak nak khabarkan yg sale itu bermula jam 10 pagi hingga 7.30 malam. Perhatian kepada perempuan/wanita. Anda tak dibenarkan bawa masuk handbag ye. So, sila dtg tanpa handbag. Ehehehe..

Bagi lelaki2 yg tak tahan nak menunggu or merempuh orang ramai. Anda dinasihatkan supaya tidak menjejakkan kaki ke situ kerana himpunan manusia sangatlah ramai. Tak tau nak gmbarkan camno punya ramai.

Beratur nak bayar tak hengat punya panjang la. Melingkar2 seperti ular dipalu. Ishh... Betul ni. Aku bukan sengaja nak ada2kan citer.

Haihhh... Mestilah aku tau macam mana lingkarannya sebab aku pun berada dalam lingkaran itu. Lalala... Sebab tak tahu nak pilih yg mana satu baju yg aku berkenan, aku rembat dua2 skali. Nak gi fitting room??? Malas r saya. Nak kejar masa lagik tu.

Mungkin ni la hikmahnya aku tak beli baju kat stesen lrt tadi tu kot. Aku dapat rembat sekali dua. Miahahahha... Member aku pun banyak gak membeli. Tapi dia membeli tuk anak buah dia. Aku takde anak buah ma. So, beli tuk diri sendiri je la.

Boleh tahan jugak la sales nya. Takde la murah bebenor. Barang2 kat situ pun boleh tahan jugak. Tapi haruslah rajin nak menyelak pakaian kat blah bawah. Geledah la korang puas2 hati.


~~~Tadi aku nampak FF. Siapa tu??? Farah Fauzana la. Ngan mak & besfren dia. Besfren dia laki. FF takde la besor mana sangat. Kecik. Sweet je orangnya. Lama gak aku usha. Aku mintak pengesahan dari member aku. Dia sahkan betul tu FF. Takde plak pic tangkap ngan dia. Dia pun pakai spek itam je. Nak cover agaknya. Hiksss... Sore betul macam kat radio tu. Cuma kurang garau je. Hiksss...

No comments:

Google