Wednesday, October 1, 2008

salam aidilfitri

1st of syawal...

Bangun pagi. Banyak kerja yg perlu disetelkan. Malam sebelum tu pun dah tido lewat. Keje last minit. Walaupun balik kampung awal, tetap juga lambat siapkan kerja2 rumah. Akulah mandur. Aku la juga yg kena membuatnya a.k.a kuli. Kalau bagi arahan kat adek2 aku memang menyakitkan hati sajo..

Pagi tu hujan turun. Agak lebat. Dari malam raya lagik. Mujur lepas subuh hujan dah mula kurang. dah seryat. Tu perkataan aku. Aku belajor dari opah aku. Korang belajar la ngan aku. Ramai dah kengkwn aku yg dah belajar word tu ngan aku. Maksud perkataan tu, hujan dah mula slow down. Nak stop. Pagi raya baru aku nak iron baju. Mujur mak aku tak bising.

Sebabkan hujan, mak kejan aku suruh siap cepat2. Gi masjid cepat2. Nnti tak yah la susah hati kalau tak punya tempat nak solat. Masjid kat kampung aku bukan la besor mana. Biler time raya, ramai yg balik kampung. Tu pasal masjid pun full house. Hiksss...

Seronok sembahyang raya pagi tu. Dingin je. Masa aku jalan kaki gi masjid hujan dah berhenti. Aku gi ngan mak & abah. Adek2 aku lembap bersiap. Diorang gi kemudian. Dah le diaorang gi kemudian, balik diaorang dulu plak tu. Masa aku sampai umah dari masjid, tgk adek2 aku dah bergelimpangan depan tv. Haihhh...

Kami bersalam2 di rumah sebelum gerak gi umah opah. Sampai kat umah, sedara mara yg lain takde. Diaorang gi kubur. Selalu gi petang raya. Mana nak sempat gi petang raya. Petang tu sibuk ngan aktiviti iftar besaran itu.

Biler sedara mara aku balik dari kuburan, mula plak beraya ngan pacik & macik & sedara mara yg lain. Kecoh. Riuh. Itulah suasananya. Belum kalau semua keluarga berkumpul. Lagik riuh dibuatnya. Kurang lagik 2 famili. Belom sempat beraya bersama famili, famili kita orang datang beraya. Continue selepas itu la jawabnya.

Lepas je famili kitorang balik, anak jiran opah aku plak datang melawat. Mujur la jugak masa diaorang datang dah sempat abeh beraya. Cuma ngan aku je cousins aku tak sempat beraya. Tak beraya ngan aku, manakan ada duit raya. Aku suruh diaorang datang beraya kat umah aku. Baru boleh dapat duti raya. Aku di cop kejam. Ahhh... Suka aku la. Hiksss...

Malam tu, lepas magrib sedara mara aku kat umah opah datang beraya kat umah aku. Aku menyediakan juadah bihun goreng singapore ngan kek batik. Banyak siot aku goreng mihun. Sampai 3 bungkug. Naik lenguh tangan aku mengaco nak bagi rata. Isk... Banyak gak sumbangan aku kat dapur masa kat umah hari tu. Sampai surender aku nak masak dah. Ahakss...

Aku kasik gamble citer semuanya dalam 1 entry. Tak kelaratan ma. Aku pun not in the mood nak tangkap gambar. Kamera aku dah serah kat adek aku. Diaorang pun malas nak snap gambar. Haihhh... Terok betol diaorang ni.

So, tak banyak gambar nak ditayangkan.

Percubaan pertama nak bergambar ngan adek bongsu aku. Tak jadi. Aku plak tertutup mata. Isk2...

Percubaan kedua baru berjaya. Tapi adek aku plak buat kopiah dia camtu. Cam bujal je. Ehehehe... Kitorang nak gi umah opah. Sedondon kan?? Kami 1 famili sedondon. Lalalala...

Brooch rantai fesyen baru yg patutnya aku nak bagi kat mak aku. Tapi mak aku tak mo la plak. Dapat lah kat aku. Mak aku amek yg aku beli tuk aku. Lalalala...

Idlan beraksi 'giga'. Pandai sungguh budak kecik ni beraksi bila depan kamera. Kalau tengah menangis di suruh posing bergambar, dia boleh stop nangis. Dah abeh posing sambung balik nangis. Haihhh...

No comments:

Google