Wednesday, October 1, 2008

pagar raya

Hasil pagar yg telah dicat. Gambar cam kelam2 skit sebab aku snap dari dalam keta. Before ke umah opah aku.

Pagar kat umah aku ni siap di cat pada malam raya. Yo la... Abah aku tunggu adek2 aku balik baru nak mula proses mengecat. Yg botol2 tu cat diberi oleh opah aku. Kalau nak cat seluruh pagar, tak cukup la plak. Buat cat botol je cukup la.

Hari Ahad 28/9, baru diaorang nak mencuci pagar tu. Malam lepas terawih pun diaorang sambung cuci gak. Pastu jiran depan umah aku ngan baik hatinya bagi pinjam pam air yg tuk cuci dinding. Ha, cepat la skit keje mencuci. Kuat sungguh pancutan air tu.

Pagi Isnin 29/9, adek bongsu aku gi kuar ngan abah gi beli cat kaler ijau. Adek2 aku yg lain tak mo ikot. Tu yg bongsu kena gak ikot. Itu pun adek bongsu aku dah warning awal2. Kalau yg lagi 2 abang dia tak berkenan ngan kaler yg dia pilih, dia tak nak bertanggungjawab.

Petang tu jugak diaorang start keje2 mengecat. Tengahari buta. Mesti la panas & kepenatan. Bila diaorang masuk berehat, tetiba hujan plak turun. Tak dapat meneruskan keje. Tinggal 1 hari je lagi sebelom raya.

30/9 tu aku dah bising gerak adek2 aku bangun pepagi gi cat. Abehkan yg mana patut. Same like yesterday. Hujan turun di tengahari. Tapi tak lebat sangat. Petang tu dah tak hujan. Diaorang cat lagik. Setel...

Malam raya tu tinggal nak touch up yg mana kekurangan. Perghhh... Akhirnya siap jugak. Naseb tak terbantut hasrat nak mengecat seperti tahun2 sebelum tu. Ehehehe... Kombinasi kaler yg menarek. Good job to my bros...

No comments:

Google