Monday, October 13, 2008

pengganti

Aah... Dah de pengganti. Pengganti tuk apa??? Pengganti tuk menjaga cousins aku itu. Kan pernah aku stori pasal bibik mereka yg banyak songeh lepas orang bagi cuti yg lama tuk beraya. Tak reti bersyukur betul Isk2...

Kali ni pengganti pembantu rumah pacik aku sangatlah muda. Umurnya baru 20 tahun. So, tak panggil la bibik. Tak sesuai nak panggil bibik. Lebih sesuai panggil nama sahaja. Cousins aku yg pun panggil dia kakak. Namanya Dila.

Pacik & macik aku gi jemput si Dila ni kat umah abang dia kat sekitar Pantai Dalam kalau aku tak salah rumah abangnya. Hmm... Tgk tu. Siap gi jemput kat umah. Harap2 kali ni elok la. Budak2 tu pun boleh je get along. Very well ke tak kena tunggu la 2,3 minggu. Baru 1 hari, aku lihat ok je diaorang.

Kali ni macik aku train elok2. Jangan bagi senang sangat macam pembantu yg pertama. Tambah plak ada opah aku sebagai mata. Opah aku dok jadi reporter gak le. Dok soal siasat lebih kurang. Pastu report kat aku, macik & pacik aku jugak.

Hari Ahad, letih jugak si Dila tu. Pacik aku wat makan2 skit. Panggil macik aku, kakak pacik aku yg sulong 1 famili ke umah. Mujur 1 famili je. Kalau banyak famili, lagi kepenatan la si Dila. Kita tunggu je la camne performance si Dila ni nanti.

No comments:

Google