Tuesday, October 7, 2008

kerja kerja kerja

Hari ini hari pertama aku mula kerja selepas seminggu bercuti. Terasa lama & indah sungguh percutian aku walaupun hanya dok di rumah sahaja. I don't care. As long as aku dapat spend time dekat rumah aku a.k.a di kampung halaman yg terindah, aku sudah berasa puas hati. Lagipun skang kampung halaman aku dah upgrade banyak. Tentu macik aku yg dok UK tu akan terkesima melihat kemajuan bandar warisan setelah sekian lama meninggalkan bumi Malaysia. Hiksss...

Aku rasa aku takkan punya banyak masa tuk update blog kesayangan kepunyaan aku ni. Kalau ada pun juz a short entry. Kot je la. Aku hanya boleh merancang tuk hari ni. Sok2 tak tau lagik camno. Keje tengah berlumba2 nak kena setelkan. Lagipun aku dah bertekad nak menjadi pekerja yg lebih berhemah & efisen. Lalalala...

Hari ni mula kerja aku dah kena keluar. Sambil menyelam minum air. Sambil menyiapkan kerja aku sambil mencuci mata. Akhirnya aku ketemu ngan 2 barang yg memang sedang aku jejaki. Alhamdulillah.. Melayang sudah wang aku. Haihhh.. Dah abeh raya pun maseh shopping. Tuk apa plak kali ni?? Deepavali??? Muahahaha...

Pagi tadi aku sedikit kelambatan melaporkan diri tuk kerja. Haihhh.. Masih mood cuti ma. Dah le dengan sengajanya aku bangun lambat. Huksss... Sok2 je la aku bangun awal. Hari ni bagi chance kat aku nak bermalas2 lagik. Pasni kalau nak breakfast or tapau breakfast kena la sediakan sendiri. Aku masih berhutang satu citer berkaitan ngan entry semalam tuk korang. Nanti aku stori la. Tunggu...........

Ok la.. Kena berhenti kat sini dulu.. Ni je la yg termampu aku beri tuk hari ni. Entry lain yg dlm draft akan aku cuba publishkan secepat mungkin. InsyaAllah... Bagi yg baru mula kerja hari ni, kuatkan semangat yerk?? Hiksss...

SELAMAT HARI RAYA yg ke-7.

No comments:

Google