Monday, October 20, 2008

muda siottttt!!!

Semasa aku kuar menemui sahabat aku, pacik aku yg duda itu telah membawa pulang seorang perempuan yg dia katakan bakal menjadi macik aku. Beria benor dia nak tunjuk kat aku. Tapi sedikit terkilan bila mendapati aku tiada di rumah. Ehehehe...

Tapi aku sempat juga ketemu ngan bakal macik aku itu. Perghhh... Muda siot. Muda empat tahun dari aku. Alahai... Tapi pangkat tetap tak berubah kalau dia kawen ngan pacik aku. Still kena panggil macik. Lalala...

Masa tu aku dah nak sampai kat umah. Pacik aku tu plak baru nak gerak balik. Berjumpa la kejap ngan bakal macik aku tu. Bersalam & bertukar2 senyuman. Ala kadar je..

Masuk rumah terus aku serbu opah aku. Tanya amacam ngan calon kali ni. Opah macam dah berserah je. Kalau dah jodoh & famili perempuan tu restu, go on je la. Wat pe nak menduda lagik. Hmm...

Dapat macik muda la aku. Muda dari aku plak tu. Muda dari beberapa orang sepupu aku. Haha... Cinta tak mengenal usia. Cinta itu buta. Hikss... Terasa lain macam je aku nak ulas panjang2 pasal ni. Aku sendiri pun maseh keadaan terumbang ambing. Lalala...

Owh... Sekejap je berita pacik aku ni bawa balik calon macik aku jumpa opah aku ni tersebar. Sampai mak aku pun tau gak. Aku tak ingat aku ada beritahu kat mak aku ke tak. Kalau aku de bagitau pun, mungkin 2,3 hari sebelum tu kot. Aku pun tak ingat.

Mak aku ngan sepantas kilat telah roger opah aku tuk mengetahui perkembangan semasa pasal pacik aku tu. Ehehehe... Kelakor plak famili aku ni. Kalau gosip camni cepat je diaorang sebarkan. Hmm... Sekali aku terimbau kenangan lama aku. Takpe.. Abaikan je...

No comments:

Google