Wednesday, October 8, 2008

alkisah sebab delay 4 jam

Tersebutlah kisah mengapa perjalanan pulang aku tertangguh 4 jam. Bukan itu sahaja. Tiket bus pulang yg telah dibeli pada awalnya terpaksa burn. Ni semua gara2 si bibik pembantu rumah pacik aku yg sering aku glamerkan dia kat blog aku ni. Ala... Yg aku tak seteru sangat tuh.

Gara2 dia abeh semua orang kelam kabut. Buat suka hati dia je. Orang dah bagi kesenangan & kebebasan, dia balas ngan buat perangai camni. Buat taik tol. Dah le susahkan pacik & macik aku. Pastu terpaksa la menyusahkan opah aku. Opah aku la kena tengokkan anak2 pacik aku skang ni. Sebab opah aku juga la aku kena tangguhkan kepulangan aku.

Sepanjang hari raya dia bercuti. Majikannya ngan baik telah membenarkan dia cuti 1 minggu. Nak abihkan masa & berhari raya ngan laki dia. Lagipun dia dah 2 tahun kerja. Boleh la bagi muka skit dia nak cuti. Dah tu dah kawen plak. Bagi chance dia spend time ngan laki dia la kononnya tu. Tapi dia tak kenang semua kebaikan itu.

Patutnya dia pulang semula ke rumah ari Ahad, 5 Oct. Petang tu sekitar jam 4 macik aku call tanya bibik nak balik kol baper. Macik aku dah sampai dari kampung dia kat Pahang. Laki bibik tu menjaminkan yg dia akan hantar pulang bini dia kol 8 malam. Kol 8 dah lepas. Masih tak balik lagik. 2 jam pastu dok tak de berita lagik. Macik aku kol lagik.

Boleh plak si bibik tu jawab kat macik aku yg dia nak balik Indon. Nak gi berubat kaki dia yg sakit. Dah balik dari Indon tu nanti baru dia sambung semula kerja ngan macik aku. Wah2... Sesuka hati mak bapak dia je. Dah le dok cakap putar belit je. Haihh...

Biler dah kata bibik tu tak balik umah, teros pacik aku roger aku kat kampung. Suruh angkut opah aku datang KL sekali. Masa tu dah kol 11 lebih. Malam. Uishhh.. Mana la nak ada kaunter tiket bus yg buka. Takpe la. Cuba naseb. Aku pun kol la kaunter tiket bus. Fuhhh.. Naseb baik. Diaorang tak tutup lagik. De bad news. No more tickets for the next day. Dah sold out.

Aku bgtau la pacik aku semula. Dia kata takpe kalau hari Isnin tu takde tiket. Hari Selasa pun takpe la. Janji aku bawa opah aku sama. Owhhh.. Masa tu girang sungguh rasa hatiku sebab aku bleh sambung cuti lagik. Mo tak girang. Aku dah le tengah mood cuti. Dapat lak tambahan cuti. Lagi gumbire rasa di hati.

Beberapa minit lepas tu aku menerima pekhabaran duka. Aku dikehendaki datang segera. Bawa opah aku. Haihhh.. Mana plak nak cekau tiket. Kalau aku balik drive sendiri takpe gak. Boleh pulang biler2 masa je. Ni nak kena naik kenderaan awam. Teringat plak tiket ketapi. Berserah je la. Gi website KTMB. De la plak tiket kosong. Tu pun tuk ketapi tambahan. Kol 10:31 pagi.

Maser tu dah dekat kol 11:30 malam. Kaunter dah nak tutup. Abah aku dah tempah kot tepon. Gi stesen tu amek tiket & bayor harga tiket je. Lama perjalanan ngan ketapi. Takot opah aku tak selesa je. Ye la... Orang lama kalau kena dok setempat lama2. Mo lenguh badan2. Tapi nak buat camno. Ni kire cam darurat gak le. Terpaksa macik aku cuti on Monday. Takde orang nak tengokkan anak dia. Ni semua gara2 pembantu yg tak mengenang jasa.

Pacik & macik aku merangkap majikan bibik tu sangat la baik hati. Bila bibik tu nak keluar hujung minggu, diaorang bagi. Mula2 tu ok lagik. Balik umah sebelum hari gelap. Lama2 tu dah lemak. Balik malam. Alasannya bus takde. Nak dijadikan kebetulan. Bus kat kawasan kediaman kitaorang tu memang agak susah skit. Kena alert time bus gerak.

Dah le majikan si bibik ni dah book tiket tuk dia balik Indon masa raya haji nanti. Dia kat nak cuti seminggu. Nak balik ngan laki dia. Katanya la. Baru je bulan 6 hari tu macik aku renew permit kerja. Skang ni ngan bibik tu mana ada pasport. Kalau kena tangkap memang kompem la boleh kena tangkap.

Owh... Sambung balik kisah bibik tu. Masa malam yg macik aku call bibik, dia bleh cakap ngan angkuhnya. Sangat belagak la. Dia kata nak tunggu laki dia dapat gaji. Pastu diaorang nak balik Indon. Gilok r.. Gaji aku sekali dapat pun blom boleh lagik nak tanggung 2 orang pergi & balik Indon. Camno gaji laki dia dpt tanggung mereka berdua??? Walallahualam...

Pastu bibik tu plak macam bagi arahan kat macik aku. Dia kata sok harinya iaitu hari Isnin dia nak datang umah nak amek kain baju & barang2 dia. Pastu nak amek pasport. Wah2... Dia plak yg bagi arahan kat majikan. Suka hati dia je. Terus macik aku naik hangin. Tak pernah2 la dia naik hangin. Skali tu memang dia naik angin giler..

Boleh si bibik tu kata, "Ibu nak ambil pembantu lain, ibu ambil la".

Macik aku balas la balik, "Kamu ingat ambil pembantu tu bayar pakai angin je ke".

Pandai menjawab tol bibik tu. Biler orang marah pasal laki dia dok hasut dia jangan keje jadi pembantu rumah, backing plak laki dia. Dia kata dia kawen pun pasal jodoh dah tiba. Ishhhh... Tu budak sekolah rendah pun boleh guna alasan kalau pasal jodoh. Yg aku dengar plak lain versi pasal bibik nak kawen.

Bibik tu kuat melayan. Abeh sumer laki yg call dia dilayannya. Cakap gatai2. Isk2... Aku kata yg benar. Aku pernah terdengar ma bibik tu borak. Dahsyat.. Bibik tu de gitau kat opah aku. Saper lelaki2 yg nak kat dia yg bagi cincin dulu, dengan orang tu la dia kawen. Boleh??????????

Kawen ngan saper yg cepat bagi cincin kat dia. Kemaruk sangat nak kawen agaknya. Nak tunjuk yg dia tu laku sangat la tuh. Haihhh...

Skali pacik aku gertak bibik tu teros dia jadik gabra & takot. Ye la... Bibik tu buat main2 je. Ingat kitaorang ni kanak2 ke nak di main2kan putar belit cakap. Citer pasal dia ulang alik gi umah paman dia kat Alor Star. Mudah benor. Sedangkan aku nak dapat tiket pun payah. Takkan dia jalan kaki je kot balik Alor Star tu. Huhhh... Tak masuk akal...

Skang ni bibik tu dah tak call. Macik aku pun tak call dah bibik tu selepas pacik aku warn macik aku. Takot gak kalau bibik tu sambung keje, lain plak jadinya. Time orang sumer gi keje, bibik tu lari tinggalkan budak2 kat umah. Takpun dia kasi clearance umah pacik aku. Ha, tak ke naya.

Tapi tu la... Banyak dah terbazir. Tiket kapal terbang dia. De tukar tarikh yg kena denda lagik. Uhh... Geram beb kalau ikotkan.. Walaupun aku tak de sangkot paut sangat. Banyak pro & con de pembantu. Nanti la aku kisahkan pulak aktiviti aku setelah tiada pembantu di rumah pacik aku. Ehehehe...

No comments:

Google