Wednesday, October 8, 2008

reply for Yumss

Ini adalah balasan kepada surat Yums cik Senior Exec yg bertarikh 6 Oct 2008.


Menemui sahabatku saudari Yums yg telah berdua tapi tidak mahu mengakuinya,


Surat saudari telah selamat sy terima & telah membacanya dengan teliti. Maaf yg saudari pinta telah pun sy terima. Hendak dibuat apa lagik. Tak sudi kiranya saudari menjejak kaki lama di bumi bertuah Taiping lebih dari 24jam. Sekejap cuma saudari sekeluarga di bandar warisan itu. Belom panas bontot sudah berangkat pulang. Huhuhu...


Tapi mahu dibuat bagaimana. Saudari harus mengikut kehendak famili. Owh... Saya paham. Saudari juga ada menjemput sy ke rumah. Bebesar hati sungguh sy dengan jemputan saudari itu. Akan sy khabarkan kepada rakan2 yg lain. Mungkin kami boleh buat tour open house. Bila lagik. Ini la masanya.


Untuk pengetahuan saudari yg mungkin tidak berapa ingat. Kebanyakan rakan2 kita (termasuk penulis surat) tinggal sendirian. Tidak punya ruang yg elok/sesuai tuk di adakan open house. Di fikiran saya, saudari mempunyai kesesuaian untuk mengadakan rumah terbuka & menjemput kami semua melawat saudari di rumah. Jika tidak, kita tunggu sahaja jemputan dari Kathy suami isteri.



P/s: Sy amat berharap SANGAT saudari sudi mengadakan rumah terbuka & menjemput rakan2 yg lain membuat hingaq di rumah saudari.


Salam sayang dari sahabat mu yg mencintai merah,

~~~R3DL0V3R~~~




Pecah kaca pecah gelas,
Balasan dibaca harap anda puas.

No comments:

Google