Friday, October 3, 2008

3 mlm berturut

MENGERIKAN!!!

Itulah yg aku rasa seawal bangun pagi ini.

Kenapa????

Mengapa harus begini???

Sudah 3 hari berturut2.

Mula2 mimpikan kamu call. 1st time aku tak angkat sebab tak dengar bunyi call. 2nd time aku dgr bunyi fon aku. Tapi tak angkat gak. Aku hanya mengamati musik yg kuar dari hp aku. Macam aku kenal. Dah lama tak berkumandang kuar dari hp aku. Seperti ku kenali bunyi itu. Tapi ingat2 lupa. Bila aku hampiri hp aku & melihat paparan nama di skrin, aku jadi aku. Tak angkat juga. Kemudian aku terjaga dari tidur. Tidak tahu apa kesudahannya.

Malam ke-2 pun sama. Masih orang yg sama. Cuma aku dah tak ingat pasal apa.

Malam ke-3 sekali lagik aku bermimpi. Kali ni aku berpeluang komunikasi dengannya. Aku bertemu 4 mata dengannya. Kami berbual. Kami berbicara. Kami menaiki keretanya. Bercakap. Aku kurang pasti isi perbualan kami. Tapi aku rasa indah. Mungkin kerana aku rindukannya?? Itu mungkin juga kemungkinan yg terselit. Hmm...

Apakah ini semua mempunyai maksud yg tersirat??? Aku cuba elak dari pikirkan di sebalik maksud yg terselit. Aku lebih gemar menganggap ia adalah mainan tidur kerana aku keletihan. Huhuhuhu...

Aku mendoakan dia bahagia. Itu sahaja. Walaupun tak mudah tuk aku melupakan kehadirannya dalam hidup aku. Aku pasrah. Aku berserah. Moga aku kuat semangat menempuh hari yg mendatang. Aminnnn....

No comments:

Google