Monday, October 13, 2008

3 jam killing time

Pemandangan dari bilik menunggu

Hari yg sedikit membusankan sebab 3 jam dihabiskan kat tempat servis keta sahaja. Saper plak la nak amek aku gi beronggeng. So, kena la aku dok kat situ berangan selama 3 jam. Huhuhu... Naseb baik la memang tepat 3 jam. Kalau tak, mo kematu bontot aku kena dok situ je.

Mula2 tu aku mengeluh gak sebab takde tempat proper yg lebih selesa tuk menunggu. Ngan takde tempat makannya. Aku dah le tak sempat nak isi pewot seblom kuar umah. Isk2.... Tu la akibatnya kalau lebihkan tidur. Sayang nak kurangkan tidor. Bangun cukup2 time je tuk bersiap ngan punggah kuar segala khazanah yg dalam keta aku tu. Banyak khazanah. Bak MaiH kata khazanah aku tu menyebabkan keta aku terpaksa menggunakan tenaga yg lebih. Ehehehe...

Tu pun aku redah lalu tol je sebab nak kejar masa. Takot terlewat sampai. Dah le ngan aku tak begitu sure jalan nak ke pusat servis tu. This is my 1st time to go there. Alhamdulillah, tak susah nak cari. Berbekalkan alamat yg aku ada & panduan yg aku dapat dari google map.

Owh... Itu sudah menjadi perkara biasa bagi aku. Kalau aku tak biasa ngan tempat tu, terlebih dahulu aku akan cari jalan nak ke sana. Supaya lebih mudah tuk aku mencari. Agak ceruk gak le tempat servis tu. Aku belajar jalan baru. Bagus jugak tu.

Aku bukan nak puji lebih2. Tapi aku sangat senang ngan tempat servis tu. Tepat masa seperti yg dijanjikan, keta aku telah di ambil tuk mula operasi servis. Seperti yg dijanjikan, 3 jam selepas itu siap sudah.

Tengok tu. Sibuk bercerita pasal hal lain aku dah lupa nak masukkan citer yg kat tempat servis tu ada je kafe. Lepas busan hanya duduk melangut & menonton citer katun kat tv3, aku pun angkat punggung & mula gerak meninjau kawasan sekeliling. Sekali tu aku terjumpa ruang munggu yg lebih selesa & juga juga. Yabedabedu!!!!

Boleh aku terlelap kat bilik menunggu tu. Haihhh... Aku pun tak tau naper aku sleepy sangat masa tu. Non ado rasa segan dah. Dalam bilik tu de je orang lain yg dok menunggu sama. Ada yg bawa laptop berserta ngan alat broadband diaorang. Boleh diaorang online. Saya sangat kecemburuan melihat mereka boleh online. Oleh itu, saya telah pun pasang angan2 yg suatu masa nanti sy pun akan online seperti mereka. Hahaha..

Aku ada bawa sekali novel tu buat bahan aku membunuh masa yg ada. Tapi novel itu tidak aku gunakan. Aku hanya usung ke hulu & ke hilir. Buka & baca 1,2 baris je. Not in the mood to khatamkan novel itu. Haihhh...

Separuh hari cuti Sabtu aku dihabiskan kat pusat servis itu. Aku senang hati. Kenderaan aku telah berada dalam kondisi yg paling selesa. Juga telah dibersihakan luar & dalam. Aku sangat puas hati ngan servis yg mereka telah lakukan. Trimas bebanyak. Selamat maju jaya.

Untuk mereka yg mempunyai kenderaan keluaran proton & berada di sekitar Shah Alam, boleh la mendapatkan perkhidmatan menservis kenderaan di pusat servis yg terletak di Glenmarie. Ni alamatnya:-

No 14, Jalan Jurunilai U1/20,
Hicom Industrial Park, Seksyen U1,
40150 Shah Alam.
03-78031777



~~~Harga yg dikenakan standard harga kat pusat servis. Aku tak dapat nak klasifikasikan sebagai mahal/murah sebab this is my 1st exprience bawa keta gi servis. Ehehehe... Sebelom ni abah aku yg bawakan. Tuk major servis yg aku kena, harga pekhidmatan RM300. Bukan genap la. Sekitar itu harganya. Korang yg biasa tu nilaikan la yerk..

No comments:

Google