Tuesday, October 7, 2008

percutian tamat

Ye... Percutian aku telah tamat. Sepatutnya aku boleh cilok 1 hari lagik cuti. Tapi tak berjaya. Tu la... De lagik niat lain. Ehehehe... Aku pulang semula ke Shah Alam ngan menaiki ketapi bersama2 ngan opah aku. Harus membawa opah bersama2. Itu arahan dari pacik aku yg aku tumpang umah dia tu. Tu pasal delay kepulangan aku. Kire off day tambah 1 hari lagik la. On Monday. Hajat aku on Monday tu nak masuk half day. Tapi tak kesampaian.

Hari Ahad ari tu de sorang pacik aku yg nak balik KL. Dia ajak aku follow dia. Tapi aku tak nak. Aku rela naik bus. Kalau balik ngan pacik aku tu kena gerak awal pagi. Dah le ngan barang2 tak packing lagi. Paling utama alasan aku adalah aku dah beli tiket bus nak balik Isnin tu. Dah le harga tiket bus tu RM25. Mahal siot. Nak burn pun sayang.

Nak menjadikan tiket bus itu bukan rezeki aku. Aku memang tak dapat menggunakan tiket bus itu. Akan aku kisahkan panjang lebar nanti. Memang bukan rezeki aku betol...

Pandangan sebelah kanan aku. Ni la stesen ketapi kat kampung aku. Old skool.

Pemandangan sebelah kiri aku. Yg berkaca mata hitam & badan sihat2 tu adalah kawan aku. Nama dia Hafiza. Kat skolah dia dikenali sebagai Hafiza Gemuk.

Alhamdulillah perjalanan ngan ketapi berjalan lancar. Ketapi tiba tepat pada masanya. Ramai gak orang. Walaupun keadaan dalam ketapi agak bising, aku mampu gak curi2 lelap. Hiksss...

Ketapi dah hampir tiba. Menda alah ni baru je di turunkan oleh petugas KTMB.

Nampak tak jarum jam tu??? Kol 10.31. Waktu pagi ni. Masa ni ketapi dah mula nak gerak. Perghhh... Tepat la plak..

Abah yg hantar aku & opah naik ketapi. Abah balik sebelum ketapi gerak sebab abah tengah keje time tu. Kuar jap je nak hantar aku ngan opah aku. Isk2... Kotoq giler cermin. Kelabu asap.

Baru bangun tido ni. Aduhyaiii... Awat bulat je muka cek ni...

Nak tangkap gmbar pemandangan bebanyak pun tak best sebab cermin tak bersih. Ni la sedekit pemandangan thru tingkap aku.

No comments:

Google