Thursday, October 16, 2008

mengidam

Tetiba aku terasa seperti nak makan kerepek semalam. Aku pun khabarkan kepada sahabat yg dok di depan meja aku ini yg aku teringin nak makan kerepek. Tanpa sebarang maksud ye. Aku pun tak tau naper aku beria sangat teringin nak makan kerepek. Gaya orang mengidam je. Huhuhu..

Pagi ni aku dikejutkan dengan 2 botol kerepek. Ha, jangan cemburu ngan aku ya kengkwn. Dah lama tak terima layanan sedemikian rupa. Baru je aku sebut2 semalam. Hari ni dah muncul depan mata. Impian menjadi kenyataan. Ahaksss...

Ni la kerepek yg aku cari2. Kat umah pun de gak kerepek. Siap ada kerepek pedas pujaan hati aku lagik. Tapi kerepek pedas tu cam masuk angin. Tak masyuk. Ye, sy memilih. Nak yg sedap sahaja. Of coz la. Aku pasti korang pun takkan layan kalau kerepek tu masuk angin.

Owh... Lupa plak nak gitau yg aku idamkan adalah kerepek ubi. Ala, kerepek ubi biasa je. Tapi yg ada depan mata aku ni 2 jenis kerepek yg bukan seperti aku idamkan. Tapi aku layankan je. Ehehehehe...

Kerepek ubi ngan lada hitam. Best... Rasa berangin je pewot makan lada hitam. Ehehehe...

Ni plak versi pedas de serbuk cili. Yg ni aku kurang layan. Ehehehe...

Dah orang bawakan, banyak plak songeh aku. Aku bersyukur sesangat. At least aku dapat la tahan air liur dari meleleh sementara tunggu aku tunggu mak aku datang bawakan kerepek ubi yg aku nakkan. Hiksss...

Terima kasih bebanyak kepada Ida Murni sebab telah membawa 2 balang kerepek ini buat aku. Lalalala...

No comments:

Google