Monday, March 3, 2008

sabtu

Hari Sabtu adalah hari yg penuh ngan aktiviti. Siang nye aku tak rasa kepenatan. Tp biler malam menjelma, mata tak larat nak buka. Mujur takde citer menarek yg aku nak ikot. Lalalala...

Pe yg berlaku hari Sabtu yg lepas. Cousin aku bertunang. Majlis diadakan di rumah parents nye. Kat Pandan Jaya. Meriah. Besar gak majlis tuh. Sebelom ni aku tak pernah experienced majlis bertunang. Kali ni baru la aku merasainya.

What can I say??? Nak mendirikan masjid pada masa skang nih memerlukan bajet yg besar. Mcm2 yg perlu disediakan. Almaklumla, majlis yg pertama & terakhir, kalau diizinkanNya. InsyaAllah.

Aku tgk cousin aku, brg hantaran nak kene sediakan. Make-up tuk majlis bertunang je dah almost RM200. Blom lagik masa majlis kawen. Perghhh...

Selesai majlis tuh, dok rehat2. So, sasaran mereka, iaitu pacik's' & macik's' aku, adalah aku. Diaorg dok sakat aku. Kata diaorg, next month turn aku plak. Aku wat derk je. Tak amek pusing pun. Kata la apa diaorg nak kata. Aku blom punya calon yg sesuai. Plus poin, wat masa skang ni aku rasa blom cukup bersedia.

Owh, cukupla topik itu. Dari hari Sabtu asyik dok cakap pasal tuh je. Cam takde topik lain yg lebih menarek je. Ehehehe..

Sambung balik penceritaan aku mengenai aktiviti aku di hari Sabtu yg lepas. Lepas majlis selesai, abah & mak aku ajak gi tgk adek aku kat Melaka. Pe lagik, berangkat la kami ke Melaka. Sape lagik 'driver'nya kalau bukan aku. Hmm...

Official driver biler berjalan/travel ngan famili aku. Perjalanan yg sepatutnya makan masa sejam, jadi lama. Xtra. Sebabnya, jalan jem. Hari ujan. Pastu de eksiden kecil2. Dah jadik M'sian attitude, akan slow down nak tgk eksiden. Membuatkan lalu lintas menjadi lagik slow. Isk2...

No comments:

Google