Tuesday, March 31, 2009

talentime

Maaf sebab terlupa. Ala... Kalau aku tak ingat pun, ada orang lain kisah??? NOPE.

Aku dah nonton Talentime arahan Yasmin Ahmad. Hari Sabtu yg lepas. Ditemani 2 sahabat manisku. Thanx gfs.

Tiket telah di book & di ambil oleh secretary. Trimas.

Cerita yg biler ditonton sudah dapat meneka siapa pengarahnya. Cerita yg amat dekat di hatiku. Sebab apa aku kata camtu???

Keseluruhan penggambaran filem ini adalah di ibu negeri Perak. Suatu bandar yg old skool kalau nak dibandingkan dengan KL. Takde saper suruh buat bandingan. Aku je yg nak buat.

Cerita pasal 2 buah keluarga.

Satu keluarga campuran, Melayu & Mat Saleh.

Satu lagi adalah keluarga India.

Suasana persekolahan yg sangat membuatkan aku terimbau & teringat kembali zaman2 persekolahan aku.

I miss all those memories during my school day.

Kerusi kayu. Meja kayu. Kipas siling. Warna bangunan skolah yg old skool.

Hiksss.. Dah 2 kali aku menggunakan perkataan old skool di sini.

Aku tak suka la warna baru skolah aku. Huhuhu...

Ok... Kembali kepada cerita Talentime. Aku takde nak complaint apa2 sebab citer ni begitu dekat di hati tu.

Tak lupa juga diselit lawak yg mencuit hati. Kelakor beb. Memang gelak tak cover la.

Secara keseluruhan, aku suka citer ni. Lagu2 dalam citer ni pun best. Sampaikan lagu di mana scene Melur melihat Si Monyet kena pukul pun aku layan. Miahaha...

Tuk sinopsis yg lebih tepat, rujuk sini.

Sedikit kekesalan bila time kami menonton itu, bilik cinema yg kitaorang duduk hanya mempunyai 10-20 orang penonton je. Walhal, bilik tu skit punya besor & luas. Isk2...

2nd Day

How's my second day after Juvanex???

Alhamdulillah. Akhirnya aku berjaya mengosongkan tangki septik ku ini. Ini la perubahan yg aku nanti2kan selepas mengambil Juvanex.

Breakfast: Yogurt + Juvanex.
***Rasa tak puas breakfast hanya dengan yogurt. Tapi tak plak aku rasa lapar sampai time lunch.

Lunch: Bun(isi flos ayam) + A cup of coffee.

***Lunch adalah meal yg wajib di ambil walaupun tak rasa lapar. Kopi tu sebab musabab aku amek ada dalam entry ini.


Dinner: 1 slice honey dew + 1 slice apam balik + 1 bowl of fried rice + Juvanex.
***Banyak kan aku makan. Ehehehe... Honey dew & apam balik tu aku makan petang, lepas balik keje. Lapor. Malam plak, around 9 pm aku dinner nasi. Lewat gak aku dinner semalam. Ingatkan nak makan half bowl je nasi. Skali macik aku buat nasi goreng cili padi. Tak dapat tolak beb. Sedap. Tu pun ku tahan je nafsu supaya tak tambah lagik. Isk2...


Demikianlah menu aku tuk hari Isnin.. Nantikan hari ke-3 nya laporan.

Monday, March 30, 2009

trivia : IKAN

Our lunch at Fish & Co, OU.

What I ate. Fish & chips.

Our desserts of the day.

Cakap banyak pun tak guna. Just wait for my report bout my activities on Sat, 28/03/09. Thanx to my frens yg men'free'kan diri mereka tuk aktiviti ini.

.S.E.P.A.R.U.H.

Ahad, aku keluar lagi walaupun Sabtu aku telah keluar befoya2 bersama2 rakan2ku. Ahad, aku ditemani oleh .....

Berseorangan dalam lift. Aku yg serba kasual di hari Ahad. Bila pakai baju serba putih dengan jeans, terasa extra cool. Miahahaha...

Satu sebabnya, sila rujuk entry lepas.

Sebab kedua, rujuk entry yg akan datang. ***Ni kena tunggu aku dah wat entry tu nanti.

Hujung minggu yg sangat memuaskan hati. Alhamdulillah..

Apa kaitan separuh itu???

Sila lihat ini.

Ni adalah menu aku tuk brunch. Sizzling Yee Mee. Layan beb. Makan panas2 ditambah dengan sambal cili padi yg umphh..

Baru separuh jalan, aku dah terasa perutku sendat. Kena berhenti. Ni tak ikot sunah Nabi dah ni. Bila dah kenyang baru nak berhenti. Sebelum rasa kenyang tadi, tak mo plak berhenti. Isk2...

Gambaran dari atas plak. Hot plate aku maseh berisi separuh yee mee. Aku dah habiskan ayam, cendawan & juga telur. Mee itu memang tak mampu aku habiskan.

Mulanya cam nak pekena Laksa Shack. Bila mengenangkan bajet yg ada, makan kat food court la plak. Ukur baju di badan sendiri. (^_^)

Konyang sampai ke petang. Tak lama pun aku kat situ. Tak sampai separuh hari aku dah angkat kaki tuk pulang. Lagi lama aku kat situ, takot terjebak plak membeli sesuatu.

Ada promosi. Aku hampir tergoda. Bila selamat sampai kat umah, aku maseh membelek & menelek pamplet itu. Lalalala...

Hari ni sudah tidak lagi. Bersyukur sangat2 sebab berjaya menahan nafsu. Aminn...

sunway lagoon

Menuju ke pintu masuk Sunway Lagoon. Ramai orang dok beratur nak beli tiket masuk.

Aku tak masuk ke dalam taman tema ini. Aku hanya gi ke pintu masuk & kaunter beli tiket sahaja. Tuk pemegang JCard yg tak tahu mengenainya, meh aku nak habaq.

JCard boleh digunakan di sini untuk mendapat diskaun sebanyak 25%. Bagi yg tidak mempunyai JCard, bleh tunjukkan myKad anda ketika membuat belian tiket. Diskaun yg diperolehi adalah 20%. Beza 5% je. Bagi yg kisah, 5% pun kena amek kira(cth orangnya adalah AKU).

Ahad yg lalu, aku menerima jemputan tuk bersama2 berjimba di Sunway Lagoon. Jemputan diterima malam Sabtu (hari Jumaat blah malamnya bagi yg tak tahu maksud malam Sabtu tu).

Puas aku timbang tara. Pagi Ahad baru aku bagi jawapan. Aku ngak mo ikutan. Banyak alasan2 yg dah aku listkan andai aku diaju soalan kenapa tak mo ikot. Hiksss...

Mujur juga aku tak jadik join. Kalau tak, mo aku PANAS. Manakan tidak. Janji kol 10 pagi. Kol 11 pagi baru sampai. Parking. Gi cari contact lens la. Kol 11 lebih baru nak beratur beli tiket.

Kepantangan bagi aku kalau kelewatan adalah disengajakan. Bikin panas sahaja. Aku tak suka menunggu orang. Oleh itu, aku juga tak suka membuatkan orang tertunggu2 aku.

Walaubagaimanapun, aku tetap ke sana. Sekadar meminjamkan JCard aku. Owhh... Bukan kerana itu sahaja aku aku sanggup ke sana. Ada misi lain sama. Tu pasal aku sanggup ke sana walaupun tidak join ke Sunway Lagoon.

Puas hati aku kerana dapat memiliki itu barang. Tak sabar menanti malam menjelma untuk bersama2 dengannya. Lalalala...

Apakah barang itu???

In the next2 entry, I'll reveal it. (^_^)

Mungkin suatu masa kelak, akan aku jejakkan juga kaki ke Sunway Lagoon. Mari kengkawan. Bersuka ria di sana.

Jam baru menunjukkan angka 12 tengahari. Awan hitam telah datang. Salah satu sebab aku tak join. Skang kan musim ujan. Kalau pagi tak ujan, kemungkinan petang akan hujan.

Tata Sunway Lagoon. Lain kali sy datang berjimba di sini. InsyaAllah...

Itulah kisah aku dengan Sunway Lagoon.

lemon betol rasanya

Pertama sekali aku ingin mengkhabarkan bahawa aku telah berjaya memulankan program detoks yg aku gembar gemburkan sejak awal bulan Mac yg lalu. Baru kini, ketika hendak memasuki bulan April baru aku berjaya melaksanakannya.

Itu pun ada juga rintangan. Tapi aku tabahkan hati. Kentalkan diri supaya tidak mudah mengalah kepada rintangan yg mendatang. Berkat suntikan semangat dari rakanku jua. Hiksss...

Miss Xara, I dah berjaya ber'Juvanex'. Hiksss.. ***Nak jugak mention nama.


Inilah minuman yg berLEMON sungguh rasanya. Jemput minum...

Asalnya aku telah sebulat suara nak mula hari Ahad. Tapi aku menerima jemputan tuk berjimba & bersuka ria di Sunway Lagoon. Siap nak bagi aku diskaun lagik. Aku terfikir nak jugak join. Tambahan plak mendapat diskaun.

Atas beberapa sebab yg aku sengaja elakkan, maka aku tak jadi gi. Oleh itu, mulalah program detoks aku.

Tapi kan, aku de ngelat skit. Hmmm...

Buat pengakuan ngan seikhlasnya. Aku ngelat banyak. Aku mulakan mengambilnya petang Sabtu. Pagi Ahad, aku kena kuar. So, pagi Ahad aku dah skip 1 minuman. Petang Ahad tu baru sambung amek.

Pagi ni, aku tak skip dah. Aku cam kuciwa biler mengenangkan tiada kesan yg sepatutnya aku alami seperti yg telah diterangkan dalam pamplet yg di beri. Kenapa & mengapa???

Hanya 2 kesan yg aku rasa. Sleepy & headache. Isk2... Mana kesan yg menyebabkan perut ku lawas. Huhuhu...

Sebab kuciwa tiada kesan kelawasan telah menyebabkan aku mengambil secawan kopi. Hiksss.. Ni sebenarnya alasan & penyedap ati supaya aku tak berasa bersalah bila minum kopi tadi. Lalala...

Bismillah dulu sebelum minum. Uhh... Gayat masa memula nak minumnya.

Abis dah isi kandungan dalam shaker tu. Alhamdulillah.. Berdebar2 menanti apakah hasilnya.





~~~Memang sangat LEMON rasa minuman ku itu. Aku campur bersama dengan jus buah.

penantian sungguh menyiksakan

Cuaca yg sangat indah hari ini.

Tambah plak biler kena menunggu dalam cuaca yg panas. Walaupun ditemani penyaman udara di dalam kereta. Uhhh...

Tadi aku gi setel bil elektrik rumah. Bleh plak tak sampai bil elektrik kat umah. Aleh2 trime surat cinta berwarna kuning & tarikh akhir tuk buat pembayaran adalah esok, 31-03-09. Lambat bayar, kang tak pasal2 kami di rumah ber'earth hour'.

Camno earth hour korang???

Aku kuar awal dari time lunch hour ngan harapan tak perlu beratur panjang kat lane drive thru. Tapi sangkaan ku silap. Kena baris panjang dari biasa. Sabor je la. Nak bayar di kaunter kat dalam pejabat tu pun tak bleh. Parking udah penuh.

Saksikan la gambar2 ini.

Setelah aku berasa tahap kebosanan telah memuncak, aku teringatkan akan kamera hp ku yg berkuasa 1.3mp.

Bagi pelajar lepasan SPM yg berminat tuk masuk Uniten, leh la gi hari terbuka mereka. Tuk lebih nyata tarikhnya, sila click pada gambar tuk enlarge.

See. Orang parking keta sampai kat luar. Kat dalam, parking dah full. Ramai plak orang.

Aku yg terlelap menunggu giliran. Perabihkan minyak keta gue sajor. Uhhh...
***Ini adalah lakonan semata2. Tak fotogenik tol gue ni...


Maseh ramai lagi yg menunggu giliran mereka bila aku dah hampir tiba di kaunter. Yg sedang beratur, sila menunggu dengan penuh kesabaran seperti sabar nya aku menunggu giliran aku tiba. Tolong jangan ada yg potong q pada masa2 genting seperti ini. Orang dah penat beratur, aleh2 ada yg potong q. Buat panas tol...

Terima kasih buat mereka & juga aku yg sabar berbaris dengan panjangnya. Sabar itu adalah separuh daripada iman. Aminnn...

Friday, March 27, 2009

menonton bersama yukk

Siapa pernah menyertai Talentime??? Maser kat skolah dulu de gak acara camni. Peserta favorite adalah Fizah la. Saper lagik. Ehehehe...

Kali ni filem Yasmin Ahmad yg sedang ditayangkan di pawagan adalah citer Talentime. InysaAllah, kalau takde aral melintang aku akan menontonnya esok. Plan secara tiba2. Tiket dah book.

Untuk mengetahui lebih lanjut, bleh dapatkan info di sini.

Disebabkan plan aku nak menonton filem ni juga telah menyebabkan miss Xara terjebak tuk menonton filem sama di keesokkan harinya. Dia siap nak marathon lagik. Adehhh... Nak jugak.

Not this time. Another time. Lepas nonton, nak gi jejalan window shopping. Berborak lagik. Kalau marathon, terhad plak masa tuk diluangkan bersama2. Hiksss...


Sinopsis:
Sebuah pertandingan pencarian bakat mempertemukan dua hati - Melur, seorang gadis Melayu kacukan dengan seorang pelajar lelaki berbangsa India, Mahesh. Melur, dengan suaranya yang merdu, bernyanyi sambil bermain piano adalah salah seorang daripada tujuh finalis pertandingan Talentime sekolahnya, di bawah kelolaan Cikgu Adibah.

Begitu juga Hafiz, memikat dengan bakat nyanyian sambil bermain gitar, yang membahagikan masa antara persekolahan dan bersama ibu yang dirawat di hospital kerana menghidap tumor otak. Ia bermula selepas Mahesh, antara pelajar yang ditugaskan menjemput finalis ke sekolah bagi menjalani latihan, menghantar surat pemberitahuan lulus ujibakat ke rumah Melur. Rupanya yang kacak memikat hati gadis itu. Di awal perkenalan, malapetaka menimpa keluarga Mahesh apabila bapa saudaranya, Ganesh yang menjaga keluarga itu sejak ketiadaan ayah, mati ditikam di hari perkahwinannya.

Melur, menyangka sikap membisu Mahesh kerana sedih dengan tragedi itu, berang apabila terus tidak dipedulikan. Dia bagaimanapun kesal selepas diberitahu oleh Hafiz mengenai keadaan sebenar Mahesh.Itu merubah persepsi Melur terhadap Mahesh. Begitu juga Mahesh yang menyenangi kehadiran gadis itu yang sering mengungkapkan puisi indah. Mahesh, menyedari perhubungan itu akan ditentang, menyembunyikannya daripada pengetahuan ibunya yang masih berduka di atas kematian Ganesh. Namun, rahsia itu terbongkar dan Mahesh dipukul di depan Melur sendiri. Cuma sehari sebelum berlangsungnya pertandingan, apakah Melur cukup gagah untuk menyanyikan bait puitis lagunya ketika hatinya sedang sengsara mengingatkan Mahesh? Bagaimana dengan Mahesh yang bertemu cinta pertamanya? Di malam Talentime, segalanya terungkai.


~~~Credit to talentimethemovie.com.

EARTH HOUR



Tarikh : 28 MAC 2009
Masa : 8.30 malam hingga 9.30 malam.

Saje nak ingatkan korang je. Di samping ingatkan diri aku. Bleh lawati web site mereka tuk maklumat lanjut. Yg dengar kat radio pagi tadi, 8tv & Hot fm akan berhenti siaran selama sejam. Padamkan lampu. Padamkan elektrik. Bertafakur la selama sejam itu.

Tapi kan, kalau aku on kipas, kire halal la ye.

Aku tak kisah sebenarnya dok dalam gelap. Ingat lagi masa tahun 1996 kot. Yg satu Malaysia takde elektrik. Syiok je bergelap. Tapi tu la. Bile nak tido, aku susah nak lena. Naseb la maser tu kat umah opah aku. 2 tingkat. Buka tingkap pun, maseh leh kawal rasa takot. Hiksss... Lambat la aku nak lena.

SE w595

Bersempana ngan ulangtahun hari lahir adek aku, hari ni. Aku up kan satu entry buat dia. Hiksss... Terimalah.

Ni adek aku no 2. Kami panggil dia Chik. Dia baru lepas SPM. Skan ni sibuk mencari peluang menyambung pelajaran.

Tempat aku pow dia makan petang a.k.a lunch lepas aku temankan dia setelkan 1 misi penting. Dia bermurah hati nak belanja aku. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.

Aku yg sedang memberi arahan kat adek aku. Suruh dia gi beli donut big apple. Teringin nak merasainya. Dah lamer aku datang kat sini nak membeli big apple. Tapi tak kejadian. Sebabnya orang baris panjang sangat. Malas.

Alamak... Adek aku tak upload plak gambar donut 2 ketul nak bagi terliur orang melihatnya. Hiksss.. Not my taste la donut tu. De satu rasa yg membuatkan tekak aku terasa cukuplah kalau makan 1 je.

Sebab ini la adek aku belanja aku makan. Uwaaa.. Aku yg berangan dah lama nak berhp baru. Aleh2 adek aku yg ngap hp baru. Huhuhu.. Aku dah standby duit nak join adek aku membeli sama. Tapi de satu suara halus yg memaksa aku bersabar.

Aku suka hasil gambar dari kamera hp adek aku. Mana taknya. 3.2 mp. Jeles. Jangan citer la. Last year, adek aku yg no 1 dapat adiah hp dari gf nya. Ni plak adek aku no 2 beli hp baru menggunakan wang reward yg dia dapat. Adehhh... Bila plak aku nak dapat grin lite dari parents aku nak memiliki hp baru. Yupppss... I still need a grin lite from my parents. Golak la korang. Dun care..

Dengan ini, aku nak mengucapkan selamat hari lahir yg ke-18 buat adek aku, Chik. Semoga memperoleh lebih banyak kejayaan dalam hidup di masa2 akan datang. Mintak2 la nanti dia dapat further study kat area2 sini. Sonang nak ajak wat teman jenjalan.

Hari ni jugak besday sahabatku, Rozunayanti. Selamat melangkah ke Jubli Perak a.k.a 25 tahun. Semoga berbahagia selalu di samping insan tersayang.

Banyak no besday bulan 3 ni.

berjimba bersama rakan2

Morning!!! Hari ni aku tiba di opis awal dari kebiasaannya. Kol 8 am dah di opis. Mengapa??? Sebabnya awal lagik aku dah terjaga. Semalam aku berlayar awal. Kol 9.30 pm dah ketiduran.

Owh... Bercerita pasal dinner. Semalam aku dinner nasi bersama2 ngan lauk yg aku masak. Ntah le nak namakan apa. De chicken meatballs, mushroom, telur & tauhu jepun. Isk2...

Ni la juadah dinner aku semalam. Kol 6.30 pm aku dah ngap dinner. Sokojap jo masaknya..

Lauk yg takde nama. Patutnya kuah pekat. Tapi ngak ade tepung jagung tuk membuatkan kuah tu pekat. Isk2... Ikotkan hati, nak je aku buh tepung kastard. Miahahaha...

Kuah yg berlebihan tu aku jadikan sup. Sedap gak. Hahaha.. Makanan cam orang sakit je. Tapi aku suka rasanya. Ikot tekak aku, dah bleh telan. Siap bleh bertambah lagik. Kuatkan saje iman.

Nasi yg korang nampak tu skit je sebenarnya. Tak sampai satu senduk. Sebab gambar close up, tu nampak cam banyak. Huhuhu... Memang skit dari biasa aku makan dolu2. Rasa nak tambah je lagi. Tapi ku kuatkan semangat.

Menghitung hari ke hari Sabtu. Tak sabar nak berjumpa 2 orang sahabatku. Plan yg tetiba sajer dibuat. Tak disangka langsung akan menjadi. Thanx to miss senior exec kerana sudi nak berfoya2 bersama2.

Where to??? InsyaAllah, itu akan diberitahu kelak. Skang ni biar suprise. Aku memang excited giler. Bleh semalam aku terperasan hari Jumaat & today adalah Sabtu. Siap pikir2 lagik nak pakai baju ape. Miahahaha...

Thursday, March 26, 2009

serba ungu di hari bahagia

Disebabkan ada orang tak dapat attend majlis ni. Nah gambor tuk tatapan mu, cik Yums. Ni aku amek dari Shema. De lagik gambar2 lain dari Mai. Tungguuuu!!!

Gaya seorang pengantin baru.

Cantek berseri Puan Zamira. Taniah.

Bersalaman. Menyambut kedatangan si suami terchenta.

Ntah apa la yg dikecohkan si Zamira. Masa ni aku tengah bersantap.

Berarak masuk ke rumah tuk upacara bersanding pula.

Di atas pelamin indah. Time ni la yg aku citer dia dok diam. Hiksss...


~~~Diharap cik Yums senior exec berpuas hati dgn gambar batch pertama ini. Walaupun kualiti tidak seberapa.
(^_^)

count d calories

Minggu ni aku adalah sangat berhati2 dengan pengambilan kalori dalam makanan aku. Lame dah sedar akan perkara itu. Tapi takde usaha yg di ambil. Hiksss...

Start dari hari Isnin hari tu, aku telah mulakan tekad tuk menjadi sangat kiasu dengan jumlah kalori yg aku amek. Ni ikot dari sedikit pembacaan & research yg aku jalankan melalui internet. Dengan pengambilan jumlah kalori yg betol, insyaAllah, berat badan akan kembali normal.

Kena kuatkan iman. Lawan nafsu makan. Aku ni dah le suka makan. Tambah lak bila berjumpa ngan makanan yg sedap. Walaupun tak lapar, aku bleh je sumbat. Huhuhu...

Yg paling membuatkan aku nekad tuk mengawal jumlah kalori aku adalah kerana faktor badan ku yg udah melebar ini. Isk2...

Within 1 month je badan aku dah melebar. Kayu pengukurnya adalah baju yg aku tempah sebulan yg lepas. Aku lebih selesa kalau tailor amek ukuran badan aku tuk buat baju dari aku bagi baju contoh. Bila try baju yg dah siap tu, terasa seperti sendat, baru la membuka mata sepetku ngan lebih luas tuk mengecilkan badan ku.

Aku mengehadkan pengambilan kalori aku dalam 1200 - 1500 kcal 1 hari. Kenapa begitu???

Dari bahan yg aku research kat internet, aku dapati tuk lelaki dewasa, keperluan kalori mereka adalah sekitar 2000 kcal. Orang pompuan perlu jumlah kalori yg kurang dari itu. Ni kirenya aku pepandai je bajetkan jumlah pengambilan kalori aku banyak tu.

Korang kalau nak lebih tepat, sila rujuk kepada mereka yg lebih pakar.

Aku makan 3 kali sehari iaitu breakfast, lunch & dinner. Wajib. Elakkan mengambil dinner after 8 pm.

Skang ni, balik je dari opis tros aku prepare dinner aku. Simple dinner sajor.

Setakt ini menunya adalah; Isnin - mi goreng, Selasa - roti telur, Rabu - roti ngan hot dog, hari ni takde idea lagik nak dinner ape.

Maser aku goreng mi ari tu, kongsi ngan cousins aku. Mo plak diorang makan. Yg kakaknya pun menumpang tak hengat. Kire aku makan 3/4 dari portion yg aku buat tu. Adeknya makan skit je. Aku buat pedas. Mana tau diorang nak menumpang makan sama.

Ni la dinner aku di hari Isnin. Banyak no sayur. Paling banyak skali adalah taugeh. Ehehehe... Telur tu sedap. Sajer buat penambah rasa sebab mi tu takde bahan tambahan lain. Aku goreng simple je. Cumer tambah sayur. Telur sebagai sumber protien. (^_^)

Roti telur, menu hari Selasa, aku plak menumpang diorang adek beradek. Diorang nak makan roti telur. Aku buatkan. Tros roti telur tu jadi dinner aku.

Ni adalah favorite aku. Tak dapat nak menolaknya. Lunch di hari Rabu. Tapi nasi tu aku makan separuh je. Lauk pauk je aku hapuskan semuanya. Yg menyedapkan adalah sos ayam tu ngan cendawan itu. I loike. Tapi camno ek nak masak cendawan tu. Sedap sebab de rasa liat2 skit.


~~~Aku bukan pakar pemakanan. Aku bukan nak tunjuk pandai. Sekadar berkongsi cerita tuk memeriahkan diary hidupku.

PENUNGGU???

Orang tengah ade duit lebeh, nak shopping je la. Alang2 meneman adek aku, aku pun nak gak join shopping same. De la bajet skit. Hajat di hati nak mencari suor jean baru. Yg lama ni cam dah kecut skit. Walhal, aku yg dah membesor. Salahkan plak suar itu. Hiksss...

Kami ke Sunway Pyramid je. Plan awalnya nak ke OU. Tapi aku tak familiar sangat ngan tempat tu. Nak mencari kedai2 pun payah. Tros tukar tempat ke Sunway Pyramid. Keje aku, jadi penunggu. Dok tunggu adek aku je.

Adek aku ni, kalau aku tak ikot dia masuk dalam kedai yg dia nak masuk, mesti dia pun tak mo masuk. Nak jugak aku ikot dia. Bila dah dapat barang2 yg dia kehendaki, lemah je dia nak ikot aku plak mencari barang2 aku. Cittt...

Menunggu adek aku di depan A&W. Dia gi langsaikan beberapa hal berkenaan isi pewotnya. Ehehehe... Lamer btol. Rupa2nya dia dok cam whore dalam toilet yg chantek itu. Citt...

Mununggu lagik adek aku try baju. Agak mahal gak baju yg dia nak beli. Cam memusing kepala dia pikir nak beli ke tak. Ehe... Duit sendiri, tau plak nak kedekut. ***Kena gak kat diri sendiri. Lalalala...

Menunggu adek aku gi amek charger handphone dia yg tertinggal kat opis aku.

Kerana nak melunaskan hajat, adek aku tinggalkan hp dia kat aku. Pe lagik, menggunkan peluang yg ada tuk menggunakan kamera phone dia. Angin je adek aku nengok gambor2 yg aku amek. Baru sempat amek a few pics, adek aku mintak balik hp dia. Dia nak cam whore kat toilet. Huhuhu...

Kan bersinar skit gambar yg terhasil dari kamera phone adek aku. Ada pameran pe ntah kat ground floor tu. Aku tak gi tengok pun.

Kasut beb.. Cuci mata la sama. Walaupun tak tersenarai dalam barang yg nak aku cari & beli.

Lagik kasut. Siap de 50% diskaun. Berpinor gak mata aku melihat kad diskaun itu. Ni gambar terakhir yg aku amek menggunakan hp adek aku. Pastu dia datang mintak hp dia balik.

Abeh sesi menunggu & window shopping, tibalah sesi makan2. Mula2 tak nak makan pe2. Yo la. Hajat adek aku konon nak blanja aku atas kesudian aku meneman & membawa dia berjalan. Tapi dah dia dah berhabis banyak, tros tak jadi plak. Hiksss...

Aku ternampak Laksa Shack. Adek aku cam skeptikal skit ngan tempat tu. Tapi aku ajak gak dia makan. Aku kata la ade nasi kat situ. Dia pun ok je. Menjamu selera la kami di situ. Haruslah aku yg membayor. Dah alang2 aku tak membeli apa2 pun. Isk2...

Skang ni aku cam susah skit nak kuar duit tuk memenuhi kehendak aku. Hmm...

Ni menu pilihan aku. Laksa Sarawak. Boleh la. Tak kick sangat. Aku pilih air teh o panas. Dah kene kutuk dek adek aku. Dia kata kat umah pun bleh minum.

Ni plak menu pilihan adek. Nasi beriani bersama ayam masak merah. Air pilihan dia lime juice asam boi. Sedap gak.

Mulanya adek aku kater nak kongsi ngan aku bayar tuk makan2. Takpo la.. Akakmu ni boleh lagik nak membayor. Maseh mampu. Bior akakmu yg bayor.

Seboleh mungkin aku elak tuk bercerita masalah kewangan aku ngan orang lain. Pandai2 la aku manage duit aku. Setakat ni, alhamdulillah. Aku boleh manage lagik perbelanjaan bulanan aku.

ulangtahun ke 23

Gue takde gambar nak menghiasi entry tajok ni. Buh je la gambar aktiviti aku di hari bersejarah itu iaitu pada 20 Mac 2009. Sumer citer back dated. Ni sajer time yg aku de nak buka entry baru. Buh la sumernya yg aku ingat. Hiksss...

Hari Jumaat. Besday cousin aku, Hanim yg ke-23. Malam tu, gi umah macik aku. Hanim ni anak macik aku yg dok kat KL tu. Sekali ngan nak amek opah aku. Opah aku dah janji nak balik ke Tepeng ngan adek aku. Adek aku de kat umah pacik aku. Haruslah adek aku menemani kakaknya ini.

Tengahari tu, aku ngan rajinnya bawa keta ku gi basuh. Owhh... Silap. Keta abah aku la. Kan maser gi Gemas & PD naik keta abah aku ni. Prime car terlibat dalam eksiden. Ada abah aku tunjuk gambor. Tapi gambor de dalam lappy abah ku.

Luar sudah basuh. Dalam kasi bersih juga. Vacum bersih2.

Dalam butt pun vacum gak. Walaupun memang tak kotor. Cumer belah dalam je berpasir skit.

Lapik kaki dalam keta pun bagi basuh jugak.

Almost finished. Tapi awan hitam pula berarak datang. Uhh... Apakah?? Hujan mula turun bila aku nak gerak pulang.

Haihhh... Puas aku dok pikir. Mana plak datangnya scrath ini. Adehhh... Buat ati ku panas. Sblom ni memang de kesan calar. Skit je. Kalau gosok ngan cecair polish (tak hengat brandnya), bleh ilang. Sebab aku takde, tak pulak aku polish. Balik dari PD baru aku perasan. Sblom gi Gemas-PD, takde pun kesan calar ni. Uwaaaa... Camno nak buek bagi kesan calar terkeluar cat tu pulih. Bleh tak guna spray besa tu???

Wednesday, March 25, 2009

seketika di PD

AWAS!!!

ENTRY INI PANJANG..


Dari Gemas, kami sekeluarga ke PD (Port Dickson ye sayang). Kot2 le ade orang tak familiar ngan PD. Lalalala... Rasa cam PD makin menuju kesunyian. Aku tengok banyak hotel & rumah tumpangan yg seperti tak dihuni je. Mungkin tu hanya pandangan kasar aku. Hmm...


Bila sebut PD, aku teringat pada seorang sahabat lama aku. Kawan baik beb. Pernah berada di kotak hati ku. Bukan jodoh kami. Moga dia bahagia & gumbire.


Di PD, kitaorang dok 3 hari 2 malam. Bersama famili pacik & macik blah mak aku. De 4 famili semuanya. Paling best skali, kanak2 la. Sebab boleh berendam dalam pool puas2. Aku pun de gak turun pool. Melepaskan gian.


Satu scene yg tak menyenangkan berlaku pada petang pertama di situ. Mujur jugak cousins aku sumer dah naik ke rumah maser tu. Mununjukkan perlakuan yg amat tidak sopan.


Mereka sedang berehat di tepi pool. Masa dlm pool, siap de aksi melekap badan. Tapi aku bersangka baik dgn assume mereka mempunyai hubungan yg sah. Dah nak maghrib maser ni.


Mereka berdua membakar 'ubat nyamuk'. Tak ku kisah kalau si lelaki nye merokok (sonang citer). Yg pompuan pakai swimming suit itam itu turut join the club.


De 2 gambar ni je. Aku not in the mood sangat petang tu. Baru sampai. Keletihan beberapa hari sebelom tu maseh lagik terasa. Berasa nak landing saje. Katil pun nyaman je & seperti memanggil2 aku.


Malam tu aku tido awal. Isi2 rumah yg lain kuar berjalan2. Budak2 gi layan movie citer Baby's Day Out. Orang2 dewasa gi tawaf resort tu. Pastu, diorang gi karaoke. Aku dok melepakkan diri dalam bilik sajor. Nak tengok tv pun takde citer menarek.


Kol baper ntah le aku terlelap. Aku tersedar dekat kol 12 tengahmalam. Riuh2. Diorang baru pulang. Aku ngak peduli. Tros lagik tido. Sampai ke pagi.


Sangat berterima kasih aku kepada semua2 orang kerana memberi peluang pada aku bangun lambat keesokan harinya. Kol 9 pagi baru aku kuar bilik. Dah siap mandi ek. Terasa segar lepas mendapatkan tidur lena lebih dari 8 jam.


Join macik2 aku siapkan breakfast yg memang dah ready pun. Aku tolong makan je lebih. Lalala... Parents aku, pacik & macik aku termasuk opah & cousin aku baru pulang dari berjalan2 di tepi pantai. Cousins aku yg kocik2, dah melompat mintak nak mandi kat pool.


Sedap plak nasi goreng pagi tu. Aku maseh lagik mood tak rajin nak mengambil gambar. Uhh... Makanan penuh meja. Tengahari nye menu ala kadar je. Tak ingat plak aku makan pe.


Petangnya, aku kuar ngan abah aku. Nak ngantor surat kat post office. Bercuti, bercuti gak. Apa yg penting, hal urgent perlu disetelkan. Balik dari pekan ngan abah aku, abah ajak daki bukit ke Tanjung Tuan Light House.


Bilik yg aku dok tak sama ngan bilik parents aku dok. Maser aku sampai tu, penghuni bilik satu lagik tu dah kuar. Aku dok sebilik ngan opah & cousin aku. Diorang dah gi daki bukit tu dulu.


Maser tu plak aku pakai skirt. Tgh angin nak pakai skirt. Bercadang nak tukar pakai suar. Baru selesa skit nak daki mendaki ni. Tapi sebabkan tak nak bazir peluang yg ada, redah je la ngan skirt.


Tinggi gak bukit tu. Part curam, memang membuatkan aku mengah gak. Lama tak bersukan. Lalalala... Sedar. Tapi malas nak peduli.


Ni dah sampai ke puncak. Nak kena naik tangga ke light house.


Tinggi gak tangga yg nak kena panjat. Tapi sebab darah muda masih mengalir, ku gagahkan jua. Ececehhh...


Sedikit info pasal rumah api ni.


Bunga ape ye ni??? Tak baper cantek sangat gambar. Hanya mengguna kamera hp yg berkuas 1.3 mp.


Ni la rumah apinya. Dapat tangkap gambar separuh je. Takleh masuk ke dalam pun. Tengok dari luar je la.


Beberapa menara pandang yg ada dekat sekitar kawasan rumah api tu. Kitaorang tak gi pun. Sebab hari dah lewat petang.


Abah aku dok pegang dinding batu sebab nak kontrol rasa gayat. Aku pun gayat beb bila pandang ke bawah kot celah2 pokok tu. Nampak laut.


See... Aku daki bukit yg tinggi itu denga skirt jeans. Sangat selekeh.


Subhanallah... Chantek, indah & permai pemandangan ini bila dilihat ngan mata kasar. Kalau tengok melalui lensa kamera aku ni, besa2 sajer..


Percubaan mengabadikan wajah ku berlatarbelakang laut yg terbentang luas. Ni je la gambar paling menjadik.


Terasa luas je. Aman & damai. Ngan mata kasar, leh nampak banyak kapal2 nun di tengah lautan.


Burung yg menyinggah kat kawasan ni. Aku tak sempat baca notis board ni masa kat sana. Tangkap gambor je la.


Mak sy tgh berhati2 turun tangga. Dah ponat la tu. Hikss... Berjaya jugak omak den naik sampai ke puncak. Susah skit nak pujuk mak aku naik sama. Abah aku menggunakan ayat penunduk yg dapat membuatkan mak aku nak turut serta mendaki. Syabas.


Orang turun kot tangga. Abah aku nak gak turun kot situ. Isk2...

Malamnya plak ada sesi barbeque. No pictures la darling. Gambor di kamera orang lain, ada la. Aku makan dengan kuasa yg biasa2 sahaja. Burppp!!! Alhamdulillah... Abeh aktiviti barbeque dekat kot 11 malam.


Soknya, hari ke-3. Breakfast adalah menu orang putih. Bake beans, scrambles eggs, hash brown, burger. Hikss... Picture pun non ado. Asal letak je makanan, sekelip mata dah ilang disambar orang.


Lepas breakfast, budak2 dah terkinja2 nak turun pool. Hari tu plak hujan. Berendam mereka dalam pool bertemankan hujan. Ramai jugak yg terjun dalam pool hari2 hujan begitu. Aku pun ikot sama. Best la. Dengan kurang sinaran matahari, kurang jugak la proses pencoklatan kulit saya.


Walaupun percutian ini hanya sekejap. Cukup la buat nak berehat sebentar. Tapi aku ada satu lagik hajat. Isk2... Cam tak menjadi kenyataan je lagik. Have to wait after the 5 wiks project kot.
Google