Friday, May 16, 2008

renungan

"Dalam kita melangkah terkadang diuji dengan ujian yang terasa beratnya hingga kita terduduk dan menangis. Peritnya terasa, tetapi ketahuilah & renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata ketika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yg tersasar dari keikhlasan."

Sgt mendalam maksud ayat di atas, bukan??? Renungan tuk kita bersama. Mesej ini telah diforward oleh sahabat aku. Thanx mate.. Ntah naper tetiba I lemah ngan dugaan sekecil itu. Mungkinkah sejadah iman yg telah ku baiki telah terkoyak kembali?? Astaghfirullahalazim...

Ya Allah, kuatkan semangat ku kembali. DugaanMu yg sekecil ini pun terasa tak tergalas dek aku. Ampunilah segala dosa2 hambaMu ini..

"Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang mencipta segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang & menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu kerana DIA sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia, bukan DIA tidak tahu deritanya hidupmu, rretaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang DIA mahu kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yg selalunya lebih lunak & mudah untuk dekat & akrab denganNya. InsyaAllah..."

Ujian yg diberi adalah untuk menguji kekuatan & ketahanan iman kita. Allah takkan uji seseorg hambaNya itu sekiranya Dia tahu hambaNya itu tidak dapat menanggung dugaan yg diberi.

Isk2... Dua tiga hari ni byk yg aku fikirkan. Mcm2... Tak tahu nak gitau cmner. Tp belom de pe2 tindakan susulan yg aku wat.. Hmmm...

Sedikit renungan di atas tuk kita amek wat iktibar biler ditimpa kesusahan..

No comments:

Google