Thursday, May 22, 2008

ayat-ayat cinta


Another movie yg aku tgh smlm, AYAT-AYAT CINTA. Sebuah filem dari Indonesia yg menceritakan mengenai kehidupan seorang pelajar Al-Azhar yg bernama Fahri. Fahri menjadi idaman ramai wanita di sana. Bukan sahaja di kalangan warga Indonesia, tetapi juga warga Jerman & Arab. Ini semua kerana keperibadian Fahri yg amat disenangi oleh semua. Perkahwinan Fahri dengan Aisha seorg Jerman Islam telah membuatkan byk hati wanita lain terluka terutama sekali Maria yg merupakan seorg Arab Kristian dan juga jiran di flat yg Fahri yg tinggal. Maria telah byk membantu Fahri dlm melaksanakan segala tugasan dan juga mengenai penggunaan komputer.

Maria smpai jatuh sakit & tak kuat tuk meneruskan kehidupan selepas kemalangan yg menimpa dirinya. Bukan saja Maria yg kecewa. Nurul juga begitu. Sama jugak dgn Noura. Noura melalui bapanya telah menuduh Fahri memperkosa Noura. Untuk membantu melepaskan Fahri dr pertuduhan itu, mereka perlu saksi utama iaitu Maria yg ketika itu dlm keadaan koma.

Dgn izin dr Aisha, Fahri berkahwin dgn Maria walaupun Fahri tak menyetujuinya. (tp dah nama pun lelaki. dgn izin lagik. pasti die gembira dpt kawen lagik satu)

Mulia sungguh hati Aisha kerana memberi izin kepada Fahri. Demi melepaskan pertuduhan Fahri dr fitnah yg dihadapinya. Aku suka ngan cara pertemuan Fahri dan juga Aisah. Mereka bertaaruf. Kemudian melakukan istikarah. Itulah yg sewajarnya, bukan??? Melakukan istikarah, insyaAllah dpt menghuraikan belenggu yg kita hadapi. Itu adalah sebaik2 cara. Dgn bantuan dan izin dariNya, insyaAllah kt dpt wat keputusan yg terbaik tuk diri kita dan semua..

Tak silap aku citer nih blom tayang lagik kat panggung. Owh.. Aku dah sgt lama tak mengikuti perkembangan filem. Pe filem terbaru pun aku tak baper pasti. Isk2... Sejak biler aku jadi camnih pun aku tak pasti. Ehehe... Jika filem ni blom ditayangkan, aku akan nonton sekali lagi kat panggung plak kali.

Walaupun de beberapa pertikaian dlm citer nih. Aku wat2 tak nmpk je. Ehehehe... Korg bayangkanlah camne org Arab pun bleh berbahasa Indonesia. Kemudian tuh, org Jerman pun sama gak. Diaorg bleh cakap Indon. Siap bunyi sana lagik. Walaupun de gak terselit ngan bahasa Arab yg sejemput. Ada berciri2 Islam. Mb emosi aku smlm sesuai ngan jln citer nih. Kalau aku jadi tonton ni kat panggung, aku akan gitau camne feel nya. Ehehehe...

Byk gak yg aku citer pasal citer nih. Walaupun sekerat sana, sekerat sini. Cukup la tuh kan. Kalau aku nak citer btol2 dr mula smpai abeh, kang aku tak wat keje len plak. Ngadap blog nih je. Alhamdulillah, tersmpai dah hasrat aku nak membuat 2 entry ni.

No comments:

Google