Tuesday, December 16, 2008

selamat tiba sudah

Alhamdulillah... Adek aku telah selamat sampai kat umah. Dekat2 kol 3 pagi gak le dia sampai. Sampai je kat stesen teros gi pekena roti canai & teh tarik. Ummphhh... Sedapnya.

Sudah semestinya mak abah aku akan angkot lagik dua orang adek aku yg ada di rumah skang ni. Udah depa nak tido awal sangat la time cuti gini. Non adonya. Kalau aku kat umah pun, aku sama gak non ado tido awal. Kekadang kerana kepenatan aku tido gak le awal. Tapi tido kat ruang tamu. Bila adek2 aku nak masuk tido, aku suruh diaorang kejot aku. Baru aku masuk tido kat dlm bilik. Sesaja je. Dah jadi kebiasaan buat aku. Bila2 aku tersentot ngan diaorang, baru la aku betol2 masuk bilik & tido awal. Hiksss... Nak buek camno. Aku ni sensitip skit kekadang tu. Tambah2 lak bila 'kwn' datang.

Aku nak sambung skit lagik pasal citer weekend hari tu. Ari ahad pacik aku dah book dah bawa adek aku kuar makan. Bukan la dia sorang. Kuar reramai la. Skali lagik pacik aku bawa gi pekena piza hut. Hari tu masa adek aku yg kedua dtg tumpang tido kat umah pacik aku pun dia bawa gi piza gak. De la kot selang 2,3 minggu. Hiksss...

Rezeki adek2 aku. Adek2 aku je la yg selalu mai dok tumpang tido kat umah pacik aku. Dah kakaknya dok situ kan. Tu pasal la penyebabnya adek aku yg bongsu tu balik semalam. Kalau tak, hari sabtu aku dah hantar dia balik. Segan sebenarnya dok numpang umah orang lelama camtu. Cukup2 la aku sorang je yg dok menumpang. Nasib baik la pacik & macik aku tak baper kisah (Kelihatan dari luaran cam diaorang tak kisah. Dalamannya, walallahualam.).

Kuar gi makan2. Then singgah MPH. Aku tergoda membeli sebuah novel melayu. Sejak 2 menjak aku menjinakkan diri baca novel inggeris, aku dah kurang baca novel melayu. Bukannya aku eksen, belagak dah tak mo baca novel melayu. Tapi dah biasa sgt ngan story line novel melayu. Kalau rajin akan aku ulas pasal ini dalam entry akan datang. No promises.

2 hari je aku dah khatam novel melayu yg aku baru beli. Hiksss... Tapi takpe. Aku masih punya satu lagik novel inggeris tuk di khatamkan. Lalala...

Kesimpulan dari entry ni, aku nak simpulkan pasal pacik aku nye perangai. Setiap kali anak buah menumpang kat umah, pasti dia akan bawa jejalan or at least gi makan2 la. Setiap kali mesti camtu. Yg menerimanya setiap kali itu adalah adek2 aku sebab diaorang je yg selalu lepak kat umah pacik aku lebih dari 1hari. Muahahaa...

Opss... Lupa plak. De sorang lagik kazen aku ni. Dia jarang2 la tumpang situ. Setahun sekali je la setakat ni. Bila dia balik bercuti ke M'sia, baru la dia ada datang lepak umah pacik aku. Bukan takat umah pacik aku je la. Umah pacik, macik yg lain pun pasti dia akan gi menumpang walaupun hanya sehari.

No comments:

Google