Tuesday, December 23, 2008

bersama 3 sahabat

Ingatan
~~~Tak rajin aku nak pecah2 citer ni ke beberapa entry. Oleh itu, terimalah kisah yg panjang lebar ni. Ni pun aku dah cobe pendekkan & tak semua yg aku citer. Sila baca kalau anda tak dalam mode busan sbb semua hnya tulisan. Korang bayangkan sendiri je la.

Ni kali ke-2 aku menjejakkan kaki ke OU dlm masa 2 minggu. Kalau tak smpai tu, memang tak sampai la. Bl dah pernah smpai tu asyik la plak smpai. Sama cam kes Sunway Pyramid. Bila aku dah tau jln ke sana Sunway Pyramid la menjadi pojaan. Tapi skang aku dah de pojaan baru - OU.

Besor bukan main. Bleh sesat birat la. Kali pertama aku gi sendiri bersama adek aku. Kali ni aku gi ngan d gals la plak. Saper lagik kalau bukan teman aku minggu lepas. Odah & Diana. Kemudian aku jumpa plak ngan kwn aku yg sorang lagik, Maisarah. Lama jugak tak jumpa dak Mai ni. Padhal dok dlm area yg berdekatan je. Aku anggarkan la dekat. Dia kat Setiawangsa. Aku plak kat S.A. Mungkin pas2 ni bleh kita jumpa lagik.

Mai ni slh sorang dr geng shoping aku la. Kire ktorg sekaki la. Masing2 tahu pe yg dikehendaki. Satu lagik geng shoping aku adalah Dj. Tapi dah lama tak shoping sesama. Dia bz. Aku pun dah bijak shoping sesorang. Ahaksss..

Dalam keadaan darurat, menda yg kita tak biasa buat pun akan jadi biasa. Serius. Cuba kalau korang dalam keadaan darurat.

Cth la aku bagi. Korang nak terkucil. Keadaan lak masa tu gelap. Hari ujan lebat kat luar. Ngan guruh & kilat derdentum dentam. Korang jenis penakot. Tapi dah nak terkucil tak tertahan. Korang di tingkat atas (ni situasi rumah 2 tingkat). Masa tu plak korang sorang2 kat umah. Kalau tak gi toilet kat tingkat bwh dlm masa beberapa saat lagi, akan terburai la kat situ. Ni kira kes darurat gak le ni. Makanya korang kena lawan perasaan takot tuk melangsaikan hajat tu. Turun ke toilet seorang diri. Kalau yg jenis tak kisah, boleh je buraikan kat situ, apa kisah. Nanti korang cuci la sendiri. Hmm..

Aku hanya bagi 1 cth yg mgkin relevan ngan huraian aku pasal darurat.

Kembali kepada kisah aku. Aku ni bila dah dapat buat huraian, suka benor terlajak. Cukup la seadanya. Kembali kepada kisah aku di OU.

Memang takde tujuan besar pun aku ke OU bersama Odah & Diana. Mereka hanya peneman aku sahaja. Sambil2 window shopping. Aku je berhajat besar. Diaorang 2 tak berhajat apa2 pun. Yg hajat aku tu pun bukan hajat aku sesorang. Tapi hajat beramai2. Tu yg aku goda gak Odah tuk ngekor. Odah lak pastu goda Diana. Jadi la kami bertiga.

Seblom gerak ke ou, tuan rumah, iaitu Odah telah menjamu kami ngan nasi lemak. Kire brunch la tu. Makan pun dah kat kol 11. Bangun lambat. Sumer gara2 tido lambat la. Hiksss..

Gerak ke ou pun dah tghari. Mujur masa tu masih banyak parking yg vacant. Tapi kena gak tawaf beberapa kali. Hiksss... Odah yg jumpa parking dulu.

Owh... Btw, kami pergi naik keta asing2. Saja nak sesakkan parking kat OU. Biar orang lain tak dapat nak parking sama. Muahahaa...

Takde la. Itu bukan sebab sebenar kami naik keta berlainan. Sebab sebenarnya adalah kerana aku nak tros gerak blk umah dari OU. Dah tak jauh pun. Less than 30mins. Tu kalau jalan tak sesak la.

Odah plak nak tros gi hntar Diana balik umah. Tu yg masing2 nek keta lain2. Blom lagik si Diana drive sendiri. Kalau tak lagik byk keta. Byk la parking yg kami bolot. Ehehehehe...

Pusing2 dlm OU tu. Around 2 plus, Diana dah ajak kitaorg isi pewot. Katanya dah terasa lapar. Terkujat gak aku ngan Odah sbb km berdua blom rasa lapar lagik. Tapi tak lapar kami ni pun, masing2 order makanan berat.

Aku maseh setia ngan mi kari. Odah plak order asam laksa. Yg Diana yg beria nak makan, hanya order roti bakar. Ni sumer makanan yg kami pesan masa makan kat kopitam Ipoh white coffee. Kalau tak salah gitu la nama kopitiam nya.

But still, mi kari kat situ takleh nak challenge mi kari yg aku makan kat Alamanda. Perghhh...

Lepas makan, diorang gerak pulang. Aku lak tunggu kedatangan Mai tuk bersama2 membeli apa yg aku hajati. Sebenarnya, barang yg aku nak beli tu tuk hadiah kawen member ktorg. Alang2 dah Mai pun nak ke the Curve petang tu, tu yg singgah jap OU jumpa aku. Sama2 memberi idea & pandangan tuk adiah kawen mmber kitaorg.

Dengan bajet yg ktorg ada, dpt la rembat 2 menda. Sementara aku menunggu kedatangan Mai & setelah 2 sahabat aku tadi pulang, puas aku membelek & menimbang tara adiah apa nak bagi.

Lepas jumpa Mai, aku pun citer la barang2 yg bermain dlm kepala otak aku. Aku memberi beberapa pilihan buat Mai plak. Rakan kongsi yg lain serah kat aku je pilihan tuk dijadikan hadiah.

Lepas satu kali pusing kat floor tu bersama Mai sambil aku menunjuk pilihan brgn tuk dijadikan hadiah, ktorang sepakat memilih 2 menda. Sekejapan je keputusan di ambil.

Owh... Alangkah mudah kalau nak membeli brg sendiri pun keputusan dpt dibuat dlm masa singkat itu.

Pastu perjalanan diteruskan. Aku menemani Mai plak membeli brg yg dia hajati. Menda yg dia dah aim. Sekejap gak dah dpt.

Mujur jugak aku dah hafal sesikit kedai2 kat situ. Senang nak gi tuju je. Mai dapat rembat 2 pasang kasut yg dpt dipakai tuk berfoya2 a.k.a kegunaan di hujung minggu. Aku suka kasut yg dia beli kat bata-comfortable. Pastu dia ada beli lagi sepasang kasut kat Vincci. Aku suka gak yg tu sbb kalernya yg merah garang. Sangat sesuai ngan Mai yg berkulit cerah. Seksi pun de gak kasut tu. Aku suka tol. Tapi gue tak dpt la nak memiliki. Sbb kalau aku miliki pun tak guna. Aku nak pakai gi mana la sangat. Kalau aku de aktiviti dating, bleh gak nak bergaya lebih. Muahahaha...

Dah.. Jgn aku nak repek lebih2. Tepat kol 6 aku gerak pulang. Elok je kuar dari OU, ujan lebat. Bila ujan lebat, mula la trafik bergerak perlahan.

Yupss.. Biar lambat asalkan selamat. Hmm...

Alhamdulillah...

Plan aku hujung minggu yg lepas berjalan dengan lancar.

Terima kasih kpd Odah sebab ajak gi majlis tu & teman aku gi OU. Trimas gak sbb bagi tumpang umah ko. Dah terer dah aku cari umah ko.

Thanx kat Diana gak sbb melayan aku reronda kat OU smpai dia dah serender. Nak cari tempat tuk duduk berehat2. Ehehehe...

Thanx kat Mai pun. Melengkapkan masa hujung minggu aku. Membantu aku membuat keputusan tuk beli adiah buat Aifa. Citarasa anak sulung. Kuhik2...

Ni cubaan pertama nak amek gambar Odah & Diana. Bleh plak si cikgu Diana ni pejam mata.

Cubaan kedua la plak. Maseh lagik pejam. Isk2...

Cubaan ketiga baru menjadi gambar mereka berdua. Odah cam kepenatan je. Sampai kepala terlentok kat Diana dah. Yg Diana plak, senyum nampak giginya dah ilang pun. Hiksss..

No comments:

Google