Friday, December 12, 2008

cicakman 2


Semalam juga aku telah berjaya memboloskan diri ke pawagam & menonton citer Cicakman 2. Ni sumer adalah kerana ajakan adek aku. Haihhh... Ngan saper la aku nak memanjakan orang kalau bukan ngan adek aku. Hiksss...

Masa citer Cicakman 1 masuk panggung pun, aku terjebak tuk tengok sekali sebab ajakan dari adek2 aku. Aku mo geng ngan saper lagik kalau bukan ngan adek2 aku.

Ok2... Sudah2 la tu aku citer pasal adek2 aku. Dah nampak dah yg aku emangnya kangen sama mereka. Lalalala...

Kembali kepada cerita pasal Cicakman 2 ni. Buhsan. Itu je ungkapan yg terdaya tuk aku ucapkan. Bukannya nak anak tirikan filem keluaran M'sia. Kali ni memang aku tak dapat memaksa diri tuk bertahan sehingga abeh citer. Boleh aku layan tido masa pertengahan citer. Hajat hati nak pejam mata sat je. Sekali tu, aku terlena beb.

Adek aku nye komen, dia kata syiok citer ni. Pacik aku lak kata mungkin aku rasa busan sebab aku dah meninggalkan zaman remaja. Aku dah masuk alam dewasa. Tapi tak jugak kot. Memang busan la. Aku paling menci skali ngan watak Rrama. Ketawa sgt high picth. Tak suka.

Semalam jugak de 4 beranak yg bukan melayu yg sama2 menonton citer ni. Kagum gak tgk mat saleh pun punya interest nak menonton filem keluaran M'sia. Dah le menggukana bahasa M'sia. Mujur disertakan sarikata. Boleh gak mat saleh tu paham. Agak aku. Tak tau la kalau diaorang ni memang bleh paham BM ke. Hmm....

Aku tidak punya kata2 nak menghuraikan mengenai filem ini dengan lebih mendalam. Aku stop sini dulu. Saper yg berminat nak menonton, di alu2kan. Selamat berhujung minggu...

No comments:

Google