Wednesday, December 17, 2008

coming soon

Musim kenduri kawen telah tiba lagik. Cam biasa la. Time cuti skolah camni memang meriah ngan kenduri kawen. Baru hari ni ke aku sedar pasal tuh?? Dah nak penghujung cuti tahunan pun. Dah lame aku sedar sebenarnya. Cuma tak punya kesempatan waktu nak hapdate je. Sering kali ada je menda yg membataskan aku dari hapdate. Hiksss...

Hari ni baru aku berpeluang nak berceloteh panjang skit. InsyaAllah, minggu hadapan de 2 orang sahabat aku yg akan menamatkan zaman solo mereka. Sorang laki & sorang pompuan. Kedua2 mereka aku kenali sewaktu di uni. Selamat melangkah ke alam baru - ucapan dari aku in advance. Siapakah gerangan sahabat aku itu??? Kemudian la aku citer.

Sayang seribu kali sayang. Aku tak dapat nak attend kedua2 kenduri. InsyaAllah, kenduri sahabat aku yg kat Perak tu aku dapat gi kot. Tu pun kena pujuk sama parents aku la. Kena bagi gula2 lebih skit. Ahaksss... Yg sorang lagik tu kendurinya kat KL. Tak dapat la den nak hadiri. Aku berada di utara sudah masa itu. Aku hanya melihat foto dari kengkwn yg attend ke kenduri itu sahaja la nanti. Hmm...


~~~Seronok bila tgk org excited nak kawen. Buat aku terasa nak nak merasai pe yg diaorang rasa. Tapi masa aku blom tiba lagik. (",) Sabar menanti. Kalau aku memang telah ditakdirkan begini selamanya, aku akan tumpang gembira orang lain je la. Jangan korang kedekut nak share kegembiraan korang ngan aku dah le. Pasti aku akan sedey berkurun lamanya. Huhuhuhu...("_)


BILA ALLAH CEPAT MAKBULKAN DOAMU, MAKA DIA MENYAYANGIMU.
BILA DIA LAMBAT MEMAKBULKAN DOAMU, MAKA DIA INGIN MENGUJIMU.
BILA DIA TIDAK MEMAKBULKAN DOAMU, MAKA DIA MERANCANG SESUATU YANG LEBIH BAIK UNTUKMU.


Wallahualam...

No comments:

Google