Wednesday, December 10, 2008

5 hari berlalu

It's been 5 days since I post an entry. Lamer tuh. Ntah naper I'm not into updating blog as much as I had done before. Maseh lagik aku mencari jawapan kepada persoalan itu. Skang ni aku lebih gemar menghabiskan masa terluang aku ngan bloghop dari update blog sendiri.

How's my Aidiladha???

Besa2 je.

Bangun tak le pagi sangat on that day. Ngemas2 rumah serba sedikit. Bersiap gi solat sunat kat masjid around 8.00 am. Aku antara jemaah perempuan yg sampai awal. Hikss.. Aku berjalan beriringan ngan adek bongsu aku. Telah ku pesan padanya supaya tunggu aku lepas solat. Kang kalau tak pesan, laju je lepas solat dia menonong jalan balik ke rumah. Bukan bleh harap sangat.

Lagik 2 adek2 aku gi kemudian. Dioarang gi kemudian dari aku & yet diaorang la yg sampai rumah dulu lepas solat. Isk2... Buruk benor kelaku mereka itu.

Aah... Memang betol la pe sangkaan korang tu. Aku berjalan kaki je ke masjid. Tak jauh dari umah aku. Walking distance. Jalan kaki pun tak sempat nak peluh. Tambah plak ngan cuaca skang yg banyak dilimpahi hujan & ditemani cuaca mendung. Nyaman sajer.

Balik dari solat, aku lepak kat umah. Masa gi solat, beria pakai baju kurung & comey2 saje. Sampai je rumah, tros tukar uniform dok umah. Hiksss...

Balik dari solat, adek2 aku yg bertiga itu ke masjid semula selepas tukar uniform. Menyempurnakan aktiviti korban. Abah ku pengerusi tuk aktiviti korban kat kawasan rumah aku tahun ni, haruslah anak2nya menjadi orang kuat membantu sama. Tapi masa abah aku bukan pengerusi pun, adek2 aku memang dah dikerah tenaga diaorang tuk turut sama menyumbang tenaga.

Naper aku tak join sumbang tenaga sama???

Tenaga aku diperlukan di rumah. Abih, kalau dah semua kuar gi ke masjid, saper nak membuat kerja kat rumah aku lak. Mak aku pun turut sama ke masjid. Tinggal la aku keseorangan kat rumah. Lagipun adek2 aku lelaki semua. Haruslah tenaga mereka lebih diperlukan di masjid. Membantu kariah yg lain.

Hiksss...

Bila dah mula bercerita, mula la meleret2. Macam2 menda nak aku storikan. Tapi kena stop kat sini dah. Aku tak dapat janji yg ceritera aku ni akan bersambung ataupun tidak. Hmm...

Kalau tak bersambung, maka tergantung la ceritera aku. Kalau ada sambungan, tak tergantung la ceritera aku. Itu je perbezaanya. Lalalala...

Yei2... Sok aku cuti. Korang2 yg kerja di luar dari Selangor jangan pula cemburu sama aku ya. Minggu ni memang la aku tak de mood nak membuat tugasan. Semalam, aku asyik ketiduran je kat opis. Balik umah, tidur lagik. Hari ni, tugasan aku mengemas work station aku. Nak ubah suasana baru. Sok aku sudah punya rencana. Begitu juga dengan hujung minggu ni.

Lihatlah, aku punya aktiviti, cuma aku tak punya courage tuk update je. Hiksss...

No comments:

Google