Thursday, December 18, 2008

kenapa mesti mendoakan keburukan

Aku pun hairan la ngan sikap segelintir org yg dok mengeluarkan kata2 -ve pasal perkahwinan Mawi & Ekin. Aku bukan nak membela diaorang dua. Cuma aku nak luahkan sedikit ketidakpuasan hati. Diaorang blom pun kawen lagik tapi ramai dah speku yg masjid yg akan diaorang bina tak bertahan lama. Siapa kita tuk meramal apa akan terjadi pada mereka di masa hadapan. Kalau ramai2 pakat dok kata camtu, mungkin akan jadi doa buat mereka. Isk2.... Nauzubillah..

Memang besar2an tol majlis diaorang. Itu aku tak nafikan. Semalam, dengan tak sengaja jari jemari aku telah menekan punat remote ke no 106 iaitu cenel oasis. Nak dapat cenel oasis ni kena la ada dekoder astro. Pastu kena de remote gak. Baru la korang leh tekan ke cenel 106. Kalau korang tekan keyboard or keypad handpone ke 106, memang takde hasil ke cenel oasis la. Muahahaha...

Kebetulan masa aku tekan cenel tu, siaran baru bermula. Siaran detik2 perkahwinan Mawi & Ekin. Semalam astro(oasis) on air kan sekitar hari pertama kursus praperkahwinan yg disertai Mawi & Ekin kat Putrajaya. Memang esklusif la.

Dah abeh kursus hari pertama siap ada makan2. De waiter menjamu lagik. Aku ngan bodoh2 alang, tanya la kat macik aku, "Memang ada ek pihak pengurusan kursus perkahwinan sediakan makanan tuk para peserta lepas abeh ceramah?".

Memandangkan aku belom pernah menghadiri kursus tu, harus la aku bertanya kepada orang yg pernah menghadirinya. Ada ke ek??? Macik aku tak ingat plak. Takpe2... Abaikan je la. Tak penting pun. Aku sengaja nak tahu je.

Aku dengar macam2 rumors kluar pasal kursus praperkahwinan ni. De yg kata next year dah naik rate. Format kursus pun dah lain. Aku pun tak paham sgt pasal pe dengan sebab2 yg telah aku berikan sebentar tadi, ramai yg kalut nak gi kursus tahun ni. Hmm...

Mungkin seru diaorang kot dah sampai. Kalau boleh, masa gi kursus tu, aku nak la gi ngan bakal hubby. Huksss... Calon pun blom ada dlm senarai dah mula pasang angan2. Nak jadi mat jenin agaknya aku ni. Lalala...

Pe2 pun, aku nak highlight kan kat sini, jangan la kita doakan keburukan tuk orang lain. Mungkin dah rezeki diaorang ditaja secara besar2an begitu. Sampai kat tv kuar muka diaorang. Kat radio, sudah pasti la suara diaorang yg berkumandang. Takkan la muka diorang plak nak terjojol. Hihihi...

Ramai yg mengucapkan selamat buat mereka ini. Aku pun nak tumpang sekaki gak le mengucapkan selamat. Selamat buat mereka berdua.

Ni sedikit gmbr sekitar sesi fotografi pra perkahwinan mereka. Kredit to astro.

Jom pi kawen. Lalalala...

Boratnyo... Huhuhuu...

I like this shot. (",)



~~~Opppsss... Nak jugak aku speku di sini pasal topik yg kuar dalam paper hari ni yg pasangan bakal suami isteri ini telah membatalkan tempahan suite hotel tuk malam pertama mereka yg bernilai RM1,000.00. Mungkinkah kerana sahabat wanita Ekin dtg membuat lawatan yg menyebabkan mereka terpaksa batalkan perkhidmatan tajaan yg bertaraf vvip itu??? Speku sahaja.

No comments:

Google