Wednesday, December 24, 2008

1st presentation

Hari ni mode aku adalah mahu pulang ke kampung. Cuti panjang ma. Aku takde la plak drive balik sesorang. Parents tak bagi ma. Lagipun adek aku pun nak pulang sama. Kitaorang pulang together je r. Tambah plak disertai kawan aku yg menumpang balik sama. Y must I said NO kalau memang ada ruang kosong tuk penumpang menumpang. As I said in my previous entry. Kalau aku tak tolong orang. Kang aku dalam kesusahan, orang tak nak tolong. Kehidupan ini adalah karma. Jap kita di atas. Tak sedar tetiba plak kita dah berada di bawah. Hmm... Kena beringat selalu tu.

Aduhyaiiii... Tetiba plak bos ajak aku ikot dia gi presentation. Presentation ni ngan org Jepun lak. Kena speaking omputih. Ntah pe la nasibnya. Aku ni hanya meramaikan suasana je. Tak terlibat dlm presentation. Boleh????

Apo bleh wat. Ni dah arahan. Abeh rosak program gue ini hari. Ingat nak cabot kang biler bos kuar gi presentation. Balik umah, packing barang. Cukup time 5.30 aku cabot balik je. Tapi dah bos kata jap je presentation tu. Start at 3pm. Bos aku kata presentation abeh around 4. Sempat la aku nak balik cepat. Lalalalala....



~~~Updates after the meeting. Dah kat kg pun aku skang ni...

Walllaweiiii... Presentation tu abeh around 4.30 pm. Pastu tara nak patah balik ke opis semula. Makan masa. Kitaorang gi nek 1 keta. Maksud aku, aku & bos aku la. Lepas presentation tu, gi plak lawat tapak lagik skali. Nak melihat perkara berbangkit yg dibangkitkan oleh client tu.

Masa presentation tu ada 5 org je termasuk kontraktor & client. Proposal yg disediakan oleh kitaorang, pihak kontraktor. Kitaorang yg pihak kontraktor ada 3orang. Aku, bos aku & kwn bos aku. Cam partner la. Client plak 2 org je. Big bos tu orang Jepun & manager nye orang M'sia.

Diaorang byk communicate dlm bahasa Jepun. Kagum la. Bleh communicate dlm 3rd language. Tapi english big bos yg org Jepun tu, takde la bagus mana sgt. Ehehehehe...

Aku cakap omputih dlm hati, terer r. Cuba kalau aku yg kena bercakap omputih, present depan client tu, harus la kokkak. Ampunn...

Aku ingatkan org Jepun ni kalau berjanji akan tiba on time. Tapi silap la plak. Kata kol 3pm. Tapi dekat kol 3.30pm baru mula. Lambat. Lebih kurang cam janji melayu gak la. Ampunnn lagikkk...

Cian la aku tgk muka org Jepun tu masa bos aku dok citer proposal dlm english. Biler dia tak paham, dia rujuk kat pekerja melayu dia. En. Sabri kot namanya. En. Sabri tu plak explain semula kat bos dia dalam bahasa Jepun. Kagum btol la. Ckp cam air. Cam aku dok bercerita dlm b.m ni la. Muka En. Sabri tu pun ada ala2 Jepun dah. Hiksss...

Aku dah dok tak diam biler dah kol 5pm tak sampai opis lagik. Hhuhuhuu...

Aku sampai opis kol 5.30pm. Aku dah janji ngan mmber aku kol 6 nak amek dia. Terpaksa la aku betulkan semula janji kitaorang. Aku tak suka bila org janji ngan aku, pastu lambat. Tak inform kan plak tu. Menyakitkan hati tol. Bek la gitau. Takde la termanggu2 cam org cerdik.

Ok2... Aku tak nak merepek pepanjang. Dah terpanjang pun update pasal presentation ni. Balik opis, aku lekas2 siap. Balik umah. Sepantas kilat aku siap. Campak barang dalam but keta. Gerak gi amek kwn aku. Mari pulang ke kampung...

No comments:

Google