Tuesday, December 16, 2008

ini hanya pandangan 2 sen aku

Ada dalam entry yg lepas aku cuba bandingkan novel inggeris & novel melayu. Ini hanya pandangan aku. Kalau tak minat, tak perlu teruskan pembacaan. Trimas...

Aku baru sudah baca sebuah novel melayu. Aku tak baper ingat tajuk novel & penulis itu. Rasa2 nya cam penulis baru je. Novel tu keluaran anak syarikat kepada Alaf 21 yg terkenal ngan novel2 yg enak2 jalan ceritanya (suatu ketika dulu-pandangan aku).

Dulu, hanya 2 novel yg diterbitkan sebulan dari Alaf 21. Mereka ini teramat selektif memilih karya mana yg akan mereka terbitkan. Nama seperti Aisya Sofea sangat sinonim dengan Alaf 21. Aku suka karya beliau. De lagik nama2 lain. Tapi nama Aisya Sofea yg terpancul dalam kepala otak aku saat aku menaip ni. Aku takde rujukan kat opis ni. Hanya berpandukan apa yg berlegar dalam kepala otak aku je.

Aku nak ulas pasal novel yg aku baru lepas baca ni. Isk2... Dah tersimpang la plak. Gi ulas menda lain. Takpe. Yang kat atas tu kira bunga2 nya la. (",)

Let's continue...

Kebanyakan novel melayu (termasuk yg aku baru lepas baca ni) yg aku baca akan menggambarkan hero/heroin tu dari golongan berada, playboy, kacak, etc. Hero/heroin tu datang dlm pakej yg lengkap. Gandingan kepada hero/heroin ini plak datang dari keluarga yg sederhana tapi punya kecantikan luaran yg tidak kurang hebatnya (macam kacak/cantek tapi itu semua dikaburi oleh kekurangan harta yg sedikit dari watak utama yg kaya raya itu).

Persoalan aku, kenapa watak utama mesti macam tu???

Kenapa kena gambarkan yg mereka2 ini cantek/kacak???

Memberi gambaran yg indah2 sahaja.

Tak boleh ke kalau tidak langsung menyentuh perihal luaran??

Hmm....

Itu salah satu menda yg aku pelik.

Satu lagik adalah nama watak2 yg ada dalam novel itu. Wallaweiiii... Dahsyat siot. Kekadang aku rasa geli hati & ketawa terbahak2 membaca nama yg susah2 payah direka oleh penulis (maaf). Tapi dalam novel yg aku baru lepas baca, nama watak2 agak mudah & relevan bagi aku.

Dulu2 aku gila gak membaca novel2 cinta yg happy ending. Bila dah meningkat dewasa, aku mahu mencari bahan bacaan yg dapat diterima akal aku akan kerelevanannya. Bukan suatu yg manis seperti gula2. Seperti dulu2. Rasa cam letih & tertipu je. Hmm...

Aku cam nak huraikan perasaan letih & tertipu tu ngan panjang lebarnya. Tapi aku pendekkan sahaja kat sini. Aku sama sekali tidak menyalahkan penulis yg telah membuatkan aku rasa letih & tertipu itu. Aku salahkan diri aku kerana terlampau asyik sehingga aku mendalami rasa watak2 dalam novel itu terutama sekali watak wanitanya.

Aku yg sebenarnya salah. Novel itu hanya bahan hiburan. Hanya untuk mengisi masa terluang. Bukan untuk aku mempercayai bahawa kejadian yg berlaku di dalam novel itu akan menjadi kenyataan di alam realiti. Mungkin ada, tapi kejadian itu tidak menimpa aku. Mungkin itu yg menyebabkan aku rasa letih & tertipu. Ehehehehe...

Aku puji kepada novelis baru yg berani mencoba. Taniah. Aku boleh je nak menulis. Tapi nanti merapek je lebih. Bek la aku menulis kat blog ni je. Muahahaha...

Pasal novel inggeris plak. Aku yg suka berkhayal ni memang suka bila menggambarkan akan suasana yg diceritakan dalam novel. Yo la.. Nak sampai ke overc tu memang susah la. Yg dapat aku lakukan hanyalah membayangkan bagaimana suasana di sana melalui pembacaan aku sahaja. Selain itu, aku dapat juga menambahkan koleksi vocabulary aku yg sangat terbatas.

Tapi bukan semua novel inggeris tu seronok. Ada jugak yg membusankan. Ada yg aku dah baca sampai separuh baru la aku dapat tangkap jalan citer tu camno. Ehehehe... Slomo tol aku ni. Camni la aku.. Kekadang slomo, kekadang cepat tangkap. Hiksss..

Ada sorang penulis ni, aku suka cara tulisan dia. Tapi bukan semua karya yg dihasilkannya seronok tuk dibaca. Tak silap aku dia dah keluarkan 5 novel. 4 dah aku miliki. De 1 yg blom aku miliki. Sebabnya, novel yg ketiga yg aku beli tu jalan ceritanya tak menarek minat aku. Ehehehe... Yg ke-4 aku beli, jalan citernya ok balik. Sampai sekarang aku masih lagik was2 nak beli novel yg blom aku beli tu.

No comments:

Google