Friday, December 5, 2008

amek nafas jap

Uhhh... Minggu ni sangatlah hectic. Tambah lak semalam & hari ni. Hari Rabu kot aku cam free skit. Free pun tak sempat nak update gak. Isk2... I really miss blogging la. Bila check semula, last month adalah bulan yg balik skit aku nye entri kalau nak dibandingkan dari memula aku start blogging kat sini. 26 posts in 30 days. Tak sampai 1 post pun 1 hari pun. Uhh...

Aku nak kisahkan pasal hari semalam. Aku pulang ke rumah around 8 pm. Berehat jap. Seharian kat opis aku asyik ke hulu ke hilir. Walaupun opis ku hanya sekangkang kera, tapi bila dah banyak kali sangat ke hulu ke hilir, haruslah rasa penat. Tambahlah buat orang yg dah lama tak bersenam ini. Ntah naper semalam aku rasa ngantok awal lagik.

Bila dah bersiram, lagik la rasa cam memanggil2 je tempat beradu ku. Tapi ku tahan godaan itu. Mengenangkan kerjaan yg aku bawa pulang tuk disiapkan. Siapkan malam, sok pagi takde la aku kena gerak awal gi opis. Ni assumption aku malam tadi. Dek kerana kepenatan & take 5 mins telah menjadi take 5 hours. Muahahaha...

Jam 5 pagi, aku terjaga ngan sendirinya. Aku tidur ditemani ngan kertas bersepah di hujung kepala. Yo la... Bila cek rasa letih & nak meluruskan balik urat2 kat badan cek ngan berbaring sebentar yg menjadi sampai 5 jam tu, mana lorr kertas bersepah tu tak menemani tidurku. Date line hari ni. Haruslah jadik camtu.

Hari ni dalam sejarah. Tak pernah aku sampai opis seawal jam 7.30pagi. Kedai makan kat depan opis aku ni pun tak mula operasi lagik. Gerai yg aku selalu beli kuih masa nak gi keje tu pun tak mula niaga lagik. Menunjukkan yg aku memang awal hari ni. Tak silap aku, aku gerak dari umah kol 7.15 pagi. Perghhh...

Ni baru setel keje2 tu. Tadi pun buat keje cam lipas kudung. Hopefully, takde la document yg tak dimasukkan. Penat beb keje nak siapkan tender. Tambah lak kalau buat last minute. Sangat melelahkan. Dah le tempat yg nak kena gi hantar tu memakan masa sekitar 45 minit ke 1 jam. Lantok le... Bukan aku yg gi hantar pun. Pecut le koma. Nak sampai before 12. Hiksss...

Ok la... Aku dah cukup amek nafas. I wanna continue my work. Nak kejar orang suruh setelkan payment. De la 1 citer nak aku kisahkan pasal orang yg aku kejar ni. InsyaAllah, di kemudian entry aku kisahkan. No promises. ("_)

No comments:

Google