Wednesday, August 5, 2009

selsema babi dianggap remeh

It's about 4 months since diberitahu akan kewujudan wabak H1N1. Skang ni wabak itu dah mula meragut nyawa orang yg menghidapnya. Setakat ni sahaja dah hampir 10 orang yg menjadi mangsa wabak H1N1. Banyak pusat pengajian di tutup. Pelajar2 di kuarantin. Hmm...

Skang ni bila dengar je orang demam, aku dah mula rasa cuak. Bukan apa, dari demam ni la boleh melarat2. Isk2...

Terbaru adalah budak berusia 3 tahun. Baru2 ni adek aku yg kat asramanya ada budak yg dijangkiti H1N1 terkena demam. Adek aku la demam. Since Rabu. 2 kali gi pusat kesihatan, tapi tak ok lagik. Pastu dia balik berehat kat umah.

Sedikit mengecewakan bila dia gi klinik takde warden or cikgu yg temankan. Mungkin cikgu or warden nak diorang belajar berdikari. Fine. Aku terima tu. Tapi bila tak sembuh lepas kali pertama gi jumpa doktor, patutnya cikgu or warden tu amek kes ni lebih serius. Diorang patut bawa student gi jumpa doktor.

Dari apa yg adek aku citer, doktor kat pusat kesihatan tu periksa ala kadar je. Isk2.. Doktor pun. Skang ni kan wabak H1N1 tengah menular, patutnya lebih perhatian diberikan kepada orang2 yg demam. Walaupun demam biasa, siapa tahu..

Sekejapan tadi aku diberitahu yg kawan aku yg sorang ni pun demam. Since last Thursday. Dia dah gi klinik. Darah dia pun dah di amek tuk pemeriksaan. Alhamdulillah, takde pe2.

Korang kalau demam ke, cepat2 la gi klinik. Jumpa doktor. Pastu, pastikan doktor tu wat pemeriksaan dengan teliti. Bukannya rawatan percuma. Sumer pun dibayar. Tu kalau korang gi klinik swasta la. Kalau gi klinik kerajaan, walallahualam...

Aku tertarik dengan satu artikel dalam BH hari ni. Bahagian surat.

SELSEMA BABI DIANGGAP REMEH

KEGUSARAN semakin bertambah berikutan meningkatnya statistik kematian dan penularan wabak H1N1. Jangkitan tidak lagi gejala import tetapi lebih bersifat domestik.

Bagaimanapun selain pengumuman, iklan televisyen dan radio, penutupan sekolah serta institusi pengajian tinggi nampaknya tidak ada sebarang langkah awal dilakukan bagi mengekang gejala ini daripada terus menular.

Selain Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pengajian Tinggi melaksanakan beberapa tindakan kuarantin dan menghantar pulang pelajar serta pelatih ke kampung masing-masing, jentera negara dilihat seperti tidak prihatin dengan wabak ini.

Tidakkah Majlis Keselamatan Negara melihat ini sebagai satu ancaman bencana besar? Ataupun, perlukah menunggu petunjuk lain baru melaksanakan satu tindakan menyeluruh secara tergesa-gesa dan tidak terancang?

Rakyat biasa mungkin tidak memahami bahaya sebenar wabak yang selalu diberikan tafsiran remeh termasuk oleh pihak berwajib. Malah, wujud kenyataan mengejutkan yang menyamakan H1N1 ini dengan selesema biasa.

Kenyataan tidak bertanggung jawab ini memberi impak besar kepada rakyat yang mengambil tindakan meremehkan bahaya yang bakal di hadapi. Bolehkah kita salahkan mereka jika mengambil sikap demikian kerana tanggapan salah hasil pemahaman yang silap itu?

H1N1 adalah sejenis jangkitan wabak baru yang belum ada rekod boleh dijadikan sebagai perbandingan. Kita tidak tahu apa yang berupaya dilakukan penyakit ini. Malahan sehingga kini tidak ada rawatan khusus selain antiviral.

Sepatutnya, lama sebelum ini semboyan sudah dibunyikan oleh Pusat Kawalan Krisis Negara dan mereka sudah bersedia dengan pelbagai rancangan bagi menghadapi situasi ini. Apakah budaya �sudah terhantuk baru terngadah� masih menjadi pegangan?

Sepatutnya kita sudah ada garis pengukur jumlah jangkitan sebagai petunjuk kepada tahap seriusnya penyakit ini sebagai langkah berjaga-jaga. Jika statistik yang diberikan setiap hari tidak dilihat sebagai kayu pengukur apakah lagi indikator yang akan digunakan?

Rakyat perlukan satu agenda kukuh yang terancang dan boleh dilaksana serta diikuti secara serentak di peringkat nasional. Kita tentu tidak boleh menangani krisis ini secara terasing dan ikut-ikutan semata-mata. Kena perlu ada satu langkah secara besar-besaran dilaksanakan serentak. Masalah ini bukan lagi masalah terpencil, ia pula bukan masalah orang kaya atau terpelajar yang sering ke luar negara. Tetapi kini ia melanda sehingga ke kampung dan menyerang mereka yang tidak pernah menjejakkan kaki ke luar negara.

Jentera Kawalan Krisis Negara perlu digerakkan segera. Jangan tunggu �nasi sudah menjadi bubur� baru memulakan langkah.

DR AHMAD ZAKI ISMAIL,
Penasihat Persatuan
Pengguna Islam Malaysia,
Kuala Lumpur.
Dipetik dari Berita Harian Online.

Take care...


~~~Alhamdulillah, aku sihat. Tapi bila jalan2 kat luar & ternampak orang pakai mask, cuak gak le skit. Ehe...

No comments:

Google