Friday, August 7, 2009

ghost of gfs past

You can't always run from your past.

I love no. 8. (^_^)

Ni la movie yg aku nengok. Yg sepatutnya semalam aku dah update. Tapi sebab aku rasa ralat, aku postpone kan dulu. Hari ni aku curi masa skit tuk update pasal tu. Kot la de mereka2 yg nak gi nonton movie this weekend tapi tak tau nak tengok citer pe. Moga ini memberi skit panduan.



Tuk mengetahui serba sedikit pasal citer ni, bleh klik sini.

Buat apa nak lari dari masa silam sebab ia telah menjadi sejarah. Jadikan ia sebagai panduan tuk melalui kehidupan di masa hadapan.

Ni plak adalah versi aku nyer penceritaan.

Conor Mead adalah seorang jurugambar yg terkenal. Kaki perempuan. Suka tukar2 perempuan. Pendek kata, habis madu sepah dibuang la. Perangai ni semakin menjadi2 setelah berlakunya satu insiden ketika dia remaja.

Adek Conor, Paul nak kawen. Sudah semestinya Paul jemput abangnya memandangkan mereka hanya 2 beradek yg tinggal. Parents mereka dah takde. Pass away dalam satu kemalangan jln raya. Conor ni tak percayakan perkahwinan. Dia meracuni pemikiran Paul supaya ikot cam dia.

Sebaliknya, Paul adalah individu yg berbeza berbanding Conor. Aku cam jengkel skit la perangai tunang Conor. Ahakss.. Sempat lagik nak ngutuk tu. Well, kalau dah sayang sesorang pasti kita akan terima keburukannya juga. Kita sendiri pun ada kekurangan. Hmm..

Malam sebelum majlis Paul, macam2 telah berlaku. Conor pula telah didatangi oleh ghost pacik yg telah mengajarnya jadi kaki perempuan. Hantu yg ke-2 plak adalah perempuan yg pertama dia cium. Yg ke-3 plak adalah PA dia. Walaupun belum mati, PA dia tetap didatangkan dalam bentuk hantu. Yg ke-4 adalah ??? Aku tak tau nak kata camne.

Paciknya cam jadik narrator tuk hantu2 tu. Hantu yg ke-2 bawa dia ke masa lampau (past). Hantu yg ke-3 bawa dia merentas masa sekarang (present). Hantu yg ke-4, fly him to the future hingga ke funeral nya. Yg hadirnya hanya paderi & adeknya.

Owh... Heroin citer ni adalah Jeniffer Garner yg memegang watak sebagai Jenny. Kenalan Conor masa dia kecil. Kiranya diaorang ni membesar bersama2. Banyak yg berlaku antara mereka. Nak tahu apa yg terjadi, sila gi nonton.

Tuk aku, aku puas hati la. Aku bagi 3 bintang je. Rasa cam perjalanan citer ni slow. Kelakar memang kelakar. Spark nye kureng. Aku suka tol Jeniffer Garner. Comey je die.

Kalau kesempatan, nak nengok Setem la. Sepatutnya malam aku nengok citer ni, aku nak tengok Setem. Tp kensel plak. Mak aku cam tak puas hati skit sebab aku asyik gi tengok movie je. Aduhyaiii...

Owhhh... Tak lama lagik akan kuar citer Final Destination 4. Dah lama aku nunggu. Tapi tak tau biler kuarnya. Dah de iklan la yg pasti. Jom2. Saper nak teman aku nengok.


~~~Jangan lupa menonton tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa kat TV1. Aku rasa baru 2 hari kot start. Tak perasan bila mula sebab takde plak diwar2 besar2an. Hmm...

2 comments:

mysenoir said...

nak tengok cite ni! sebab sgt suka jennifer garner. huhu. tp kat cni tak kua lg...

r3dl0v3r said...

meh la tgk kat sini. umah tumpangan dah de. hiksss...

minggu depan sampai la kot kat ipoh tu. sabaq na...

Google