Friday, August 7, 2009

sebelum penyakit M menebal

Salam pagi Jumaat... Hoorrrayyy!!! Dah Jumaat. Dari semalam lagik aku dok menunggu hari Jumaat. Bila Jumaat, the next day adalah Sabtu. Hari cuti. Tak sabar owh nak cuti. Tapi sudah ada plan la for Saturday. Kena bangun pagi. Isk2...

Hari Ahad la kot akan aku cuba rehat a.k.a tido sepuas2nya. Tu pun tak sure lagik. Aku rasa aku perlukan tido yg berkualiti lebih skit la. Semalam kol 10 malam aku dah ngantok tahap gaban. Semalam gi dinner umah pacik aku. Balik ke rumah dah dekat kol 11 malam. Aku ingat nak layan la tilawah Al-Quran kat tv1 sampai abeh. Lastly, tv yg layan aku. Aku dah bongkang depan tv.

Tu menunjukkan aku memang la ngantok sangat. Alhamdulillah, pagi ni aku tak liat nak bangun. Tak cam semalam. Oleh sebab dinner semalam dah makan over kenyang, pagi ni aku skip breakfast. Lalala... Sila la terima alasan yg aku buat tuh. Tak tau dah camne nak tolak biler disuruh makan.

Malam ni aku lepak kat umah je la. Banyak mende nak kena buat kat umah tu. Baju dah nimbun nak kena basuh. Dapur pun dah 2,3 hari tak berasap. Kang makin tebal plak penyakit M aku nak perasap dapur. Ehe...

Hari Selasa aku nak curi tulang tak mo masak dinner, tak dapat owhh.. Adek aku suruh gak buat dinner. Hari Sabtu dah plan nak gi pasar malam kat Sg. Buloh. Memang lagik tak berasap dapur. Dengan aktivti awal pagi Sabtu lagik. Hmm...

Pe nak masak dinner ari ni. Aku tengah kepingin mengidam sayur bayam ni. Sodap kalau hirup sup bayam. Bubuh lak fishball. Mudah & senang. Ahh.. Itu je la dinner aku hari ni. Pastu wat telur dadar. Adek aku kompem makan menjilat jari nya. Ahakss...

Memandangkan setiap malam aku dinner ngan adek aku, takde maknanya la aku nak ngamek gambor. Btol2 tak supportive tau. Walaupun dia tau aku de blog. Suka kondem aku biler aku nak amek gambar makanan. Huh...


~~~Sukar nak menolak bila disuarakan. Pasti seboleh mungkin akan ku tunaikan. Moga beroleh keriangan di hati. Siapa la plak yg nak gumbirekan hati ku ini.

No comments:

Google