Wednesday, August 12, 2009

insiden di pagi hari

Alhamdulillah pagi ni takde lagik insiden seperti 2 pagi yang lepas ketika aku dalam perjalan ke opis. Dan alhamdulillah juga sebab hari ni aku dah ok. Dah centre kembali. Hikss... Bukan apanya, last 2 days rasa cam de je yg kurang. Tapi tak dapat nak scan kekurangannya apa.

Cumanya pagi tadi macetnya lebih dikit. Yo la.. Hujan agak lebat. Sedari subuh lagik dah ujan. Tapi masa tu hujan rintik2 je. I tot hujan dah nak reda. Tapi dekat kol 7 pagi ternampak plak kilat & terdengar guruh berdentum dentam. Maknanya hujan mo turun lagik KOT.

Betul sangkaan aku. Hujan turun makin lebat plak masa tu. Aku yg bangun awal pagi ni kononya mo ke KL tak tercapai la plan asal. Lagipun saper suruh tak bagi arahan yg tegar seperti aku WAJIB gi. Ni cam sunat je. Aku culas la. Ahaksss...

Lagipun nak menempuh macet di KL, adalah aku tidak sanggup. Macet yg dikit tu pun dah ngeluh. Ni kan plak macet yg panjang jela2. Aku undur diri dulu.

Macet pertama. Nak sampai ke koordinat ni pun hampir 10 minit tau.

Nak menempuh macet kedua plak di kanan ku. Uhh... Depan ada traffic lite. Sebelah kananku keta dah membanyak...

Dari sebelah kiri, keta berduyun akan tiba. Uhhh... Pe2 pun, alhamdulillah ngan turunnya hujan. De chance aku nak escape gi KL. Hikss...

Owh... 2 pagi yg lepas aku melihat insiden yg amak menaikkan bulu roma ku. Hari Isnin aku melihat kemalangan kecil. Hari Selasa plak kemalangan yg lebih besar. Aduhyaiii...

Pagi Isnin nye insiden berlaku kat traffic lite. Seorang pemandu keta kancil dengan tak semena2 membuka pintu ketanya. Datang plak sang motor. Tersangkut la motor tu kat pintu keta si kancil. Tercalit calar kat keta sebelah si kancil. Yo la, motor tu bukan slow. Baru lepas menurun bukit. Sendiri mo ingat la.

Aku tak paham tu naper drebar keta kancil gi buka pintu ketanya. Haishhh... Dah le drebar tu pompuan. Lepas lampu dah hijo, keta kancil tu pun gerak la. Aku rasa drebar tu tak mintak maaf kot kat orang bawa motor tu. Tu pasal orang yg bawa motor tu panas tak terkira. Walhal takde cedera apa pun.

Kata maaf adalah satu ubat yg sangat mujarab. InsyaAllah. Dengan kata maaf, hati yg panas bleh sejuk dikit demi dikit. Owhh... Tengok la tu. Dah melalut ke laut. Biler lampur dah hijo, si kancil dah gerak, si penunggang motor tu himpit kancil ke tepi suruh berhenti. Aku tak tau pe jadik lepas tu.

Kalau aku kepoci sama, aku melambatkan trafik. Ini tidak bagus. Sian kat orang lain yg mungkin kelambatan nak masuk opis. Seperti la jugak kakak yg bawak kancil yg bergesel ngan motor itu. Haishhhh...

Pagi Selasa plak aku melihat satu kemalangan yg lebih ngeri. Masih melibatkan motor ngan kereta. Kali ni keta kelisa plak. Kelihatannya, cermin hadapan kelisa dah retak seribu. Penunggan motosikal tertiarap di atas jalan raya. Tak gerak pun. Uhhh...

Cuak beb. Tapi aku tak perasan lak ada darah ke tak kat tempat kejadian. Penunggan motosikal adalah seorang perempuan. Pemandu keta kelisa tu aku tak tau la jantinanya sebab masa aku lalu kawasan kejadian tu, keta kelisa dah di ubad ke tepi. Polis & ambulans pun dah de. Mungkin dah berlaku dalam 10-20 minit lebih awal.

Satu je la aku nak khabarkan kat sini. Buat semua pemandu di luar sana. Tak kira apa jenis kenderaan yg anda pandu atau tunggang, silalah berhati2. Gunakan signal bila nak membelok. Tolonglah.. Gunakan signal kenderaan anda. Aku ingatkan buat aku jugak.

Kebiasaanya pemandu lelaki yg culas nak guna signal. Contoh yang terdekat adalah dua orang adek lelaki aku. Penat la kalau naik keta diorang drive. Penat aku nak kena bebel. Nak kena ingatkan diorang bagi signal sebelom belok.

Lebih kurang 300km lagik mintak di servis la baby ku ini. Uhhh...


~~~Citer pasal kenderaan ni, tak lama je lagi keta aku nak kena di servis lagik. Adehhh.. Melayang lagik baper ratus ntah le. Huwaaa... Mo la dalam RM200++..

No comments:

Google