Tuesday, August 4, 2009

budak2 zaman skang

Budak2 zaman skang very the .... Arghhh.. I can't find the suitable word to describe them. Ni sumer dari pemerhatian aku berhujung minggu di kampung halaman ku. Kan aku kuar merendek bersama adek2 ku. Aku lihat sekeliling aku memang ramai budak2 sekolahan tapi cara pemakaian mereka atau lebih tepat dress up mereka from top to toe tak sama ngan zaman aku masa sekolahan. Totally different.

Lets start from the top. Muka la. Paling obvious. Mostly mereka keluar dengan wajah telah bertepek bedak compact. Tu sangat sure la. Memang jelas nampak. Then, mata dirias. Tak tau la pakai celak or eye liner. Bibir bergloss. De la lagik lain2 alatan make up yg diorang guna. Takde plak aku tanya. Ni cuma pemerhatian kasar aku.

Kemudian pemakaian mereka plak. Very the bandar one. De tu budak melayu pakai short paras peha. Humang aihhh.. Kalau kat KL, aku rasa itu biasa. Kenapa la kalau kat kampung je, aku rasa situasi cam tu adalah luar biasa. Hmm... Adakah aku ni seorang yg kolot?? Yupsss.. Tidak dinafikan itu. Aku memang kolot.

Dengan muka make up, pakaian yg kemas(ni je perkataan yg terlintas dalam kepala otak aku), pasti tak lupa alas kaki. Semuanya sepadan la pendek katanya.

Aku plak lain citernya. Hanya pakai long sleeve shirt ngan jeans & bersandal up skit dari selipar jamban. Ahakss.. Betapa selekehnya aku bile lalu sebelah diaorang. Takde tempek pe2 yg sepesel pun kat muka. Sekadar pakai bedak tabur Pure Essential dari Johnson & Johnson sahaja. Tak lupa setitik 2 pewangi.

Uishhh.. Sangat berbeza ngan mereka yg masih sekolahan. Melawa sakan. Aku dulu masa baya2 depa pun tak camtu. Dulu & skang cara pemakaian aku tak banyak beza. Kalau dulu tak reti pakai shirt selain shirt baggy. Tak ubah cam tomboy je. Itu aku.

Kesimpulannya kat sini pasal budak2 zaman skang, diaorang dah pandai nak melawa since skolah lagik. Maintenance tinggi tu. Kalau dulu, compact powder aku tahan bertahun2. Tak luak pun. Pastu bila dah lama sangat tak berpakai, ke tong sampah la jawabnya. Tapi skang dah mula menggunakannya ke tahap optimum. Hiksss.. Tengok sini sudah la.


~~~Aku suka benor mengimbau kenangan lama. Membuat perbezaan dulu & skang. Harap2 tahun ni dapat la berbuka bersama kwn2 ku lagik seperti tahun lepas. Miss u guys..

No comments:

Google