Saturday, July 18, 2009

awas!!! anda mungkin busan

Amaran
Entry ni agak melampau panjang & akan membuat anda busan. Sila skroll laju2 ke bawah kalau anda busan. Hiksss...


Sejak 2 menjak aku mula berjinak ngan barang kecantikan, aku tros jatuh chenta. Hikss... Pompuan. Tapi tak semua pompuan suka make up. Aku pun sebenarnya bukan suka sangat make up. Aku lagik suka muka aku tak make up. Rasa ringan je muka.

Tapi sebab aku ngada gak nak memilik barang kecantikan ni sumer, kena la pakai. Tapi bukan selalu pun pakainya. Occasion penting je baru rasa nak conteng muka. Mari kita lihat collection aku.

Mula2 sekali pakai mendalah ni. Kalau nak make up stay lama, seelok2nya pakai base plak pastu.

Tuk aku tak yah base. Aku hanya make up sesuka. Pas dah pakai moisturizer, letak plak concealer. Baru gak ni. Peranannya tuk cover kesan2 cela. Aku tak baper reti pakai, kurang berkesan tuk aku.

Pastu, sapu la foundation. Tugas sebenar foundation ni aku kurang pasti. Kalau tak salah aku, tuk hold make up. Ntah r. Aku suka foundation jenis camni.

Kalau nak mudah, sapu concealer & foundation ngan span camni. Tak rugi. Leh ulang2 pakai. Lepas guna, korang basuh la. Letak sabun mandi skit. Akan jadi seperti sedia kala. Hmm..

Dah setel tuk base muka, sapu la bedak. Leh guna compact or loose powder. Aku suka dua2. Tapi ni product baru dalam himpunan aku. Compact di anak tirikan jap. Hiksss...

Dah tu, nak kasi merah pipi letak la blusher. Ni set kedua aku. Ni la alatan make up pertama yg aku miliki. Bedak compact tak kire la ye. Mula2 berkenalan ngan blusher.

Ni the latest product. Hikss.. Tapi tak reti la nak apply eyeshadow. Satu lagik, aku rasa eyeshadow tu tak berkesan tuk mata aku selagi kesan sembap kat mata aku tak ok lagik. Tapi gatai gak beli. Lagipun tgh offer. Cekau satu.

Owhhh.. Aku sangat suka la ngan mascara ni. Senang nak apply. Tak comot2 pun.

Semua barang2 di atas aku potretkan kat opis. Kan aku selalu tiba awal kat opis. Sbb nak gerak awal, tak sempat aku nak conteng muka kat umah. Kang jadik lambat plak. Tapi itu dulu. Skang tidak lagi. Aktiviti menconteng muka boleh disiapkan kat umah.

Ni la hasilnya hari tu. Muka sebelum dan selepas. Yg sebelah kiri tu sebelum. 2 gambar di sebelah kanan adalah selepas. De beza ke?? Aku nampak sama je. Abaikan bibir yg pucat. Aku rimas la pakai lipbalm. Tambah lagik la lipstick. Tapi kalau nak melawa, aku pilih lipbalm & lipgloss saja.

Ni plak hasil aku conteng mata. Tak menjadi kan?? Yg gmbar 1st atas tu adalah kali pertama aku apply. 1st time. Gambar tgh tu adalah yg up kan pasal make up ni. Yg ketiga ni tak ingat kali keberapa tah aku apply eyeshadow. Tak sampai 10 kali lagik aku menggunakan eyeshadow ku itu.

Owhhh... Ni plak yg aku idamkan. Terbaru. Uhhh... Nak pakainya bila tah. Tapi aku suka. Aku dah pernah try pakai. Tu mungkin kena tunggu bulan depan nya gaji kot. Skang kan aku tgh berjimat.

Asyik dok membeli barang make up je, buku pun aku dah lama tak beli. Dah le bulan lepas banyak amek kain kat macik aku. Utang dah bertambah. Sumber pendapatan tak bertambah pun. Uhh.. Ni aku dah pesan beberapa barang dari Jakarta kat macik aku.


~~~Kalau gi opis, aku hanya apply moisturiser, loose powder/compact powder, blusher. Tu je. Yg len hanya apply bila terasa nak apply. Sungguh membazir kan??? Dah tak natural beauty la kalau pakai barang2 kecantikan ni sumer.

No comments:

Google