Saturday, July 18, 2009

sekolah ku

Well, aku adalah terkenang kembali zaman2 bergelar pelajar di zaman2 sekolah dulu. Beberapa hari lepas, aku dok sembat ngan Awa pasal kenangan kitaorang zaman sekolah dulu. Best ooo...

Entrance yg telah berwajah baru. Ke arah pensijilan ISO. Perghhh...

Ni plak plan kawasan sekolah. Kawasan sekolah aku memang tak besor mana pun. Padang sukan pun takde. Padang di luar kawasan sekolah. De padang sejemput je. Tu pun tempat aku berlatih netball. Sekakang kera je kawasannya. Kat sebelah kiri de skolah rendah. Sekolah tengah bandar, memang camtu.

Ni dewan yg tak berdinding. De lagik tangga tu. Hikss..

Kat dewan ni banyak kisah. Ni la tempat assembly setiap hari sebelum masuk klas. De 10 minit kena membaca. Tapi selalunya aku ngan kengkawan akan bersembang. Ahakss... Ada je menda kitaorang nak gosip.

Kat dewan ni jugak la setiap hari lepas rehat masa form 3, kami budak2 form 3 kena kumpul dan nyanyikan lagu jika kau fikirkan kau boleh. Nak bagi semangat tuk PMR. Ni idea En. Cham. Kat sini jugak la klas aku kena denda berdiri sepanjang perhimpunan sebab jadi kelas terbising of the week. Pada masa yg sama kelas kitaorang gak memang minggu Kemerdekaan. Ahaksss..

Banyak lagik kisah kat sini. Bleh main kejar2 kat sini. Luas beb. Kat sini jugak de buat majlis anugerah kecil2an. Last day form 5 pun kitaorang gather kat sini. Sedey o time tu..

Maser aku tinggalkan sekolah, begini la rupa skolah aku. Buruk kan??? Well, dah lebih 1 abad pun usia skolah aku ni.

Kebanyakkan skolah kat pekan kat kampung halaman aku ni sekolah sejenis. Sekolah lelaki de 2 - King Edward & St. George. Sekolah perempuan pun de 2 gak - Convent & Treacher Methodist. De la skolah lain, Sekolah Taman Tasik. Tu skolah baru. Maser tahun aku masuk form 1, skolah tu baru dibuka.

Owhh... Banyak keseronokan zaman skolah dari zaman berkerja skang ni. Tak puas rasanya melalui zaman skolah. Maser tu aku memang aktif. Takde la cam skang ni. Dah mandom. Uhhh.. Takde pemangkin tuk membuatkan aku kembali bersemangat la.

Aku pernah jadi wakil daerah tuk pertandingan Choral Speaking. Skit lagik nak wakil negeri. Tewas ngan Main Convent Ipoh. Tu pengalam yg berharga. Tak disangka2. Aku & rakan2 klas aku la. Karya ditulis oleh Lai Imm. Dapat 2nd place. Menang RM1,000.00.

Duit kemenangan tu wat trip gi Cameron Highland. Sangat sedey sbb aku tak dapat join. So, diorang bagi skit la habuan kat aku sbb tak dapat join. Siap tangkap gambar tuk majalah skolah kat sana. Jeles beb. Gambar aku besa2 je.

Budak2 form 5 dapat kelebihan tuk beraksi macam2 gaya tuk majalas skolah. Tak payah aksi formal dalam barisan sajor. Mana la aku campak magazine skolah tu. Haihhh..

Kalau aku de jumpa pictures zaman skolah dulu2, aku kasi up la. Zaman skolah, aku adalah comot. Style plak ala2 tom boy. Hiksss...


~~~Banyak nak citer ni. Cukup takat sini sahaja buat masa ni. Kalau kerajinan, aku up lagik.

No comments:

Google