Tuesday, August 4, 2009

mo dinner pe ek???

Di pagi hari sudah up entry pasal dinner. Ehe...

Bukannya dari pagi ni. Tapi dari semalam lagik aku dah terpikir pe la dinner malam ni. Nothing special. Cam semalam aku dinner kat umah pacik aku. So, takyah pikir pe nak buat dinner. Tapi mlm ni dinner di rumah sendiri. Mula la sesak kepala otak pikir nak buat apa.

Nak yg mudah, cepat & tak renyah nak sediakan serta berkhasiat. Tak ke poning den nak pikir. Kalau ikotkan tahap 'kerajinan' aku skang ni, rebus megi je la jawabnya. Hahaha... Lagi plak adek aku dinner kat umah. Mesti sesak skit kepala otak aku nak pikir.

Malam sok tak sesak nak pikir dinner pe sebab de plan baik punya. Hiksss... Makan kat luar r jawabnya. Suar jeans aku dah ketat skit. Ni bahana last week sehari 2 kali aku pekena nasi. Bukannya salahkan nasi. Tapi salah diri aku sendiri. Keje banyak dok je, makan tak kontrol. Uwaaa...

Malam semalama adalah sangat meriah makanan. Makan nasi. Tak boleh tolak. Lauk banyak. Enak2 plak tu. Huhuhu... Sambil dok ngarang ni, pewut saya adalah rock & roll tak hengat. Tapi aku tak rasa nak makan pun. Pelik plak.

Adehhh... Wat seketika, there will be no picture in my entry sampai la masa mengizinkan. Boleh aku tertinggal usb kat umah. Dah tu, lappy ku ni tak leh plak nak send gambar guna IR-infra red. Bluetooth takde r. Kalau tak, ok je send thru IR.

UPDATE!!!

Dah bleh transfer gambar guna IR. Hooorraayyy!!! Aku restart lappy. Ni dinner aku last week yg blom di post gambarnya. Layannn!!!

Nasi goreng cili padi. Walaweiiii... Memang pedas berdesing. Saja aku buat pedas tak hengat sebab aku sorang je yg hadap. De nasi balance. Pastu aku tak rajin plak nak masak lauk. Jadi la nasi goreng. Makan plak ngan papadom. Sodap tak terkira rasanya. Ehehe...

Ni plak the next day tu. Terasa nak makan ayam masak kicap. Tapi tak jadik la ayam masak kicap. Huhu... Hentam kromo je aku buat. Jadik kaler itam sebab kicap tu je. Rasa tak kick lansung. Sup petola ngan suun. Yg ni ok. Semangkuk aku hirup sorang.

Abaikanlah pinggan mangkuk aku yg pelbagai rupa tu. Almaklum la, umah bujang. Pe yg de je la. Asalkan boleh guna. Pinggan mangkuk ni rembat dari umah di kampung halaman. Old skool giler. Tp aku suka. Teringat zaman2 dolu.

Mangkuk putih yg de bunga tu dah kategori barang antik. Aku nengok ramai yg cam tercari2 set pinggan mangkuk camni kat dalam forum2 internet. Tak nampak sangat bunga kat mangkuk tu sebab ditutupi kuah sup.

So, malam ni maseh tak idea la. Nak buat asam pedas, cam tak cukup bahan je. Kang tak kick plak rasanya cam ayam masak kicap ku itu. Huhuhu...


~~~Saja aku nak tak nak bagi arahan mulanya. Nak tengok akal dia camne. Tapi tak jalan. Nak kena suruh gak baru nak gerka. Haishhh... Awat la lagu tu.

No comments:

Google