Sila abaikan tajuk yg jiwang karat itu. Ni aku terjumpa plak gambar2 buah hati aku. Hikss.. Baru 1 hari tak jumpa, dah rindu. Dia comey sangat. Tu yg rindu. Lagipun dulu dah biasa jumpa hari2. Ngan dia gak le teman aku bergaduh. Kekadang tu geram sampai rasa nak gigit je dia. Hiksss..
Let the pictures do the talking...
Hampir 2 tahun dok skali ngan dia. Haruslah bila baru berpisah camni rindu2an skit. Lagipun aku takde adek kecik dah ma. Adek paling kecik pun dah form 4. Lebih besar dari akaknya pun. Ni la kazen yg paling kecik blah mak aku.
Kalau belah abah aku, kurang rapat skit la. Belah abah aku lagik ramai dak2 kecik cinonet. Bukan takat kazen je, anak buah pun ramai. But still anak buah pun panggil aku 'kakak'. Lalala.. Skit pun aku tak btolkan panggilan diorang kat aku. (^_^)
Baru2 ni aku gi umah pacik aku. Bleh plak si kecik ni tak nak salam aku bila aku nak balik. Beria suruh pun tak nak. Lastly umpan la dia. Aku cakap kat dia, tak nak salam aku, nanti aku tak nak bagi bobot pomer (robot transformer). Uhhh... Materialistik nye budak.
Dengar je camtu, berlari2 dia nak salam aku. Cittt... Bertuah nya budak. Satu lagik aksi dia yg takleh lupa. Aku tengah ralik tengok tv. Dia cam cakap something ngan aku. Tapi aku tak perasan sangat. Pastu biler dia tgk je aku bolayan, dia pun diri depan aku sambil gigit kuku jari.
Dia kata, "Idan git ku". Translation nya; Idan gigit kuku.
Dulu2 memang aku marah sangat biler nampak dia gigit kuku. Skang ni dah takde tabiat gigit kuku tu. Tu saja dia buat aksi camtu. Nak tarik perhatian aku. Bila aku nak cubit dia, lari mencicit dia. Saje nak manja2 ngan aku la tu.
Haihhh...
Cam2 aksi lagik pun ada.
InsyaAllah, ada rezeki nnti aku belikan dia bobot pomer. Tapi takleh beli yg mahal2. Cepat lingkup. Tak berbaloi. Ingat nak cari puzzle yg gambar transformer la. Skang ni dia tengah gila transformer. Walaubagaimanapun, ultraman tetap nombor satu.
~~~Jauh di mata, dekat di hati. Kamu juga begitu.
No comments:
Post a Comment