Wednesday, August 12, 2009

new pan from ikea

Ni la hasilnya aku rembat di Ikea itu hari. Memang dah lama aim nak pan leper camni. De la projek masak2 aku tu. Hiksss... Pan je ye. Sudip kayu tu dah lama pun beli. Cam gediks skit ye. Nak gak beli kat ikea pan ni. Walhal kat Econsave dekat opis ni pun de jual. Ehe...

Pan leper idaman aku. Dah beberapa kali aku menggunakannya. Goreng kentang menggunakan minyak yg paling minimal. I loike...

Dinner aku ari ahad malam Isnin. Tinggal sendirian di rumah. Siangnya dah bedal nasi goreng banyak gilos...

Dah alang2 aku buat entry makanan ni, meh tengok pe menu aku pada malam semalam plak. Oleh kerna I'm not in the mood to dinner nasi, ni la menunya. Tak mo makan nasi bukan sebab eksen ngan nasi. Tapi sebab malam sebelum tu dah bedal nasi banyak gilos kat umah pacik aku masa berbuka pose. Ehehe...

Megi goreng. Kenangan sungguh. Masa zaman2 uni dulu. Masa ada keta, selalu gak on weekend je gi breakfast kat maple. Pastu dpt diskaun student. Best oo.. Tapi megi goreng aku tak best la. Kering. Dah tu termasin plak. Adehhh...

Aku juga ada gambar dinner aku di hari Jumaat. Aku claim nak makan sup bayam ngan fish ball kan. Amek ko. Seperiuk aku masak. Alangkan tak habis di makan. Cik tong perabihkan. Uwaaa...

Meriahkan lauk pauknya u ollss.. Paling aku suka adalah wedges home made tu. Perlu dibaiki lagik. Wedges yg atas skali tu kureng skit. De la tu terkehel kat memana. Dah le kurang masin. Aduhyaiii.. Ikan perkasam, walla. Sedap. Aku sorang je makan. Adek aku eksen.

Memang jimat la kalau masak sendiri. Tapi tu la. Kalau ada peti ais best lagik kot. De peti simpanan. Ni makanan tak abeh kena perabehkan jugak. Kombang la saya. Kombang setaman. Ahakss... Hari ni pun tak de mood nak makan nasi gak. Dah set nak dinner pe. Tungguuu laporan sy nanti... (^_^)

Amek ko... Sekali harung je aku buh entry pasal makanan. Almaklum la. Tengah mood nak update. Entry berjuta la skit. Hiksss...


~~~Owhh... Aku baru tau. Rupa2nya lepas 15 Syaaban, kalau nak puasa sunat dah tak boleh. Ni bagi mereka yg lompat2 puasa sunat. Bukannya yg konsisten. Tapi bagi mereka yg puasa penuh Rejab & Syaaban, dibolehkan puasa. Orang yg nak ganti puasa lagi la memang kena puasa. Ganti bagi perabih. Ramadhan dah hampir.

No comments:

Google