Friday, November 28, 2008

---nantilah----

Terasa sangat mengantuk dan kepenatan. Isk2... Manakan, jap tadi puas la aku tawaf sekitar Shah Alam yg besar. Aku gi setelkan segala bil tertunggak. Yg ni opis la punya. Dah menjadi tugasan aku jugak tuk setelkan. Cuba la kalau aku takde, saper la yg akan gi wat semua urusan yg bleh dikatakan remeh tapi penting ni?? Hmm... Naper tetiba je aku ngeluh pasal tu?? Ada la sebabnya. Tak dapat nak aku ceritakan di sini pada ketika ini.

Aku sangat merindui saat2 awal aku mula menjejakkan kaki ke dunia blogging ni. 1hari, skit punya banyak post aku wat. Siap yg sekecil2 virus pun aku nak masukkan kat blog aku. Skang ni, aku dah slomo skit dalam dunia ciptaan aku ini. Adakah kerana faktor usia?? Kalau nak ikotkan, banyak stori aku yg tertangguh nak diceritakan.

Owh... Tetiba aku teringat pasal satu isu yg sering berbangkit dalam entry aku semenjak dua menjak ini iaitu perihal perubahan. Perangai buruk aku yg sukar dikikis adalah sikap suka bertangguh. Kalau ada hal2 yg ingin aku laksanakan pada masa & ketika itu, sering aku sulamkan ngan perkataan 'nantilah', memang perkara itu takkan menjadi. Aku rasa ini bukan menimpa diri aku seorang je. Ada jugak menimpa kat diri orang lain.

Bilamana keluar perkataan 'nantilah', pastu mestilah perkara yg dihajati tuk dilakukan itu akan tertangguh dalam satu jangka masa yg panjang. Silap2, perkara yg kita sangka & bajet tuk dilaksanakan pada masa 'nantilah' itu akan terus terlaksana disetelkan. Hmmm...

Seperti tadi. Sebelum kuar, aku dah plan siap2 mana aku nak pergi dulu. Apa yg akan aku buat dulu. Yo la.. Nak pusing 1 Shah Alam. Kena plan betul2. Pergi setelkan hal yg jauh dulu. Pastu baru setelkan hal yg dekat2 nih.

On the way balik, plan awal aku nak ke kedai alat tulis. Nak beli A4 paper. Stock dah nak abeh. De report yg kena disiapkan tuk meeting hari Isnin. Dalam 8 copies. Balance A4 yg ada tak mencukupi tuk buat 8 copies tu nanti. Dah dekat nak sampai traffic lite yg memisahkan arah ke kedai alat tulis & jalan aku nak pulang ke opis, aku dengan sengaja mengeluarkan perkataan 'nantilah'.

Aku pikirkan sok aku nak keluar jugak. Sok je la baru aku beli. Tapi bila fikirkan balik, cuba kalau sok aku tak berpeluang nak gi beli, camne??? Aku mesti akan kata, "Tu la. Semalam dah elok plan nak gi beli, pastu tukar fikiran kata nak beli hari ni. Tengoklah, hari ni dah tak kesempatan plak nak beli".

Terus aku teringat akan perubahan yg aku rancang nak lakukan dalam diri aku. Sebagai permulaan ni, aku telah berjaya membuat satu perubahan. Sedaya upaya aku nak cuba elakkan mengguna perkataan keramat tu - 'nantilah'.

Sebelum sampai kat traffic lite, aku telah membuat keputusan yg tekad bahawa urusan yg hendak diselesaikan hari ni, perlu dilakukan hari ni jugak. Kalau dah tak leh nak setel hari ni setelah percubaan dilakukan, then baru buat kemudian harinya. Misalnya, nak bayar bil hari ni dah tak sempat. Sok harinya, bayar bil tu berada dalam list teratas dalam to do list. Mudah-mudahan perubahan yg aku rancang ini akan berjaya dikekalkan terus dalam segala urusan aku. Aminnn...

Uhh... Sekian je tuk hari ni. Agak banyak urusan yg perlu disetelkan hari ni jugak. De 2 keje yg due next wik. Kena kerja keras lebih lagik.


~~~Yei2... Raya haji on 8th Dec 08. 081208.. Chantek je susunan nombornya. Lalalala... I L0V3 8. Hiiksss... Selamat berhujung minggu...

No comments:

Google