Wednesday, November 26, 2008

baca arahan terlebih dahulu

ATTENTION!!!

Bagi mereka yg tengah jiwa kacau & sedang mencari hiburan dengan bloghoping, entry ini adalah tidak disarankan @ dilarang sama sekali untuk dibaca. Aku tak nak jiwa korang menjadi lebih kacau dengan membaca coretan aku yg kacau bilau ini.

Trimas..

Arigato...



Uhh... Naper la badan aku terasa letih & tak larat je lagik ni. Dah 2 hari lepas perjalanan yg agak memenatkan. Muka pun tak dapat nak senyum lebar. Mengapakah ini berlaku??? Ini plak rasa cam sesak je dada. Dah le masa tengah lunch tadi tetiba je patah selera makan. Rasa mual + loya. Ujian buat aku. Takkan la lagik 2 minggu aku nak balik kampung, aku dah rasa tak semangat kot. Lama lagik tuh. Sekitar 10 hari lagik. Hmm...

Banyak sangat menda yg bermain dalam kepala otak aku. Tak tau nak selesaikan yg mana dulu. Buntu. Kalau masa lapang plak aku asyik berangan je. Bila berangan dah lama sangat, sampai susah nak bawa mata aku ni tido. Cam kejadian malam semalam. Blom kol 9.30 malam aku dah bawa diri masuk ke bilik tuk beradu.

Yo lah.. Tv dah tukar ke cenel kartun. Tak larat la aku nak layan. Bek la aku layan diri kat dalam bilik. Bila dah masuk bilik, aku terasa sunyi. Kosong. Cam aku masuk bilik yg tak punya barang. Aku pejam jelik mata beberapa kali. Sambil tarik nafas dlm2, tahan & kemudian hembus. Hilang sebentar rasa kosong. Terasa cam semak plak. Bilik tak kemas elok2 lagik. I need to change something in my room. Bagi de satu kuasa lain. Perubahan.

Yupsss.. Itu adalah perkataan yg paling mujarab. Aku pun tak rasa cam nak bermesra ngan cousins aku kat umah. Hati aku ni. Rasa sunyi sangat. Dalam keriuhan, aku masih lagik rasa sunyi. Aku kira dengan mengalirkan air mata dapat kurangkan beban yg aku rasa. Tapi aku silap. Air mata aku tak nak tumpah plak. Tak tau nak kocak bagaimana nak bagi air mata aku tumpah. Uwaaa...

Pe lagik yg harus aku lakukan tuk mententeramkan perasaan aku skang nih. Hmm...

Makan??

Aku seperti kurang berselera sangat. Tapi tetap makan. Mulut rasa nak mengunyah. Cuma perut aku tak berapa nak terima. Bila dah masuk makanan & aku mula rasa mual, aku pun stop makan. Mungkinkah aku dehidrasi akibat beberapa hari kurang minum air kosong. Asyik minum air manis je. Adakah aku kena elak minuman panas bersusu. Sebab bila aku minuh teh tarik or nescafe skang nih, aku akan terasa kembang tekak. Cam loya je. Perut cam tak dapat nak terima.

Owh... Ada berita gumbire yg aku terima. Ada 2 orang sahabat aku yg akan menamatkan zaman solo mereka. Seorang itu adalah sahabat lelaki yg aku kenali di alam universiti. Sorang lagi sahabat satu kos yg juga merupakan anak kepada kawan bapak aku. Kenduri diaorang selang 1 hari. Aku tak dapat rasanya nak hadiri kenduri kedua2 mereka sekali. Hanya salah seorang punya kenduri je aku dapat hadirkan diri, insyaAllah.

Tapi yg mungkin akan aku hadiri tu plak, kendurinya berada di lingkungan daerah kenangan aku. Bukan mudah aku nak lupakan. Aku cuba. Skang ni pun aku dah lama tak mention mengenainya. Aku tak pernah mention selama ini bukan bererti aku tak ingat or aku dah lupa. Cuma aku ajarkan diri aku supaya menerimanya & biarkan ia berlalu supaya aku dah tak rasa terseksa. Looking forward to a new lifestyle. Hiksss... Merapek apa plak aku ni.

Alamak... Aku kuciwa la plak. Kerananya usb tuk transfer gambar dari kamera ke komputer de kat dalam beg laptop abah aku. Huhuhu...

Citer mengenai laptop. Aku terbaca iklan mengenai laptop mini dell yg de skali ngan broadband maxis. Menarek. Bleh bayar ansuran sebanyak RM99.00 selama 24bulan. Guna kredit kad. Charge termasuk sekali ngan braodband sampai bulan ke-6. Bermula bulan ke-7, charge braodband perlu dibayar asing sebanyak RM77.00 sebulan. Korang rasa berbaloi tak??? Aku memang de hajat nak tangkap satu laptop mini (netbook). Berangan je lebih. Tapi kalau angan2 disertakan ngan usaha, insyaAllah boleh berjaya, kan?? Aminnn...

Ahhh.. Selepas menaip agak panjang & bercerita itu ini serba sedikit, dah kurang rasa tidak enak di dadaku. Terapi buat aku. Aku perlu berceloteh. Tak kira la berceloteh ngan jari (menaip) mahupun berceloteh ngan mulut (borak + gosip). As long aku berceloteh, aku akan rasa lega. No more retail theraphy. Sekurang2nya sampai next year which is lebih kurang 35 hari dari skang.

Ahaksss... Sekejap je kan dah nak masuk ke tahun baru. Angka usia makin bertambah. Perangai tetap tak banyak berubah. Uhhh... Perubahan... Bilakah akan terjadi padaku?????????

No comments:

Google