Monday, November 3, 2008

6 hours

Cerita yg ingin aku coretkan di sini adalah sekitar masa yg aku habiskan bersama MaiH di Sunway Pyramid semalam. Ye, hari Ahad aku dihabiskan di Sunway Pyramid. Mengapa tempat itu yg menjadi pilihan???
Banyak sebab sebenarnya. Walaupun MaiH dah pernah sampai kat situ, tapi tetap aku nak bawa di gi situ. Sebab paling utama adalah kerana movie yg ingin aku tonton hanya ditayangkan di TGV Sunway Pyramid & KLCC. Gi mana tuh???

Memang betul. Aku dah usha. Kat GSC memang takde tayangan tuk movie tu. Malam semalam masa aku tengah baca berita yg telah basi (ni adalah perumpamaan yg diberikan oleh Mysarah bila baca paper hari tersebut pada sblah malamnya), aku terperasan yg movie tu turut ditayangkan di Cineleisure Damansara.

Pe2 pun, yg penting aku dah pun gi nonton. Puas hati yg teramat sangat. I really hope that MaiH did enjoy watching the movie too. Owh... Tidak2. Aku belum mahu menceritakan pasal movie tu lagik. Entry ni khas tuk aku story pe yg kami lakukan semalam.

Adakah aku sangat particular terlampau sehingga aku kira masa yg kami spent kat situ???

Tidak...

No...

Hanya kebetulan. Selepas membayar pas parking, I asked for the receipt. Tgk kat resit tu, masa kami spent adalah 6 jam. Tepat. 11.52 pagi hingga 5.52 petang. Hikksss...

Pertama sekali selapas park keta, kami menuju ke tempat tiket wayang. Naseb kami baik kerana dapat menonton tayangan kol 12.30 tengahari. Selapas tu boleh lakukan aktiviti lain. Selapas di soal selidik, MaiH kata dia dah breakfast. Aku pun. Tu pasal we decided to watch 12.30 nye tayangan.

Selepas menonton movie tu, kitaorang gi solat. Pewot masing2 dah berdansa. Belum decide lagik nak makan pe. Lepas dah kuar dari surau tu baru kitaorang decide nak makan Nando's. Walaupun MaiH baru je makan Nando's. Ehehehe...

Lepas gi isi pewot baru la kitaorang punya tenaga tuk melakukan tugas & task seterusnya. Aku takde planning nak shopping pe2. Hanya menemankan MaiH membeli barang keperluan je. Tipu la kalau aku kata aku tak beli pe2 langsung. Ada gak barang yg aku beli. Perfume (murah), berus gigi & lotion botol kecik(sebab lotion aku tertinggal kat dalam keta parents aku).

Pusing2 mencari barang MaiH.

Pastu kami gi plak ke Jco. Hajat dihati nak makan donut la plak. Mula2 bajet nak beli sorang 1 or paling banyak pun 2. Setelah perbincangan sementara menunggu turn kami memilih donut yg berkenan tuk ditapau, keputusan yg dibuat adalah kami mendapatkan 1/2 dozen share 2. Makanya sorang akan dapat 3 biji.

Hiksss... Very the tempting la the donuts there. Last skali aku makan donut Jco adalah awal tahun lepas. Ada aku pampangkan di sini. Tak rajin nak godek. Lalalala...

Flavor yg menjadi pilihan adalah al apone, jacky chunk, cheese me up, oreology & heaven berry. De 5 jenis je kan??? Yg oreology tu amek 2. Uhhh... Sangat menjilat jari la. Pilihan aku - oreology, heaven berry (stuff with strawberry cream-muak) & jacky chunk (yg ni sebab dah tak tau nak buat pilihan dah). The rest adalah kepunyaan MaiH.

Sangat kenyang bila pekena 3 biji donut ni. MaiH perabihkan ketiga2 donutnya masa on the way aku nak hantar dia pulang ke pusat kursus dia. Owh.. Sangatlah handal cik MaiH ini. Aku ada gak rasa skit donut dia. Dia je tak dan nak rasa donut aku. Hiksss...

Selesai beli donut yg memakan masa hampir 30minit di situ sahaja, kami meneruskan perjalanan ke tempat barang2 yg MaiH ingin beli. Dah dapat semua barang yg dalam & luar list, pejalanan diteruskan untuk pulang.

Satu2nya gambar yg di amek pada outing kami berdua kali ini. Hiksss...

No comments:

Google