Wednesday, November 12, 2008

confusing

Opsss... Sebelum aku sambung ngan aktiviti hari Ahad, aku nak kisahkan skit perjalanan pulang aku & Odah dari Putrajaya. Odah nak elak lalu MRR2. Almaklumla, gerenti akan jem nya nanti. Aku tak memandu. Aku hanya penumpang. Kena ikot kata driver. Aku co-pilot je. Hanya beri arahan & perhatikan jalan. Ahaksss...

Kami bercadang nak guna highway Putrajaya-KL. Highway baru tu. Kata sepakat telah dibuat. Kena plak la cari camno nak masuk highway tu. Kena cari menggunakan signboard. Satu je masalahnya. Signboard kat M'sia ni a bit confusing. Kejap ada. Kejap ilang. Cam biskut chipsmore tu la plak.

Kitaorang memang dah ikot dah signboard yg kejap ada kejap ilang tuh. Sampai kat satu persimpangan tu, tetiba dah hilang arah ke highway Putrajaya-KL. Yg tinggal hanyalah arah ke KLIA, JB. Haihhh... Terberhenti kejap kitaorang. Aduhh... Gi mana ni.

Setelah beberapa ketika, kitaorang buat keputusan ikot je la jalan yg kitaorang dah masuk. Tak yah patah balik. Tengok kat depan nanti tu. De pe2 petunjuk lagik tak. Hmm...

Rupa2nya....

Kat depan dari persimpangan yg kitaorang berhenti tu baru ada petunjuk baru. Cessssssss... I mean, baru ada petunjuk ke highway Putrajaya-KL yg kitaorang nak guna tu. Betapa la kami telah cuak. Yo la... Kat persimpangan sebelum ni memang takde pe2 petunjuk. Dalam 1km ke depan tu baru de. Isk2...

Bernafas lega la kami kat dalam keta. Sambil melepaskan rasa tidak puas hati. Yg banyak rasa tak puas hati tu sudah semestinya aku. Ahaksss...

Highway tu sangat sunyi. Takde lampu jalan. So, aku suggest kepada pemandu wanita jangan drive sesorang waktu malam kat highway tu. Scary. Lupa plak kena baper lalu tol tu. Kot2 la ada orang nak tau. Tak silap aku ada 2 tol. RM2.40 & RM1.60. Aku ingat2 lupa la. Ehehehe...

No comments:

Google