Wednesday, November 12, 2008

alkisah hujung minggu 3

From Alamanda, we planned to go to Aisyah's house. To visit her & her newly born baby. Tapi apa kan daya, terpaksa dibatalkan bila sms tak dibalas. Nak main terjah je takot plak dia takde rumah. Hmm... Asalnya Effi cam nak ikot aku je gi lawat Aisyah. Tak jadi jugak. Aku & Odah pun menggubah rencana baru tuk dilakukan pada petang Sabtu itu.

Dalam perjalanan pulang, Odah ajak gi taman lelayang kat Kepong. Ala... Tempat yg orang selalu main lelayang reramai tuh. Memang kat situ sengat ramai orang. Aku pernah ke situ sekali sebelum ni. Ngan pacik aku.

Alang2 dah masuk waktu asar, kitaorang gi singgah solat dulu kat Tesco Kepong. Singgah solat je. Tak beli pe2 pun. Lagipun pewot masih tak lapar. Memang kenyang tak hengat la makan mi kari maser lunch kat Alamanda.

Kat Tesco tu punya la ramai yg buat gores & menang. Heran jugak. Camne la boleh diaorang dapat menjalankan aktiviti diaorang dengan bebas. Hmm..

Sangat tak menyenangkan customer Tesco tu je. Bukan takat tu je, cuakkan orang tol. Ala... Ayat biasa diaorang nak membodek supaya gores. Diaorang approach aku ngan Odah. Aku dah cuak. Tapi muka Odah memang cool abeh la. Huksss... Cayo la kawan den nih.

Odah layan je Chinese gul tu punya ayat pujuk rayu disamping ngan pujian melambung. Hikss... Kalau kena kat batang idung aku, awal lagik aku dah cabot dari situ.

Lepas solat, kitaorang menujukan diri ke taman lelayang. Parking, humang haih jauh. Kat sini je baru kesempatan bergambar. Memang nyaman je rasa kat situ. Terimbau balik zaman kekanak. Hahaha... Suka tol aku dok imbas kembali.

Kitaorang lepak2 kat situ sampai dekat nak masuk waktu Magrib. Hikss... Sempat la kami bermahgrib di rumah. Sebelom masuk waktu magrib lagik kami dah gerak balik. Masa azan magrib tu kami dalam keta on the way pulang ke rumah Odah.

Malamnya plak, kitaorang gi lepak kat kopitiam tak jauh dari umah Odah. Sambil dinner & online. Odah je la online sebab dia je yg de laptop. Aku tumpang skit2 je tengok. Tengok skandals Odah. Ahakss...

Again, aku pilih mi kari. Odahnye menu aku tak ingat mende namanya. Kuciwa sebab rasanya tidak seenak mi kari yg aku nikmati masa tengahari itu. Tapi aku telan gak sampai abih. Sebab lapor la plak. Berjalan2 di taman lelayang.

Kol 10 malam, kitaorang pulang ke rumah. Layan tengok cerekarama. Abeh cerekerama, kitaorang titon. Next day punya aktiviti yg paling aku suka. C ya in the next entry.

(Gambar akan di upload kemudian. InsyaAllah..)

No comments:

Google