Monday, November 24, 2008

penawar untuk si bujang

Bila nak kawin???

Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuan

Bila nak kawin???

Keluarga pun dah mula risau
Si teruna, emak bimbang jadi bujang terlajak
Si dara, ayah takut bergelar andalusia

Bila nak kawin???

Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh dicuba (he..he..ni cadangan pelik kawan saya)

Bila nak kawin???

Aduuuhh…aku disoal lagi
Kawin???
Nak kawin dengan sapa?
Calon pun takde.
Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata
(aku ambil tunang @ suami kau, baru padan muka)

Bila nak kawin???

Akan ku kawin jam-jam ni juga ( haa…haa… haa)
Andai memilih suami semudah bershopping di pasar malam
Atau semudah membeli VCD cetak rompak
Atau sesenang memakan twisties..(yummyyyy y)

Bila nak kawin???

Aaahhh….sungguh aku bosan
Banyak yang lain boleh jadi persoalan
Kenapa asyik itu yang dihadapkan
Apa kita nak heran
Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan.

Bila nak kawin???

Pada yang masih bujang
Biarkanlah mereka terus bertanya
Usah ditunggu letih mulut mereka (Takkan letihnya sampai bebila..)
Kalau ada jodoh, Insya-Allah takkan ke mana.

Bila nak kawin???

Pada yang asyik menanya
Usah dirisaukan jodoh orang
Jaga masjid sendiri agar tidak goyang
Lain orang lain rezekinya
Syukurlah dengan apa yang kita ada.

MORAL OF THE STORY : DONT ASK!



~~~Aku cilok ni dari blog member aku. Juz wanna share with u guys. Terutama sekali yg masih bujang seperti aku. Hiksss... Nak gak buat statement camtu. Almaklumla, cuti sekolah telah datang lagik. Bila dah cuti sekolah, seperti yg dimaklumi ramai, pasti meriah ngan jemputan kenduri kahwin. Pasti ada rakan2 & kenalan anda yg telah sampai seru menamatkan zaman bujang mereka. Tak ketinggalan juga dengan aku. Hmm... Biasanya bila ada kenalan @ rakan yg melangkah ke gerbang perkahwinan, pastinya soalan cepu mas seperti di atas akan ditujukan bagi mereka yg masih belum berdua. Ahaksss... Bravo kepada penulis yg telah mengarang sajak yg sangat masyuk ini. Hiksss...

No comments:

Google