Tuesday, November 4, 2008

movie itu

Hari ni baru aku kesempatan nak menceritakan mengenai movie yg aku tonton in last Sunday. Sangat puas hati bagi pihak aku. Pihak MaiH aku tak pasti sangat. Aku rasa dia pun sama enjoy citer tu. Tajuk citer nya adalah Boys Over Flowers.

Yupss... Citer yg aku gembar gemburkan hari tu. Dalam entry ini.

Sama seperti sinopsis yg aku telah pamerkan dalam entry ini. Cuma bila tengok ngan mata sendiri lagik seronok. Mungkin ini adalah finale bagi keseluruhan episod Hana Yori Dango. Penutup.

Ujian demi ujian datang menimpa mereka berdua (Tsukushi & Tsukasa). Untuk menguji sejauh mana mereka berdua sanggup menghadapinya berdua. Kecurian mutiara pusaka yg diturunkan dari satu generasi ke generasi seterusnya telah membawa berdua ke New York, Hong Kong & terdampar di pantai sebuah pulau.

Paling touching skali masa mereka terdampar kat pantai. Cam citer survivor la plak. Sehinggalah satu scene bila mana Tsukasa (Domyogi) meluahkan perasaan dengan mengatakan "I love U" kat Tsukushi, baru la ada helikopter yg datang selamatkan diorang dari pulau tu.

Barulah diketahu bahawa segala kejadian yg berlaku itu telah direncanakan oleh parents Tsukushi. Pada mulanya aku sangkakan yg plan tuk kejadian tu semua datang dari mak Tsukasa.

Rupa2nya, emak Tsukasa telah pun menyerah kepada keputusan anak dia tuk kawen ngan perempuan yg anak dia suka itu. Dah le masa majlis pengumuman bakal isteri Tsukasa, dia gi letak & pamer wajah Tsukushi yg paling huduh skali. Masa tengah suap mi ke dalam mulut.

Haihhh.. Masih terbayang2 citer tu. Rasa nak nonton sekali lagik. I don't mind. Tapi rasanya, aku tunggu kuar dalam bentuk cd la. Bleh aku beli. Simpan wat koleksi. Nanti aku nak cari yg bersiri nye gak. Aku pernah tengok dah sebelum ni. Cuma kedua2 siri itu telah tiada.

Siri pertama yg aku tgk bukan dari koleksi aku sendiri. Siri yg kedua plak aku simpan dalam hdd & hdd aku telah corrupt. Hmm..

No comments:

Google