Wednesday, November 26, 2008

tak dapat buat keputusan

Aku telah menjalankan sedikit siasatan tuk pulang ke kampung halamanku nanti, insyaAllah. Rancangan nak naik tren. Walaupun naik tren itu tidak menyeronokkan tara mana pun. Tapi tetap aku terasa nak naik train. Hiksss...

Pasalnya adalah tiket tren mudah nak cek availability nya. Kalau tiket bus cam susah skit. Setelah aku semak baper banyak seat yg masih berbaki tuk perjalanan yg aku pilih, aku jadi sedikit terkujat. Humang aihh... Dah hampir fully booked pun. Siap ada extra ketapi tuk perjalanan tu. Hmm...

Let me thing 1st. Samada nak drive balik or nak balik nek kenderaan awam. Mengikut perancangan asal juga, aku akan pulang ke kampung aku sebanyak 2 kali dalam bulan Disember akan datang. Ini baru merancang. Yg berhak menentukannya bukan aku. Aku hanya merancang. Aduhyaiii...

Kira2 harus dilakukan. Cukup bulan Disember, result PMR nak kuar. Aku kena tunaikan janji ngan adek aku. Kalau dia dapat 9A, hadiah dari aku, seluar levi's sehelai. Umang haihhh.. Kakaknya pun ngak pernah memiliki barang 1 dari levi's. Tapi demi adek aku, aku berkorban sahaja lah. Lalalala... Aku perlu rangka bajet kewangan aku yg baru tuk tahun baru yg akan datang. Semangat waja.

Key word aku tuk tahun baru yg akan datang adalah PERUBAHAN. Doakan aku berjaya. Aminnn...

Aku mahu pulang dahulu. Selamat beristirehat di rumah...

No comments:

Google