Wednesday, November 12, 2008

alkisah hujung minggu 2

Tempat pertama yg kami tuju adalah Putrajaya. Berjanji tuk bertemu dengan sahabat2 dari matriks. Safiah(Effi), Nor Azlinawati(Alin) & Nor Azmi(Azmi a.k.a Jimie). Itu je yg dapat hadirkan diri. Mungkin di lain hari kita dapat ketemu dengan lebih ramai lagik.

Last minute de beberapa berita diterima. Effi tak dapat join sebab nak gi kenduri cc opis dia. Bos besar join sama. Tak pe la aku kata kat Effi. Dapat jumpa dia kejap pun jadik la. Kitaorang pun set la nak jumpa jap sebelom Effi gerak gi kenduri.

Azmi text kata hanya leh join at 12.45pm. Ok la aku kata. Dari dia tak datang join skali. Better late than never.

Pastu satu lagik aku kira berita sedey yg diterima yg terpaksa batalkan perjumpaan hari tu. Atok Alin telah pulang ke rahmatullah. Cian kat dia. Terkujat jugak. Yo la. Dalam masa dia nak bergumbira dengan kawan2 tetiba berita sedey yg diterima. Hmm...

Aku, Odah & Effi tenangkan Alin. We call it off. Our get together. Lupa terus aku nak tanya Alin balik kampung ngan apa hari tu. Isk2... Apa punya kawan la aku nih. Dah bergumbire sampai lupa diri. Uwaaa...

Tak sempat pun kami semua nak bergambar kenang2an. InsyaAllah, di lain kali kita ketemu lagik ya...

Effi gi join bos & kengkawan dia yg lain ke kenduri cc nya. Alin lak gerak balik umah dia sambil memikirkan nak pulang ngan apa. Sementara aku & Odah meneruskan agenda kami tuk berfoya2. Alang2 dah sampai ke Putrajaya, kami melangkah ke Alamanda. Aku pun dah lama tak ke sana.

Terus aku roger Azmi tuk batalkan pertemuan hari tu. Dia tu pemalu benor mulanya nak join sebab katanya dia sorang je laki. Ko tak perlu takot la. Kitaorang semua tak akan apa2 kan ko la. Hikss... Nak buek camno. Kelas kita dulu pun de 6 orang je lagik. Or shuld I say 5 setengah je laki. Haihhh... Tak baik sungguh aku ni.

Melonjak kegembiraan la aku bila nak berjalan2 ni. Walaupun bukan dengan tuk shopping. Hanya jalan2 makan angin. I have to save my money for the coming trip. Lalalala..

Pusing2 dalam Alamanda tanpa tujuan yg utama. Syiok gak. Dah banyak perubahan dalam Alamanda tu sendiri. De beberapa gerai baru buka. Dah ada Kenny Roger's. Pe lagik ha... Hmm... Wayang tu aku dah tau kewujudannya.

Tiba time makan, aku & Odah tak dapat buat keputusan nak makan pe. Tetiba tekak aku terasa nak makan mi kari. Aku ajak Odah gi makan kat kedai kat depan pintu masuk Carefour kat tingkat 2. Aku dah lupa nama kedai tu apa. Odah makan asam laksa.

Sedang kami menjamu selera, aku ternampak kelibat orang yg memang dikenali ramai. Mungkin juga dikenali di seluruh dunia. Hmm..

Saper lagik kalau bukan Tun Mahathir & isteri. Ditemani ngan bodyguards yg berpakaian seperti orang biasa. Fuhhh... 1st time dapat lihat beliau secara live. Terpegun aku.

Rupa2nya Tun Mahathir & isteri gi menjamu selera kat The Chicken Rice shop kat tingkat bawah. No wonder la perjalan kaki yg lalu kat tepi eskelator asyik pandang2 kat bawah. Bukti??? Ada.. Nanti aku upload ek. Skang ni ada probs skit yg buatkan aku tak dapat nak upload gambar. Banyak gambar yg pending. Busan tol saya.

Sambung lagi dalam next entry. Tak abeh lagik aktiviti aku & Odah di hari Sabtu, 8 Nov.

No comments:

Google