Tuesday, November 11, 2008

gossip girl

Hiksss... Aku mungkin ketinggalan sedikit. Tapi takpe, aku akan cuba mengejar selagi daya. Apa yg aku nak kejar tu??? Hahaha... Korang baca tak pe tajuk entry aku ini?? Gossip girl. Apa yang terbayang dalam kepala otak korang bila baca tajuk aku tu???

Orang pompuan suka bergosip???

Tapi kan, bukan orang pompuan je bergosip. Laki pun gosip gak. Kalau diaorang gosip, lagik la hangat. Dapat kalahkan orang pompuannya gosip. Hiksss...

Yup... Yg aku nak maksudkan di sini adalah drama bersiri yg pernah ditayangkan kat 8tv. Skang dah masuk season ke-2. Oleh kerana season pertama pun aku tak pernah tengok, maka aku gigih download la. Pe lagik. Selama aku menyepi dari membuat entri, masa aku banyak dihabiskan dengan mendownload la.

Opppsss.. Bukan keje aku download movie je tau. Aku buat gak keje2 dalam opis ni. Kire acara sambil menyelam minum air. Tapi aku tak minum air la. Aku buat keje download sambil aku menyelam tu. Ahakss..

Baru lepas download 2 episod je. Dah selamat pun aku tengok. Citer pasal 2 orang sahabat baik, Blair & Serena. Bila tengok scenes itu membuatkan aku teringat kepada beberapa siri kejadian yg tak sama yg berlaku dalam kehidupan aku. Hmm...

It's hard for me to make it clear. Anyway, I don't feel like I want to elaborate about it. De beberapa berita yg membuatkan aku keciwa jugak. Tapi itu takpe. Aku kecewa atas apa yg telah aku lakukan. I mean, dari usaha yg aku tunjukkan, hasil yg aku terima harus aku terima dengan hati terbuka. Sape suruh tak buat prepareration yg bersungguh2. Gagal sekali bukan bererti gagal selamanya.

Aja2.

No comments:

Google