Friday, July 31, 2009

live from home sweet home

Ya... Aku kembali ke kampung halaman ku lagik within 3 weeks. Btol la tuh. Memang tak salah. Kali ni balik pun sebab de hal. Kalau tak, tak balik kot. Lebih rela menghabiskan masa berehat kat umah. Aku memang perlu masa berkualiti tuk berehat & bermalas hanya di rumah.

Sengaja aku cuti hari ni. Dapat balik awal ke rumah. Sampai petang. Pagi tadi pun takde la tergesa2 sangat nak gerak. Dah siap hal kat umah baru aku gerak ke Puduraya. Tak perlu nak terkejar2 masa gak sebab blom beli tiket bus.

Sampai ke Puduraya hampir kol 11 pagi. Tanya kat kaunter tiket. De kol 11.30 pagi. Tros beli yg kol 11.30 pagi nyer. Senang la camni. Kalau selalu camni memang nyaman. Tak perlu terkejar2. Memang penat kalau asyik kejar sana kejar sini. Cam hari ni, slow & steady. Nyaman aja.

So, that's it for today. Kalau kerajinan, sok aku update lagik. Mo enjoy the time di rumah.


~~~Sedang menggunakan lappy adek ku yg baru. Enak jugak. Aku pun de gak angan2 nak berlappy baru. Tapi buat masa ni amat bersyukur ngan apa yg ada. Mudah-mudahan ia akan setia berkhidmat bersamaku tuk beberapa tahun lagi. Amin...

to the future a.k.a mirai e



Hora! ashimoto wo mitegoran (lihat! perhatikanlah jejak-langkahmu)
Kore ga anata no ayumu michi (inilah perjalanan hidupmu)
Hora! mae wo mitegoran (lihat! pandanglah ke depan)
Are ga anata no mirai (itulah masa depanmu)

Haha ga kureta takusan no yasashisa (kasih sayang yang tak terkira dari ibu)
Ai wo idaite ayume to kurikaeshita (dengan kasih pesanan itu berulang untuk meneruskan perjalanan hidup)
Ano toki wa mada osanakute imi nado shiranai (masa itu masih kecil banyak lagi tidak faham)
Sonna watashi no te wo nigiri Issho ni ayundekita (tanganku digenggam untuk perjalanan bersama)

Yume wa itsumo sora takaku aru kara (impian itu biasanya berada tinggi di langit)
Todokanakute kowai ne dakedo oitsuzukeru no (walaupun takut tak tercapai namum ia mengejar diri untuk diteruskan)
Jibun no SUTOORII dakara koso akirametakunai (kutakkan berputus asa pada STORY sendiri)
Fuan ni naru to te wo nigiri Issho ni ayundekita (pabila merasa takut tanganku digenggam jalan bersama)

Sono yasashisa wo toki ni wa iyagari (adakala kasih itu kutolak)
Hanareta haha e sunao ni narezu (kutak ikut nasihat ibu setelah berpisah)

Hora! ashimoto wo mitegoran (ulang di atas)
Kore ga anata no ayumu michi (ulang di atas)
Hora! mae wo mitegoran (ulang di atas)
Are ga anata no mirai (ulang di atas)

Mirai e mukatte yukkuri to aruite yukou (marilah jalan berhati-hati ke arah masa depan)


Kredit to Jahrera.


~~~Selama ni dok la dengar lagu ni. Dok ikot nyanyi. Tapi sepatah haram tak tau pe maksud di sebalik lagu ni. So, skang ni dah tau la lagu ni berkisar pasal apa. Pasal menuju ke masa depan.

Thursday, July 30, 2009

tag 3

Ni adalah tag ketiga aku kat sini. Malas nak buat sebenarnya. Tapi sbb tengah kebusanan ni, siapkan jugak. Senang je.

Tagged by MaiH.

1. 5 nama timangan anda
i. kakak - seluruh famili panggil aku camtu including people older than me.
ii. wahida - kengkawan skolah & uni yg panggil aku.
iii. weeda - nama yg wujud di zaman matriks tuk membezkan 2 org nama yg sama dalam klas.
iv. kak cha - ni Idlan yg panggil aku. Rindunya kat dia. Huhuhu..
v. wawa - de la kot 1,2 org yg panggil.

2. 5 sifat/ tabiat buruk
i. moody
ii. skit cerewet
iii. senang nangis
iv. prefer bangun lewat
v. suka makan walaupun sedar sudah gain weight

3. 5 makanan favourite
i. makanan berkuah dengan mi, laksa, kueh teow or bihun
ii. sotong yg dimasak apa cara skalipun
iii. nasi Ayam Tesc0 Xtra SA.
iv. choc cake
v. last but not least, mestilah masakan emak ku. Walaupun tak hebat mana pun, air tgn mak ni rasanya skit berbeza. Tambah plak dimasak dengan kasih syg. (^_^)

4. 5 subjek pelajaran yang disukai
i. maths
ii. maths
iii. maths
iv. maths
v. maths
sehingga aku terjebak amek kursus maths jugak. Uwaaaa...

5. 5 wajib dalam purse
i. duit
ii. atm card
iii. driving licence - taknak ni camno nak drive
iv. ic - kang org ingat aku pendatang plak
v. kad2 tuk collect poin spt jusco card, bonuslink card & tesco card

6. topik biasa yang dibualkan bersama pasangan
tak sesuai tuk jawap soalan ni. next question plsss...

7. mangsa tag
sesiapa yg berkenan nak jawab & mereka2 yg kebosanan & ingin mengisi masa lapang seperti saya. Sila la amek tag ni.


~~~Ada beberapa perkara akan aku up kan. Later la yerr...

hanya setitik dua sudah mencukupi

Berkenaan dengan sabun pencuci pinggan. Aku pelik ngan dak opis aku yg sorang ni. Each time kalau dia membasuh gelas or sudu yg digunakan, selambak dia guna sabun pencuci pinggan. Ni kat pantry opis la. Sampaikan bila nak membilas pun amek masa yg lama. Sekejapan juga sabun pencuci pinggan tu dah lauk banyak. Terkujat aku. Uhh...

Aku dah lama tak masuk pantry. Kalau masuk pun kekadang sahaja. Bukan hari2 seperti dulu. Minggu ni lagik la. Aku dah siap bersarapan di rumah. Takde lagik sesi sarapan di opis. Lagik la aku tak berkunjung ke pantry. Tadi kebetulan aku terasa nak minum air panas. Baru la aku gi pantry. Dah lepas minum, nak basuh mug.

Maser tu la aku terkujat melihat banyaknya luak sabun pencuci itu. Huiisshhh... Camni rakus dia guna sabun pencuci pinggan. Hanya tuk basuh mug and sudu je. Bayangkanlah kalau kat umah dia camne la agknya. Mau sebulan sebotol. Silap2 lebih dari sebotol. Isk2... Pembaziran btol la. Dah le pemalas nak basuh mug or sudu yg dia guna. Angin je aku.

Cam skang ni, tinggal serumah ngan orang laki. Aku bukan kata semua orang lelaki tak leh harap. De yg boleh harap.

Opsss... Sebelom tu. Meh la aku kenalkan the guy I live with. Tak lain tak bukan adalah adek aku. Ehe... Adek2 aku adalah lelaki semuanya. Lotih tol ngan adek aku yg sorrang ni. Bilik dia aje dah cam tongkang pecah. Bayangkan masa aku share bilik ngan dia masa dok numpang pacik aku tu. Hari2 aku dok bising kat dia pasal dia sepah2 je barang dia.

Skang masing2 ada bilik sendiri. Aku jenguk bilik dia, de skit2 rupa sarang tikus. Tapi aku tak bising. Sbb aku tak share bilik ngan dia. Cuma satu la.

Bab2 mengemas umah, takleh nak diharapkan langsung. Aku sorang je yg kemas umah. Tambah plak umah lapang je skang ni. Hari2 aku nyapu n mop. Angin tengah rajin, bak kata Miss Xara. Masak2 pun aku gak yg wat. Tu takpe sbb aku suka masak. Tambah plak bila de orang nak makan. Lagik r best.

Semalam adek aku goreng telur. Tak dikemasnya dapur semula. Tp aku malas nak bising. Bek la aku kemaskan je. Nak tunggu dia???? Takde maknanya dia akan kemas sama macam tahap piawaian aku. Aku la yg kemas.

Cuma satu je la aku dah pesan awal2 kat dia. Setiap pinggan mangkuk, sudu, gelas & etc digunakan, harus membasuh bersih selepas tu. Kalau aku tak puas hati, balik keje aku ulang basuh lagik. Janji dia basuh. Jangan nak men letak dalam sinki je lepas guna.

Berbalik kepada permasalahan awal di atas. Tadi tu iklan skit. Sabun pencuci pinggan kat opis ni brand sunlight. Dah le pekat. Tak perlu la guna selambak camtu. Aku agak2 selamabak tu ada kot dalam satu sudu kecik.

Yg ni susah skit nak tegur sbb bukan adek sendiri. Hmm... Dah terpanjang hasil bebelan pendek aku ni.


~~~Datang lambat. Kuar rehat on time. Lepas rehat, masuk lambat. Balik keje nak on time. Nak tegur, tapi aku tak rasa aku punya kuasa. Haishhh... Bersabar je la.

Tuesday, July 28, 2009

bila aku mula bersilat di dapur

Biler ada gambar tuk diselitkan skali dalam entry, baru semangat nak update. Ni aktiviti aku minggu lepas dan minggu ni. Bukan selalu datang angin rajin bersilat di dapur. Hiksss... ***Banyak angin kus2 tol aku ni. Banyak keje nak buat mesti tunggu angin yg betol datang.

Aku bukan la seorang yg kreatip. Selalunya aku memasak apa yg terlintas dalam kepala otak. Apa yg aku rasa senang. Sebabnya adalah masa aku tuk memasak sesuatu jenis masakan tuk lama. Leceh gak kalau hari2 abihkan banyak sangat masa hanya di dapur.

Bagi expertise cam mak aku, sekejapan je dah dapat siapkan 2-3 jenis lauk. Aku nya stail, sebelum mula masak, sumer bahan2 dah kena ready dulu. Bawang dah siap potong. Sayur pun kena ready di potong siap. Kalau nak masak lauk ikan/ayam/etc, dah siap perap kalau kena perap or dah siap gaul ngan garam & kunyit.

Pastu masak sesatu lauk dulu. Tak reti nak jalan 2 skali sebab dari pengalaman, pasti akan ada satu lauk yg over cooked ataupun tak cukup masak. Adehhh... Tapi insyaAllah, ngan keadaan skang ni aku akan improve kan lagik skill memasak ku. Ehehe...

Last week ari Rabu aku puasa. Terasa nak makan sup sayur. Cam mengidam la skit2. Plus teringin nak makan chicken meatballs farm's best. Sedap. So, lepas keje cepat2 aku gi Econsave, sambar pe2 barang yg perlu. Hasilnya...

Tadaa.. Sup sayur. Superb... Haha... Agak segan di situ kerna telah memuji masakan sendiri. Ala... Sonang je. Dak skolah rendah pun leh wat.

Ni kawan kepada sup di atas. Yummy.. Walaupun de yg kurang. Tapi sebab lapar, tak sempat nak kesan kekurangan yg ada. Aku suka tol makan chicken meatball's ni.

Beralih pula kepada menu dinner aku semalam. Dah lama aku kepingin nak makan sotong dalam kuantiti yg banyak & murah. Hikss... Itulah aku. Sentiasa nak cari d best deal & harga harus murah.

Mulanya rasa cam nak buat sambal tumis udang. Tapi takde cili giling/blender plak. So, tukar menu. Nak wat sotong masak kicap. Penyudahnya, dua2 pun tak jadi. Haihhh... Tapi aku suka lauk sotong ciptaan aku tu. Cuma perlu banyak diperbaiki lagik. Ehehe... Skali lagi sketsa masuk bakul angkat sendiri.

Dinner ku semalam. Nampak biasa je kan. Tapi kat tekak aku, ok la. Bleh telan & tak menyebabkan keracunan makanan. Ehehe...

Kasi gambar close up satu. Sotong tu besor2. Mana la aku tak tergoda tuk membelinya. Aku pencinta sotong & cendawan. Umphhh... Cendawan goreng tepung pedas, sedap. Aku buat masa balik kampung dulu.

Itu sahajalah hidangan aku tuk hari ni. Ntah bila lagik aku kerajinan mo update ni. Haihhh... Soon..


~~~Apa plak menu malam ni ye??? Tak pikir lagik. Most probably takde lauk pauk la. Lotih nak cari idea masak pe ngan barang2 yg serba kurang.

habis punah

Huwaaa... Dah hampir seminggu aku tak update. Bukan takde keinginan. Tapi keadaan tak mengizinkan. Tak tipu. Semalam aku adalah sangat bersemangat mo update. Tiba2....

Naper tah cpu aku tu. Asyik restart. Kuar skrin kaler biru. Tak paham pe masalahnya. Isk2... Naseb yg sama menimpu cpu aku yg lama. Adehhh.. Dah la dalam tu de keje2 gue. Termasuk la jugak bahan2 merapu lain.

Dan jugak resume yg baru aku update. Adehh.. Nak kena update skali lagik. Leceh. Nak buat guano. Resume kena gak update. Mo apply keje lain kang senang. Kenapa???

Aaah... Aku memang dah lama mengidam keje lain. Tapi belom rezeki. Nak kata aku memilih?? Skit2 tu de la. Keje2 shift memang tak dapat la aku nak apply. Sah2 parents aku tak izinkan. Hmm..

De la 1,2 perkara aku nak gitau. Tapi later la ye. De keje skit nak setelkan dahulu.


~~~Kerana lauk sotong, aku sanggup pulang ke rumah time lunch tuk bersantap. (*.*)

Wednesday, July 22, 2009

menaruh harapan punah

Dah hampir waktu pulang. Aku ngah berkira2 nak masak pe tuk juadah aku berbuka hari ni. Kompem kat umah takde makanan spesel sebab hanya aku sorang je yg puasa. Lagipun orang2 kat umah tu bukannya makan malam sangat kecuali the MAID.

Aku kepingin mo hirup sup sayur. Kalau nak buat sup sayur, kena la gi beli bahan2 lepas opis hour. Dah plan bagusnya. Nak shoping skit sambil2 tu. Skali aku kena angkut bawa balik laptop pacik a.k.a bos gue tu. Alahaiii... Lomah skit la. Nak kena angkot lappy.

Adalah sangat bahaya kalau tinggalan lappy kat dalam kenderaan. Walaupun kenderaan kita itu berkunci. Macik kau pernah mengalaminya. Tak silap aku masa tu bulan puasa. Dia tinggal kat dalam butt keta kejap je. Kejap pun jauh dari pandangan mata, ilang beb. Kena kebas. Bulan puasa tu. Uhh...

Aku gian sebenarnya nak buat entry. Tu pasal wujud entry mengarut camni. Hikss..

Ku sangkakan panas hingga ke petang. Rupanya hujan di tengahari. Ku sangkakan semuanya akan pulih, tapi... Puasa hari ni sebab apa??? Saja nak puasa. Pastu aku pun kerajinan plak bangun tuk sahur. Makan lite2 je. InsyaAllah, sok nak puasa lagik.

Aku kekadang tu terpikir gak pe perasaan orang lain biler die tegur seseorang, tapi takde respon. Cthnya kalau kat YM. Kita tegur kawan kita. Tapi kawan kita tak reply pun. Diam membisu.

Kalau kali pertama tegur, tak dibalas. Boleh assume yg dia bz keje. Tak mo diganggu. Tapi biler kali ke-2/3 tegur, still tak bereply, adakah nak teruskan ngan assumption yg korang buat pd kali pertama itu??

Aku pernah mengalaminya. Bukan skali. Beberapa kali. Bukan dengan seorang, tetapi beberapa orang. Sebab aku ni baik hati, aku buat derk je la. Lepas kali ke-3 tegur pun maseh tak de respon, takde la aku nak tegur dah sampai la aku tak emo dah. Uhhh...

Kalau la aku bz skali pun, bila kwn tegur, aku tak sampai hati tak reply. Mesti aku reply gak walaupun pendek. Then aku katalah aku ngah bz. Takot kawan aku ingat aku ni sombong. Dah tak mo kawan ngan dia. Hmm...

Bila skali kuar entry emo, pasti panjang berjela. Sebelum aku menjelakan lagik emosi aku ni, baik aku chow dulu. De beberapa perkara nak uruskan & seboleh mungkin nak selesaikan by this weekend.


~~~Kusangkan keadaan dah pulih skit, rupanya sangkaan aku adalah meleset. Dah beberapa kali aku menaruh harapan. Akhirnya harapan itu punah. Aku dah lotih menaruh harapan. Cukuplah sampai di sini. Aku tak kuat tuk selalu bersangka baik tuk orang lain. Tuk sentiasa make excuse bagi pihak orang lain.

My Sassy Girl Korea

Kali ni aku ngan baik atinya balik link tuk version Korea plak. Original version. Citer asal ni ditayangkan in 2001. 7 tahun pastu, kuar plak version omputih.

Gelagat mereka dua amatlah mencuit hati. Ganas tak terhingga. Better then the remade one.

Firt Half ~ Part 1 ~ Part 2 ~ Part 3 ~ Part 4 ~ Part 5 ~ Part 6 ~
Second Half ~ Part 7 ~ Part 8 ~ Part 9 ~ Part 10 ~ Part 11 ~
Over Time ~ Part 12 ~ Part 13 ~ Part 14 . Finale ~
"It's building a bridge of chance for your love."

Happy ending. Walaupun endingnya sekejapan je. Perjalanan yg penuh onak duri. (^_^)

Uhhh... Sedey. Gembira. Sumer ada. Superb la tuk piawaian aku. Jemput nonton. I prefer this version. Cumer bab kena tunggu tu yg cam kurang logika. Up until 3 years kena menunggu/menanti. Penantian adalah satu penyiksaan. Sapa yg melaluinya pasti tahu keperitannya.


~~~Semalam last episod The Ugly Betty. Ending yg sedey. Kelmarin dulu, last episod House MD pun sama gak. Sad ending. Uhhh.. Tak suka tol sad ending. Walaupun dlm realiti memang wujud sad ending. Tapi seboleh mungkin, jauhkan sad ending dalam movie/drama, etc hiburan yg seangkatan dengannya.

Tuesday, July 21, 2009

my sassy girl

I watched this movie during the weekend. I didn't manage to watch the beginning & the ending. And I just finished watch this movie. Syiokk...



The Summary:
My Sassy Girl is the tale of the first and last time Charlie Bello falls in love. From their initial meeting, trouble is the name of the game. Imagine an amorphous mass of dating disasters and you get an idea of the relationship between the young couple. Some mysterious force with the strength of gravity between two planets must be at play between Charlie and Jordan as the relationship truly makes no sense on the surface. Everything seems pitted against the two of them. Things suddenly come to a halt when the two write letters confessing their love for each other. Agreeing to meet a year later to read the love letters together, Charlie and Jordan go their separate ways.

Disebabkan aku baik hati & tuk memudahkan korang nonton this movie, sila klik link di bawah.
Part 9 - Final
"You still have to build the bridge to the one you love"

This film is remade from the Korean's film. Tajuk sama. I have not watch the Korean version yet. Later bila dah siap keje, I'll watch. Kang ralik tengok, keje tak siap plak. Ehe...

My Sassy Girl 2008

My Sassy Girl - Original Korean's version.

Thanx to Cik Google tuk gambar2 di atas. (^_^)


~~~Nanti aku mesti kerinduan nak nengok saluran2 yg tersedia kat astro. Yg ada hanyalah tv cenel biasa sahaja. Layannn...

Sunday, July 19, 2009

worth the wait




~~~Would it be worth the wait for me??? I don't want to wait anymore but I keep waiting. Ahhh...

falling for you



I don't know but
I think I maybe
Fallin' for you
Dropping so quickly
Maybe I should
Keep this to myself
Waiting 'til I
Know you better

I am trying
Not to tell you
But I want to
I'm scared of what I'm feeling
But I'm tired of
Holding this inside my head

I've been spending all my time
Just thinking about ya
I don't know what to do
I think I'm fallin' for you
I've been waiting all my life
And now I found ya
I don't know what to do
I think I'm fallin' for you
I'm fallin' for you

As I'm standing here
And you hold my hand
Pull me towards you
And we start to dance
All around us
I see nobody
Here in silence
It's just you and me

Oh I just can't take it
My heart is racing
The emotions keep spinning out

I can't stop thinking about it
I want you all around me
And now I just can't hide it
I think I'm fallin' for you (x2)

Ooohhh
Oh no no
Oooooohh
Oh I'm fallin' for ya

---Colbie Caillat, Fallin For You---


~~~Nothing to say. It's all been told in this song. Hmm...

Saturday, July 18, 2009

awas!!! anda mungkin busan

Amaran
Entry ni agak melampau panjang & akan membuat anda busan. Sila skroll laju2 ke bawah kalau anda busan. Hiksss...


Sejak 2 menjak aku mula berjinak ngan barang kecantikan, aku tros jatuh chenta. Hikss... Pompuan. Tapi tak semua pompuan suka make up. Aku pun sebenarnya bukan suka sangat make up. Aku lagik suka muka aku tak make up. Rasa ringan je muka.

Tapi sebab aku ngada gak nak memilik barang kecantikan ni sumer, kena la pakai. Tapi bukan selalu pun pakainya. Occasion penting je baru rasa nak conteng muka. Mari kita lihat collection aku.

Mula2 sekali pakai mendalah ni. Kalau nak make up stay lama, seelok2nya pakai base plak pastu.

Tuk aku tak yah base. Aku hanya make up sesuka. Pas dah pakai moisturizer, letak plak concealer. Baru gak ni. Peranannya tuk cover kesan2 cela. Aku tak baper reti pakai, kurang berkesan tuk aku.

Pastu, sapu la foundation. Tugas sebenar foundation ni aku kurang pasti. Kalau tak salah aku, tuk hold make up. Ntah r. Aku suka foundation jenis camni.

Kalau nak mudah, sapu concealer & foundation ngan span camni. Tak rugi. Leh ulang2 pakai. Lepas guna, korang basuh la. Letak sabun mandi skit. Akan jadi seperti sedia kala. Hmm..

Dah setel tuk base muka, sapu la bedak. Leh guna compact or loose powder. Aku suka dua2. Tapi ni product baru dalam himpunan aku. Compact di anak tirikan jap. Hiksss...

Dah tu, nak kasi merah pipi letak la blusher. Ni set kedua aku. Ni la alatan make up pertama yg aku miliki. Bedak compact tak kire la ye. Mula2 berkenalan ngan blusher.

Ni the latest product. Hikss.. Tapi tak reti la nak apply eyeshadow. Satu lagik, aku rasa eyeshadow tu tak berkesan tuk mata aku selagi kesan sembap kat mata aku tak ok lagik. Tapi gatai gak beli. Lagipun tgh offer. Cekau satu.

Owhhh.. Aku sangat suka la ngan mascara ni. Senang nak apply. Tak comot2 pun.

Semua barang2 di atas aku potretkan kat opis. Kan aku selalu tiba awal kat opis. Sbb nak gerak awal, tak sempat aku nak conteng muka kat umah. Kang jadik lambat plak. Tapi itu dulu. Skang tidak lagi. Aktiviti menconteng muka boleh disiapkan kat umah.

Ni la hasilnya hari tu. Muka sebelum dan selepas. Yg sebelah kiri tu sebelum. 2 gambar di sebelah kanan adalah selepas. De beza ke?? Aku nampak sama je. Abaikan bibir yg pucat. Aku rimas la pakai lipbalm. Tambah lagik la lipstick. Tapi kalau nak melawa, aku pilih lipbalm & lipgloss saja.

Ni plak hasil aku conteng mata. Tak menjadi kan?? Yg gmbar 1st atas tu adalah kali pertama aku apply. 1st time. Gambar tgh tu adalah yg up kan pasal make up ni. Yg ketiga ni tak ingat kali keberapa tah aku apply eyeshadow. Tak sampai 10 kali lagik aku menggunakan eyeshadow ku itu.

Owhhh... Ni plak yg aku idamkan. Terbaru. Uhhh... Nak pakainya bila tah. Tapi aku suka. Aku dah pernah try pakai. Tu mungkin kena tunggu bulan depan nya gaji kot. Skang kan aku tgh berjimat.

Asyik dok membeli barang make up je, buku pun aku dah lama tak beli. Dah le bulan lepas banyak amek kain kat macik aku. Utang dah bertambah. Sumber pendapatan tak bertambah pun. Uhh.. Ni aku dah pesan beberapa barang dari Jakarta kat macik aku.


~~~Kalau gi opis, aku hanya apply moisturiser, loose powder/compact powder, blusher. Tu je. Yg len hanya apply bila terasa nak apply. Sungguh membazir kan??? Dah tak natural beauty la kalau pakai barang2 kecantikan ni sumer.

sekolah ku

Well, aku adalah terkenang kembali zaman2 bergelar pelajar di zaman2 sekolah dulu. Beberapa hari lepas, aku dok sembat ngan Awa pasal kenangan kitaorang zaman sekolah dulu. Best ooo...

Entrance yg telah berwajah baru. Ke arah pensijilan ISO. Perghhh...

Ni plak plan kawasan sekolah. Kawasan sekolah aku memang tak besor mana pun. Padang sukan pun takde. Padang di luar kawasan sekolah. De padang sejemput je. Tu pun tempat aku berlatih netball. Sekakang kera je kawasannya. Kat sebelah kiri de skolah rendah. Sekolah tengah bandar, memang camtu.

Ni dewan yg tak berdinding. De lagik tangga tu. Hikss..

Kat dewan ni banyak kisah. Ni la tempat assembly setiap hari sebelum masuk klas. De 10 minit kena membaca. Tapi selalunya aku ngan kengkawan akan bersembang. Ahakss... Ada je menda kitaorang nak gosip.

Kat dewan ni jugak la setiap hari lepas rehat masa form 3, kami budak2 form 3 kena kumpul dan nyanyikan lagu jika kau fikirkan kau boleh. Nak bagi semangat tuk PMR. Ni idea En. Cham. Kat sini jugak la klas aku kena denda berdiri sepanjang perhimpunan sebab jadi kelas terbising of the week. Pada masa yg sama kelas kitaorang gak memang minggu Kemerdekaan. Ahaksss..

Banyak lagik kisah kat sini. Bleh main kejar2 kat sini. Luas beb. Kat sini jugak de buat majlis anugerah kecil2an. Last day form 5 pun kitaorang gather kat sini. Sedey o time tu..

Maser aku tinggalkan sekolah, begini la rupa skolah aku. Buruk kan??? Well, dah lebih 1 abad pun usia skolah aku ni.

Kebanyakkan skolah kat pekan kat kampung halaman aku ni sekolah sejenis. Sekolah lelaki de 2 - King Edward & St. George. Sekolah perempuan pun de 2 gak - Convent & Treacher Methodist. De la skolah lain, Sekolah Taman Tasik. Tu skolah baru. Maser tahun aku masuk form 1, skolah tu baru dibuka.

Owhh... Banyak keseronokan zaman skolah dari zaman berkerja skang ni. Tak puas rasanya melalui zaman skolah. Maser tu aku memang aktif. Takde la cam skang ni. Dah mandom. Uhhh.. Takde pemangkin tuk membuatkan aku kembali bersemangat la.

Aku pernah jadi wakil daerah tuk pertandingan Choral Speaking. Skit lagik nak wakil negeri. Tewas ngan Main Convent Ipoh. Tu pengalam yg berharga. Tak disangka2. Aku & rakan2 klas aku la. Karya ditulis oleh Lai Imm. Dapat 2nd place. Menang RM1,000.00.

Duit kemenangan tu wat trip gi Cameron Highland. Sangat sedey sbb aku tak dapat join. So, diorang bagi skit la habuan kat aku sbb tak dapat join. Siap tangkap gambar tuk majalah skolah kat sana. Jeles beb. Gambar aku besa2 je.

Budak2 form 5 dapat kelebihan tuk beraksi macam2 gaya tuk majalas skolah. Tak payah aksi formal dalam barisan sajor. Mana la aku campak magazine skolah tu. Haihhh..

Kalau aku de jumpa pictures zaman skolah dulu2, aku kasi up la. Zaman skolah, aku adalah comot. Style plak ala2 tom boy. Hiksss...


~~~Banyak nak citer ni. Cukup takat sini sahaja buat masa ni. Kalau kerajinan, aku up lagik.

Friday, July 17, 2009

laksa RM1

Owhhh... Mana nak cari laksa yg harga RM1. Rasa pun sedap. ***Ikot piawaian tekak aku la.

Laksa ni harganya RM1. Sedap. Kenyang. Boleh didapati di pasar pagi kat kampung halaman aku.

Yuppp.. Makan laksa as breakfast. Memang tak miss nye la. Tiap kali balik kampung je, sure aku pesan kat mak aku belikan laksa tuk breakfast pagi ahad. Laksanya banyak. Adek aku yg bongsu pun suka gak.

Lama seh tak jumpa adek aku yg bongsu. Pe citer la agaknya. Dah le baru2 ni kat skolah dia de dak dijangkiti H1N1. Kena kuarantin. Patutnya hari tu aku nak singgah melawat dia on the way nak balik KL. Tapi kena cancel. Orang luar tak leh datang melawat.

Teaser tuk entry awal bulan hadapan. Kalau jadik & aku tak lupa. Kalau aku lupa, tolong la ingatkan. (*.*)

Selamat berhujung minggu ya kengkawan...


~~~Aku kalau citer bab makanan memang semangat luar biasa. Hikss... Mungkin di bulan hadapan kalian akan disajikan dengan lebih banyak entry makanan & masakan. Wallahualam...

trouble is a friend



~~~Musicnya cam lagu kindie. Tapi syiok gak le. Yupsss...

cheezy chickaroni


Aku ni agak pantang gak le kalau terpandang iklan makanan terbaru. Tambah2 plak ke tempat yg memang aku mampu tuk berbelanja. Lagi la teruja nak mencobanya. Kan KFC de kuar menu baru. Seperti tajuk entry ini, CHEEZY CHICKARONI.

Begini la rupa isinya. Bercheese tak hengat. Naseb la tak banyak sangat. Mudah, simple & muak. Uhhh... Mujur de 4 ketul chicken ball tu. Dapat kurangkan skit muaknya. Set ni datang skali ngan minuman. Harga RM5.90.

Aku rasa lagik puas la makan nasi dari makan mende ni. Tak pedas pun. Tak masyuk kalau makan tak pedas menyengat. Rasa cam de something missing je. Ehehe... Pe2 pun, aku dah mencobanya. Ok la.

Minuman pilihan adalah air strawberi ni. Aku dulu bukan penggemar air selain dari pepsi kalau makan kat KFC. Tapi sejak aku kawan ngan mfs, dia telah merubah selera pilihan minuman aku. Dulu aku gelakkan dia sbb dia pilih air strawberi. Skang aku plak yg gilakan air strawberi ni.

Lama gak aku amek masa nak habeskan chickaroni tu. Uhh.. Sebab nak kontrol kemuakan yg melanda. Makanan itu adalah berkalori tinggi. Memang tak boleh amalkan selalu.


~~~Aku rasa, setiap perkara yg berlaku or setiap aktiviti yg aku buat pasti akan terselit ngan peristiwa lama. Saling berkait yg tak dapat dielakkan. Tambah plak skang ni aku dalam emosi mengimbas kenangan lalu. Hiksss...

fiat 500


Aku tertarik nak up kan entry pasal kereta kompak keluaran Fiat. Uhhh... Interior nya sangat menarek hati. Merah beb. Yg dalam paper berita harian part auto kaler merah yg exterior nya. Lagik la auuummm... Tapi harga pun boleh tahan la, RM135,000.00 without insurans. Tengok je la. Comey sesangt. Ngan kaler merah. Lagik r terliur.

Sangat sesuai tuk orang pompuan. Alahaiii... Merah & menawan la uolllss...

Buat masa ni, aku bersyukur la ngan kenderaan yg aku miliki. Walaupun baru2 ni de skit prob. Kebocoran skit. Dah le mase tu on the way nak balik ke KL dari kampung halaman. Terlambat la skit gerak. Dah betolkan dah. Nak tune skit. Tapi adek aku la tak nak bawa gi tune. Uhh..

Sejak ada adek aku yg dok berhampiran, aku adalah skit bergantung kepada adek aku. Agak2 cam aku kurang rajin nak buat, aku pas kat adek aku. Haihh... Dulu aku sangat berdikari. Skang ni dah kurang nak berdikari plak.


~~~Hari ni aku cam skit kerajinan nak update. Kojer pun lite2 je. Mungkin aku akan buat rombakan kat blog aku. But dunno yet camno nak rombaknya.

segan r plak

Kisah berlaku kelmarin. Tapi sebab semalam not in the mood to update, hari ni aku kasi up kisah ni. Kelmarin tu hari Rabu bersamaan 15 Julai 2009.

Balik dari opis aku lepak2 depan tv. De opah aku & cousins aku. Tetiba opah cakap kat aku, "Tadi de budak yg berlakon Merah dalam WHI".

Ni la Merah a.k.a Zahiril Adzim.

Uikss... Terkujat saya sebentar. Opah ingat lagik yg aku suka si Merah tu. Suka tgk dia berlakon la. Tak lebih dari itu. Aku la pernah tergatal mulut kata aku suka Merah. Tros melekat dalam ingatan opah.

Aku menjawab hanya dengan senyuman. Pastu kuarkan statement yg sama, "Dia dak tepeng".


~~~Takde idea la tu. Tu yg kuarkan entry camni. Btw, skolah lama ku de website a.k.a laman sesawang. Uhh... Kagum. Zaman dah berubah. Semuanya dihujung jari sahaja.

blind date

Pernahkah anda melalui situasi bertemu dgn sesorang yg tak dikenali atau dengan kata lainnya ber'blind date'??? Inspirasi daripada peristiwa yg berlaku semalam. Bukan kat aku la. Tapi kat si Fafau, hot fm.

Kelakor je biler nengoknya. Berjumpa ngan sesorang yg tak dikenali. Dah le on air. Pastu de siaran langsung kat tv plak. Kalau aku jadik laki tu, dah tentu2 dup dap tak terkira. Laki tu plak kelihatan shy2 cat walaupun telah berjaya menyahut cabaran tuk kuar blind date ngan selebriti.

Aku sendiri pernah melalui kisah blind date ni. Maser tu kat uni. Jumpa ngan seseorang yg tak aku kenali. Tapi jumpa dalam kawasan uni je sbb aku adalah penakot kalau nak jumpa orang yg tak dikenali ini. Dan aku bukan kesorangan. Aku ditemani seorang sahabat.

Sah2 le blind date ngan jantina berlawanan. De ke nak blind date ngan sama jantina. Kalau sama jantina panggil pe ek??? Dan kalau sama jantina, aku takde la penakot & memerlukan orang temankan aku. Hiksss...

So-so je la perjumpaan tu. Aku memang jenis pemalu kalau 1st time jumpa. Cakap pun ala kadar je. Mujur la ada teman yg meneman. Dia jenis yg senang masuk walaupun ngan orang baru kenal. Walaupun orang yg baru kenal tu lelaki. Aku je yg pelik. Ahhh... Aku memang banyak je peliknya.

De satu lagik rasanya blind date aku. Tapi tak baper nak ingat la. Yg satu tu je yg aku ingat.

Sebenarnya dak tu ajak aku jumpa kat luar kawasan uni. Tapi aku tak mo. Tak berani.

Owhhh... Skang aku dah ingat. Blind date ke-2. Kat dalam kawasan uni jugak. Bukan takat kawasan uni. Date kat kawasan kolej pun. Kali ni aku gi sesorang. Dah berani skit rasanya. Ehe... Satu lagik sbb jumpa dalam kawasan kolej. Orang pun ramai. Tu yg berani skit.

Masa kat matriks pun aku de gak jumpa ngan orang yg aku tak kenal. Tapi tu bukan blind date. Tak masuk dalam kategori date pun. Jumpa pun sbb dia bagi makanan kat aku. Bukan aku sorang je dpt. Budak2 bilik aku pun merasa gak. Dia yg insist benor nak belanja aku.

Rajin orang2 yg kenal aku promosikan aku. Yg aku tau masa matriks tu dia kenal aku melalui klas mate aku. Rajin bonar klas mate aku promosi kan aku. Puas aku tekan2 dak tu. Lastly, dia ngalah. Ngaku gak dari mana dia dapat no aku. Pe lagik, tros aku serang klas mate aku yg promo kan aku.

Yg 2 blind date aku kat uni, sampai kesudah aku tak tahu saper yg jaja no aku. Haihhh...

Tapi tu sumer kenangan. Semuanya dah berakhir. Takde sorang pun yg aku still contact sampai skang. Mungkin masing2 dah bina kehidupan & keluarga sendiri. Semoga bahagia. Aminn..

Owhhh... Terlupa plak nak citer aktiviti maser blind date aku. Makan2 sajor. Borak2 sat. Jumpa tak sampai sejam pun. Cuak gak r sblom mula2 nak bersua muka.

De sorang sahabat aku tu, gi blind date siap bawak 2 orang kawan. Aku la slh sorangnya. Cik Yums sorang lagik. Sahabat yg kitaorang temankan tu plak si Dj. Date dia orang dah keje. Maser tu kitaorang kat uni. 1st year lagik tu. Gi makan satay kajang kat Kajang.

Takde gambar kenangan r. Maser tu hp pun besa2 je. Masing2 pakai 3310. Gempak ooo pakai hp tu maser tu. Digi camera pun tak de. Mahal siot nak beli. De camera gabak je. Guna filem.

Dengan kami perangai loqlaq maser makan satay. Hiksss...

Well, tu sumer kenangan. Reminiscent the sweet memories..


~~~Cuma ada yg SATU yg maseh segar di ingatan ku. Aku biarkan sahaja kenangan itu kekal dlm ingatan aku sbb semakin aku cuba lenyapkan kenangan itu, kesakitan akan terasa. Kenangan yg terindah buat aku. Belum menemui lagi pengganti buat KAMU. Hmmm..

Wednesday, July 15, 2009

20 Julai

Israk Mikraj is just around the corner. Peringatan tuk aku & kalian juga. Mari la sama2 kita meriahkan hari tersebut. Aku pernah up satu entry pasal Israk Mikraj, klik sini. Tahun ni, 27 Rejab jatuh pada hari Isnin bersamaan 20 Julai 2009. Alhamdulillah, hari tu nanti aku dah boleh puasa selepas seminggu bercuti rehat. Hiksss... Lagipun tak abeh ganti pose lagik la. Huhuhu...

Nah, ni tuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai fadhilat yg ada dalam bulan Rejab. Sangat menarek.

Ni adalah fadhilat berpuasa pada 27 Rejab - Hari Israk dan Mikraj.
- Seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.
- Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab dengan airnya lebih putih daripada susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin daripada salji.

Walallahualam...


~~~Seronok rasanya bila dapat berkongsi sedikit ilmu dengan kalian. Aku memang suka menggunakan khidmat cik Google. Tu yg sampai bleh terjumpa ngan Text Twist 2. Skang aku dah mula kebosanan sbb takde saingan bila main game tu. Bila ada saingan, baru rancak nak memecahkan rekod. Hiiksss... Last but not least, kredit kepada mereka yg sy amek link itu. Thanx a lot.

Tuesday, July 14, 2009

y???

Mata ku bengkak. Banyak menangis tadi. This song really make me sad. I just want to go home and rest plus stuff a lot of foods. The best theraphy selain dari shopping. Shopping kena dibekukan dulu tuk bulan ni. Tunggu nak raya nanti baru leh shopping. ***I miss those time when we went shopping for Raya 07. Hmm...

Cuba menahan kesedihan yg melanda. (-_-)


~~~Mujur takde orang perasan akan perubahan mataku yg memang kebiasaanya kelihatan bengkak & sembab. Uhhh... Hati ku lara.

terjawab sudah isu ROMEO

Better late than never, aite???

The second ended 2 days ago. Its not that late to make some review for that final episode. (^_^)

Siapa sebenarnya Romeo telah terjawab. He is the same as Harum & Zack. Just a ghost. Romeo is a bad ghost. Revenge of Ramlan a.k.a Romeo. Tak tahan skali adalah scene rasuk merasuk.

Romeo ek sama Harum sbb dia ada skill rasuk orang. Pastu Harum rasuk plak Alicia. Tuk menahan Romeo dari membunuh Alicia. The end adalah sedey bila Eza tikam diri sendiri.

Pacik aku tak baper berkenan citer ni. Dia kata bleh mengelirukan orang yg beragama. Orang mati hidup semula & take revenge of the people that hurt them. Memang tak masuk akal. Aku pun tak percaya pada mende2 tu.

Aku anggap citer ini sekadar hiburan. Bleh ke berchenta ngan orang mati?? Cam tak masuk akal, kan?? Tapi kalau orang yg kita cinta itu mati, pasti rasa itu subur jua. Hmm.. ***Sebelom aku mengarut, bek aku stop.

Yg menggumbirakan adalah pasti ada season 3. Sebab Eza antara hidup ngan mati pada hujung episod. Yg sedeynya adalah Alam telah tiada. Uwaaa....


~~~Streamyx & other broadband services, yg mana satu yg terbaek????

dari future

Camno lagik aku nak buat nak mintak duit aku dikembalikan. Dulu gedung gedang kata biz dia kencang. Skang kata dah slow down plak. Adehhh... Aku tetap nak balik amaun yg telah aku sebutkan itu. Yg balance tu, lambat skit pulangkan pun takpe. Tapi kalau nak halalkan??? Tidak le. Aku bukannya senang sampai sebegitu. Dikatanya sama aku yg wang dia dah dimasukkan dalam satu akaun ni. Buku akaun tersebut adalah dalam simpanan ayahnya. Wat the??? Ko memang cakap gedang. Aku gak salah sebab dah serah duit baru aku sedar. Aku cam skit terpukau la bila dengar cara dia cakap tu. Bila dah serah duit, aku duduk diam. Kenangkan balik camne future aku. Aku tahu aku takkan mampu bertahan seperti yg dicanangkan olehnya. Owhhh... Mengapa terlambat aku menyedarinya. Sebelom itu, dia pun banyak sangat alasan nak serah barang aku. Sampai aku dah fed up. Tu yg aku mintak wang aku dikembalikan. Letih la ngan orang cakap pusing ni. Tambah plak ngan kejadian yg sedang berlaku skang ni. Haihhh... Ya Allah, aku mohon pertolongan Mu agar orang yg berkenaan terbuka hati hendak pulangkan wang ku itu. Aminnn....


~~~Entry ni ngan sengajanya aku back dated kan. Nak luah perasaan puas2. Walaupun aku tau cara2 nak wat protected entry, tapi aku tak nak seal entry ni ngan password. Hmm... From one day in Aug.

I'LL REMEMBER YOU!!!



It has been so long since we have talked
I hope that things are still the same
hoping they will never change
cause what we had can't be replaced
don't let our memories fade away
keep me in your heart for always

You made me believe
that I can do almost anything
stood right by me
through the tears through everything

I'll remember you,
and baby that's forever true
you're the one that I'll always miss
never thought it would feel like this
I'll be there for you,
no matter what you're goin' through
in my heart you'll always be, forever baby
I'll remember you

I promise you I won't forget the times we shared, the tears we cried
You'll always be the sun in my sky
It may be fate that brings us back to meet again someday
Even though we go separate ways

If the day should come when you need someone
(you know that i'll follow)
I will be there
Don't ever let there
be a doubt in your mind
'cause I'll remember you, you

Forever baby, I'll remember


~~~These past few days, I kept thinking about my bestfren. We have not contacted each other for quite sometimes. We used to sms each other trough out the day. But now we are like strangers. Hmm... I blame myself for what had happened to our relationship. It is so hard to make it right again. I have try so many times & I keep hurting myself. I can't bare those feeling anymore. I want to correct everything that I'd done. This song I dedicate to u.

Friday, July 10, 2009

who is ROMEO???

Will there be Season 3???

Wah... Tajuk adalah tak bleh blah langsung. Berdebar2 siot nak tahu siapa sebenarnya ROMEO a.k.a Ramlan. Saper pengikut citer Ghost 2 pasti tahu aku citer pasal apa. Hiksss...

Ahad ni merupakan finale tuk Ghost 2. So, Cik Yums, sila la rebut hak menonton finale secara live. Kang ko ketinggalan plak. Tak pun nak suruh aku citerkan. Ehe... Sajer nak ngada2 tak mo ko saspen tunggu sampai sok tuk ketahui kesudahannya season kali ni.

Owh.. Aku akan pastikan yg aku dah berada di rumah pada hari Ahad nanti selewat2nya 15 min sebelum rancangan bermula. Mo chop tv ma. Memang la bleh tgk online kalau terlepas malam tu. Tapi feel tak sama r.

Seusai citer ni, pasti malam minggu aku takde apa yg menarek. Uhhh.. I will be missing Alam. Uwaa... Aku minat gak Anding masa mula2 dia join AF. Dalam AF kan Anding ada skandal ngan Edlin. Aku tak restu. Tros tak minat dah.

Tapi sejak dia berlakon dalam Ghost 2, tetiba minat balik. Ahakss...

Alam, Eza & Harum.

Alicia, Edmund, Ridwan & Fariz.

Siapakah Romeo sebenarnya???

Dia mati ke tak sebenarnya???

Camno Din si polis tu leh nampak Harum???

Scene minggu lepas masa Din nak bunuh Eza, ooohhhh sangat touching. Bukannya sebab Eza nak kena bunuh. Tapi sebab kata2 yg diluahkan oleh Zack. Zack suruh Din bunuh je Eza so that dia bleh bersama ngan Eza.

Zack suka Eza. Ayat2 dia luahkan perasaan tu, aaauuuwww... Tak tercapai dek akal ku.

Apa agaknya aku nak buat malam minggu di minggu hadapan?? Hmm...

Minggu depan jugak, siri Korea yg aku ikot tu akan tamat. Walaupun aku dah tau penamatnya camne, aku tetap nak tengok siaran kat tv gak. Hikss...

Mulakan kehidupan baru, yukkkk...


~~~Aku lihat kat live traffic feed aku tu, ramai yg google pasal Zahiril Adzim. Aku bukanlah kipas susah mati dia. Aku sekadar meminatinya. Gaya dia berlakon. Lepas tu penulisan dalam blog dia. Interesting. Apa charm nya dia??? Tak dapat nak dihuraikan ngan perkataan. Cerita 100 hari jadi, walaupun takde apa yg menarek sangat. Tapi aku bleh tgk ulang2 kali. Sebabnya adalah watak yg dimainkan Zahiril. Mengong.. Tapi dia tak chinese look. ***Org2 yg rapat ngan aku pasti tahu maksud tersirat statement ini. Hiksss..

kekasih baru

~~~Kawasaki Ninja~~~
Montot melentik yg menjadi pujaan hati..

It's not mine. It's fren of mine. Katanya harga sibiji/sebuah motor ni lebih mahal dari harga sebiji/sebuah proton saga. Wah... Sajer nak tayang gambar di sini. Sambil2 tu aku nak buang gambar2 yg tak penting. Hiksss..

Dengan kenderaan barunya ini, dia kata nak mencoba buat record ke Melaka within 35 /45 min ke. Lupa plak saya. Dalam minggu lepas rasanya aku chat ngan dia tu. Gambor pun dia bagi masa chat hari tu.

Itu je aku nak kisahkan pasal kekasih baru. Bukan milik aku pun. Milik orang lain. (^_^)


~~~Tetiba aku terlupa penjodoh bilangan tuk kenderaan. Tadi de pegawai dari KWSP dtg opis aku ni. Disuruhnya aku nulis 2,3 ayat pendek. Depan2 dia. Dia bagi ayat. Mula2 dia bagi poin je suruh aku buat ayat. Sekali aku blur. Tros dia yg bina ayat tuk aku. Aku tulis je. Tu pun penuh ngan kesilapan tatabahasa. Ahhh.. Memang kelemahan aku la tu. Hiksss..

Thursday, July 9, 2009

TEXT TWIST 2

Uhhh... Tetiba je aku menjadi addicted kepada games. Adehhh... Macam la aku banyak free time cam maser student dulu. Masa zaman ngaji kat uni la aku mula mengenal games ni sumer. Sronok tuk ngisi masa lapang. Naseb baik tak sampai terlalai...

Aku dok hostel. Tv sumer memang tak layan sangat la. Hanya bergantung kepada sumber hiburan dari lappy semata2. Owhh.. Terlupa dah pada jasa baik radio. Masa tu, stesen radio era la yg menjadi halwa telinga.

Sronot betol biler mengenangkan zaman2 student dulu. Banyak yg menggumbirakan walaupun terselit juga kisah2 duka. Asam garam kehidupan ma.

Alamakkk.. Sy ni suka benar lari tajuk la..

Kembali kepada text twist 2. Version kedua ni lagik best dari version 1. Dah up lagik 3 jenis game selain dari untimed & timed.

Mempersembahkan, TEXT TWIST 2...

Sesaper yg berminat bleh la download sini. Thanx to downloads-freegame.

kakuro

My latest addiction...


Ni la rupanya..

Susah siot. Ni baru pertama kali aku mencobanya. Lagik susah dari sudoku. Ni la yg mengisi masa lapang aku. Tak keluarkan belanja yg banyak. (^_^)

Sebagai beginner, aku tak buat la yg susah seperti gambar di atas. Aku buat yg sonang je dulu. Korang bleh dapatkan versi printable kat Krazydad.


~~~Kekadang tensen gak biler tak dpt selesaikan. But it's fun. Cobalah.

local fruits

Yeeehhhhaaa!!!

Musim buah datang kembali...

Tetiba plak terasa nak bercerite pasal Raja Buah.. Saper lagik kalau bukan cik yg mengeluarkan bau paling kuat iaitu cik durian..


Last weekend, macik aku balik kampung dia kat Pahang. Macik aku adalah adik ipar mak aku. Maksudnya suami macik aku itu adalah adek mak aku. Ni citer pasal macik aku yg aku dok numpang umah skang ni.

Balik dari kampung, banyak jugak buah2 yg dibawa pulang bersama. Termasuk la cik durian. Aku bukanlah pencinta durian. Tapi kalau tuk merasai seulas 2, not a big problemo for me.

Durian kampung beb. Bau memang semerbak la. Aku rasa kalau orang lalu kat depan umah pun dah leh bau durian. Hiksss...

2 malam yg sudah adalah aku merasai durian yg dibawa pulang. Uhhh... Makan seulas pun lombap. Biler makan ulas kedua, I dah cannot go. Tak tau la naper.

Aku adalah tak suka kalau isi durian tu keras. Sebelum nak amek makan, aku suka tekan2 dulu durian tu. I mean ulas nya la. Gilor nak main tekan2 kulit durian. Dah sah2 le kulit tu keras. Silap2 luka jari jemari mulus ku. Miahahaa...

Macik aku berbulu je tgk perangai aku. Agak2 aku rasa isi durian tu keras, aku tolak kat adek aku. Naseb la ada adek aku tu. Dia memang agak gila durian.

Paling mengujakan aku tuk rasa durian tu bila isinya kuning. Uhh... Tapi kalau durian yg jual kat supermarket yg dah buka dan terang2 nampak isinya kuning, aku tak teruja langsung nak rasa. Banyak songeh plak aku ni.

Uhhh... Nampak sedap.. Kalau camni, teruja gak nak rasa.

Ok.. Abeh citer cik durian. Selain durian, de gak rambutan ngan manggis. Manggis & rambutan, aku takde masalah tuk makan. Sambil layan citer Korea, makan buah. Sodap. Ni aktiviti malam semalam la. Abeh sudah stok buah macik aku bawa dari kampung dia.

Suka main teka ulas manggis. Tau ke korang camne nak teka ulas manggis sebelum buka kulitnya???

Owhhh... Satu lagik. Kisah pasal durian. Kazen aku panggil durian tu rambutan. Wakakaka...

Aku paling suka kalau rambutan gading. Memang bleh makan banyak la. Tak kisahkan orang belakang dah. Hiksss... Isinya sama je aku rasa. Tak tau naper ngan rambutan merah aku kurang tertarik. Oppssss... Bukan tak suka merah ye.. Hiksss...

Lagik satu kisah pasal pacik aku. 1st time dgr gurian gugur. Excited giler. Ni macik aku la yg citer. Hahaha... Puas la aku ngan adek kau gelakkan pacik aku yg jakun itu.

Well, aku ngan adek aku kurang jakun skit sbb dulu kat belakang kuaters kitaorang dok de pokok durian & pernah dah kitaorang dengar durian gugur.

Tinggi ooo pokok durian.

Takleh r pacik aku nak main2kan kitaorang. De ke kata pacik aku yg gi petik buah durian kat pokok. Tak logik langsung. Dah le pokok durian tu tinggi. Tu sepasal la. Sepasal lagik, pacik aku tu gayat. Sedangkan naik kabel car kat Langkawi tu pun dah pucat2. Hiksss..


~~~Sronok kalau ada dusun. Famili blah aku memang takde yg ada dusun. Kat kampung abah aku ada sawah/bendang je. Takkan nak kutip biji padi makan plak kot. Uhhh...

bila esok hari jumaat

Semalam aku agak kepingin benor mo update ngan giatnya. Tapi line blogspot ni plak cam apa je. Tak senang aku nak update. Pepagi ni aku gigih plak nonton citer Korea, Cinderella Man. Beshhh..

Tapi disebabkan tetiba video tu lama benor buffer nya, aku memupuk la mood update ni. Harap2 menjadi la yerk. Lalala...

Hati ku girang bila mengenangkan sok adalah Jumaat.

Balik kampung...
Ooooo....
Balik kampung...
Hati girang...

Hiksss...

Tak sampai 2 minggu aku balik kampung, dah nak balik kampung lagik???

Kot la ada yg mempersoalkannya. Kalau takde pun takpe, no problemo.

Ada la sebabnya aku mo balik ni. Kali ni balik ngan keta plak. Lama siot tak balik ngan keta & drive sendiri. Yg sronoknya balik ngan drive sendiri, bleh singgah memana bila rasa nak singgah.

Tapi satu je la, kalau time peak season memang aku akan elakkan drive. Tak larat r. Lotihh..

Haihhh...

Nak balik kampung... Nak balik kampung... ***(Tone baca cam citer Labu Labi; nak cari kayu, nak cari kayu..)

Adek2ku pun ada sama kecuali yg bongsu. Saper suruh balik last wik. Dah tak dapat nak berjimba ngan kami2 yg balik this wik. Hiksss...

Mungkin jugak last wik adalah minggu yg dibenarkan diorang balik kot. Tu yg dia balik. Dia dok asrama ma..


~~~Perkara yg mengujakan aku adalah bila mo pulang kampung. Memang tak dpt sorok r keterujaan itu.. Pasni tak tau biler plak mo pulang. Maybe bulan pose nnti kot. Ramadhan kan tak lama lagik je. Hooorrrayyy!!!
Google