Wednesday, June 17, 2009

theme - gold; blue & white

Selama aku dalam mode tak rajin update, de 3 kenduri aku attend. Mungkin yg bakal2 nak mendirikan masjid boleh menjadikan antara themes ini sebagai rujukan. Hiksss..

1 kenduri telah aku laporkan; Noraini & Fawwaz.

Dua lagik adalah kenduri Ana & Din dan satu lagik adalah cousin aku nye cousin. Dah aku ada kat umah macik aku time tu, harus la aku di angkut sekali. Hiksss...

Ana & pasangannya. Majlis berlansung di Gopeng. Aku gi ngan Odah. Berdua sahaja. Tak havoc cam kenduri Wanee & Noraini. Maybe sebab kami tak rapat sangat. Tak cam aku ngan kengkawan sekolah ku. Kucar kacir. Hiksss...

Singgahsana buat mempelai bersanding. Indah. Theme mereka adalah blue & white.

Hantaran dari pihak perempuan buat pihak lelaki.

Hantaran pihak lelaki kepada pihak perempuan. Rombongan lelaki adalah dari Kelantan.

Satu kisah berlaku semasa di rumah kenduri. Sesampai je ke rumah Ana, teros aku & Odah masuk umah jumpa pengantin. 1st time bersalaman, si Ana tak cam aku. Isk2...

Biler dah borak2 lama skit baru la Ana terjerit kecil. "La... W**** rupanya."

Gelak besar la kami sumer. Aku, Odah & Ana. Uhhh... Camno la Ana bleh tak cam aku. Tapi mujur jugak dia maseh ingat sore aku. Dia cam aku dari sore.

Mungkin sebab pembesaran yg berlaku pada wajahku kot yg buatkan dia tak cam aku. Lagipun hari tu aku cam anggun skit. Miahahaha... Nak jugak puji diri sendiri.

Kalau di imbas kembali masa zaman perkenalan kitaorang di Matriks, aku adalah kategori simple & selekeh skit. Nak bergaya mendenya masa zaman belajar. Kalau skang ni lain la. Duit sendiri de. Bleh la kalau teringin nak ber make up.

Tapi bukan make up sangat pun. Baru berjinak2 ngan compact powder. Hiksss..

Sebabkan mula nak ber make up ni la membuatkan poket ku skit robek.

Singgahsana yg kaler gold. Chantek gak.

Ni la pasangannya. Aku tak kenal pun mereka. Ni anak buah macik & pacik aku di KL. Kenduri adalah di Seremban.

Masa gi kenduri kat Seremban ni, aku dok borak2 ngan cousin aku. Kitaorang dok citer pasal majlis kenduri kendara kawen ni la. Kena de bajet besor. Takkan nak buat loan plak kot sebab nak kawen. Lepas kawen kang nak kena tanggung beban plak.

Seelok2nya, buat kenduri ikot bajet yg ada. Ukur baju di badan sendiri. Hmm..

Bleh cousin aku kater dia nak buat kenduri ngan bajet RM1k sajer. Hikss.. Apa la yg dapat ngan bajet banyak tu. Owhhh...


~~~Setiap yg berlaku, pasti ada hikmahnya. Semalam aku trime brite yg skit gumbire. Skit sedey pun de gak. Tapi akan aku trimenya ngan hati terbuka. It's time for me to move one step forward. No turning back.

No comments:

Google