Ni last 2 weeks nye aktiviti. Aku menonton wayang bersama dua orang cousin aku & abang ipar mereka. Wife nya a.k.a cousin aku maseh dalam pantang. Tak leh ikot. Hubby dia nak jugak ikot. Takkan nak halang plak kot.
Sebabnya hubbnya nak ikot, kami dera dia. Suruh drive gi sana. Sana mana???
Sana itu adalah di sini. Kenal??? KLCC. Wah, udah lama ngak sampai sini. Ramai banget orangnya. Aku adalah orang yang bertanggungjawab booking tiket. Nak gi nonton hari Sabtu. Cousin aku leh rilek je. Wat derk. Nak men redah je beli tiket masa nak gi tengok. Kena ada back up plan ma. Kang kalau barisan adalah terlampau panjang, camno???
Mujur jugak aku booking tiket. Orang adalah sangat ramai. Berbaris melingkar2. Kat booking kaunter, orang punya la ramai. Hari cuti plus cuti skolah. Mesti la ramai. Parents bawak anak mereka menonton lagik. Mo tak ramai. Back up plan, aku suruh cousin aku beratur kat kaunter biasa.
Yg lepas dulu adalah cousin aku. Bebudak yg kat booking counter banyak no cekadak. Haihhh... Sabor je la. Takpe2.. Yg penting dah dapat beli tiket. Citer pe yg kitaorang tengok??? Tengok la tajuk entry. Isk2...
JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK
Mungkin ada lagik di panggung. Gi r layan... Citer genre lawak seram or seram lawak. Mana2 la. Yg penting de dua2 elemen tu. Wiki wiki...
Pelakon2 citer ni. Lan Pet Pet (orang minyak), Cat Farish (toyol), Samzey (hantu raya) & Lisa Surihani (PA datuk mereka). Biler malam menjelma, mereka bertiga dari orang biasa bertukar menjadi makhluk2 seperti di atas. Kelakor. Tapi kelakornya takde yg betul2 meletopss & terlekat di ingatan..
Paling best skali biler scene dalam gua tu di amek dekat kampung gue. Lalalala... Glamer gak Gua Cenderawasih tu ye.
Nak citer panjang pun tak dapat sebab aku cam dah ingat2 lupa jalan citernya. Dah basi baru nak kasi up. Mana nak ingat keseluruhan citer.
3 orang di atas adalah bersaudara. Tapi tak pernah kenal. Sehingga suatu hari mereka terima telegram dari PA arwah datuk mereka. Rupanya ada 'mende' yg arwah datuk mereka nak pas kat mereka.
Malam pertama, diorang terkujat dengan apa yg menimpa mereka. So, malam berikutnya diorang cuba menahan diri dari bertukar menjadi makhluk2 di atas. Diorang ada 3 malam tuk ujian khas menerima makhluk2 itu. Kalau lepas, maka makhluk2 itu akan mendampingi mereka.
Kirenya cam saka la kot mende ni. Tetiba teringat kisah abah aku & staff nya yg ada menda ni. Saka harimau. Uhh... Nak buang adalah sukar. Tak tau la aku prosudernya camno. Aku tanya kat abah aku. Abah aku kata memang la bleh buang. Tapi ada la cara2nya.
Aku rasa citer abah aku pun kelakar gak. Muda lagik staff abah aku tu. Dia bawa anak dia gi zoo. Masa lalu depan kandang harimau, bleh harimau ngaum. Terkejot staff abah aku tu. Tersahut juga la ngauman harimau tu. Hiksss...
Tapi biler mende tu datang, takde la sampai bertukar jadik harimau. Cuma dia tetiba je jalan cam harimau. Kuku mencengkam. Ngaum sesikit. Iskkk... Kesian. Bukan dia minta. Tapi dia dapat. Hmm...
Owh... Dah out of topic. Aku memang suka begitu.
Dah abeh tengok wayang, sempat la berlegar2 seketika kat dalam KLCC tu. Terlabur jugak la skit wang. Hiksss..
Kat centre court de lego wat exhibition skit. Kekanak bleh main lego. Tapi tak tau la pe t&c nya. Aku tengok dari atas je. Tak turun ke bawah situ pun. Seronok jadik kanak2 zaman skang. Zaman aku kekanak dulu sangat lain. Tapi aku bersyukur. Tak terlalu mewah. Kalau dimewahkan, tentu aku akan jadik spoil. Ni dari pemerhatian aku la.
~~~Benda2 ghaib memang wujud.