Tuesday, February 10, 2009

perjalan pulang....

Aku dah menjadi pengguna perkhidmatan ketapi dah skang ni. Ok gak le. Ramai jugak yg menggunakan perkhidmatan ketapi rupa2nya. Aku je yg baru perasan gamaknya. Huhuhuhu... Balik ke Tepeng hari tu aku naik ketapi. Balik sini pun naik ketapi gak. Naik yg 2nd class nya coach. Siap de tv lagik. Hiksss... Aku ni payah nak tidoq bila dlm kenderaan. Walaupun naik train malam. Kerusi pun agak selesa. Tapi sejuk yg amat la dalam train itu. Mana pi lemak2 aku ntah le. Nak buat penebat haba pun tak dapat. Naik train kol 8 malam. Aku plak time tu memang kelaparan. Lunch pun hanya biskut je. Sementara tunggu time nak masuk ke train, aku gi la membeli makanan tuk dimakan dalam train. Sudah semestinya nak makan nasi. Lapaq deh.. Elok je train gerak dari KL Sentral, aku pun buka la bekal aku. Eh, lupa plak nak habaq. Kat sblah aku de sorang Indian gal yg dok. Tak diam gak dia dok. Tak selesa aku nak memakan juadah aku jugak. Lapaq nya pasal, aku hadapkan jugak bekalan aku. Hajat di hati, lepas makan nak beradu kerana mataku memberat masa on the way ke KL Sentral. Pewot dah kenyang. Bersiap sedia la aku nak tidoq. Selimut bagai. Amek posisi yg paling aku rasa selesa. Sedang aku baru nak belayar, aku dikejutnya ngan penjaga tiket. Isk2... Tokojut den... Tros terbantut aku nak tidoq. Cittt... Potong stim tol la pacik tiket tu. Tak dapat sudah aku nak kelelapan. Mujur aku de bawa novel. Baca la. Baru beberapa page, aku dah tak leh nak cocentrate. Uhhh... Boring. Naseb la diaorang pasang citer Mr. Bean versi kartun. Layan la jugak. Abeh kartun tu, diaorang pasang dokumentari pasal Harley Davidson. Uhhh... Bapak la busan. Bek la pasang dokumentari pasal haiwan. Layankan jugak aku ini. Isk2... Aku memupuk kembali mood membaca. Tapi kosentrasi tak tetap. Kejap on. Kejap off. Dekat sejam pastu de movie la plak. Citer Princess Diaries 2. Mujur la.. Wat peneman aku yg tak dapat nak lelap ini. Terasa la plak mulut nak ngunyah. Tapi takde menda kudapan. Yg ada hanya gula2. Mana kelaratan nak makan gula2 je. Nak ke beli kat kantin yg de dalam train, idokle... Naper??? Harga lebih mahal. Tapi kalau dah terdesak sangat, aku gi beli gak le... Elok je nak sampai ke stesen Sg. Siput, baru mata aku rasa berat. Baru terasa nak tidoq. Perjalanan aku dah tak jauh mana. Takot gak kang kalau aku tido, terlepas stesen aku. Uhhh... Tapi sebab mata dah tak tahan, aku lelap gak le. Tidoq2 ayam. Kejap2 je mata aku nak terbuka. Tengok jam. Uhh.. Baru sangat aku terlelap. Lepas dari stesen KK, aku memang tertido ngan agak nyenyak. Mujur la tak terlajak. Hiksss... Alahamdulillah, aku selamat tiba. Dijemput oleh parents & adek ku. Gi isi pewot bentar sebelom berangkat pulang ke rumah...

No comments:

Google