Tuesday, February 10, 2009

outing sajor

Hari Sabtu aku bangun lewat. Dekat kol 10 pagi baru terjaga. Kalau tak kerna sebab2 tertentu, mo jugak aku terlajak sampai ke tengahari. Hiksss... Anak dara bangun lambat. Sangatlah tidak manis.

Ala... Hari Sabtu tu memang tak dapat dielakkan dari bangun lewat. Alasan munasabah adalah kerna aku tidoq pun lambat. Kol 3 lebih kot baru aku terlelap. Tu pun jenuh aku paksa gak mata aku tido.

Banyak lagik perkara nak disetelkan di siang harinya. Bangun je I tros mandi. Dah sesiap, mencari breakfast plak. Kebetulan yg amat sangat. Bonda ku baru je sudah mengoreng pisang. Yummy!!! Dapat makan pisang goreng panas. Brunch la saya.

Tapi takat sepotong dua je termampu nak masuk ke pewot. Tak baper lapor. Lagi plak ku lihat lauk tuk lunch dah siap dimasak. Elok la sediakan pewot tuk lunch nanti. Rajin mak I. Awal lagik dah siap masak tuk lunch. Anak daranya bangun2 tengok dah siap semuanya.

Aku de dapat resipi sotong goreng tepung dari Miss Xara. Hajat awal nak mencoba membuatnya kala berada di rumah di kampung halaman. Apakan daya. Sotong sudah siap dimasak sambal tumis. Postpone ke hari lain aku pulang ke kampung ku.

Pas lunch mak pesan suruh bawa opah gi beli ubat. Stok ubat tuk opah la. Opah nak datang ke KL. Lawat anak, menantu, cucu & bakal cicit. Tak tau baper lama nak dok sini. Baru datang, takkan dah nak tanya bila nak balik. Kejam & keji sungguh perilaku kalau begitu.

Kembali kepada kisah di hari Sabtu itu. Berjanji la aku ngan opah nak kuar ke pekan lepas Zuhur. Opah aku gi beli ubat kat farmasi sajor. Pas beli ubat, aku ajak opah aku gi cuci mata. Melihat2 tudung. Bukan nak beli pun. Sekadar cuci mata saja. Takkan nak tros balik kot. Walaupun tak jauh mana pekan ngan umah.

Pastu aku ajak plak opah aku gi pekena cendol bismillah. Ala... Skang dah sesedap dulu rasanya. Dah kurang kick. Minum cendol je la. Pewot kenyang lagik. Kami dua2 dah pekena nasi.

Dah tu, aku ajak plak opah gi kedai borong. Nak beli kepek ubi. Akhirnya, terlaksana gak impian aku nak beli kepek ubi. Hiksss... Dah setel sumer, pulang la aku ke rumah.

Sambil menunggu mak & adek aku bersiap, sempat la aku bergambar. Banyak shot gak le. Lamer bebenor adek aku siap. Huhuhu....

See, punya lama menunggu adek aku. Sempat gak aku bergambar bersama rumah. Rumah ni la rumah parents aku. Rumah kampung je.

Sampai je kat umah, mak aku plak ajak kuar. Kata adek aku nak beli kasut. On je la saya. Lepas asar plak kuar. Gi pekan jugak. Semenjak dua menjak dah naik Taiping Sentral, pekan dah kurang orang. Ke sebab bukan musim orang balik kampung, tu yg lenggang. Walllahualam..

Pusing2 jap kat pekan. Akhirnya, yg dapat barang bukan adek aku. Tapi aku. Lalalalala...

Sebelom kuar ke pekan, aku gi tempah baju. Baru2 ni aku de amek dua pasang kain ngan macik aku. Customer tetap sudah. Rasanya aku tak pernah pun beli kain pasang kat luar selain dari macik aku itu. Huksss...

Tempah dua pasang baju je dah RM100. Torkojut gak. Harga petrol dah turun pun, masih de harga barang/perkhidmatan yg naik. Isk2... Gaji gue jugak yg blom naik lagik. Pulang ke rumah, dah nak magrib pun. Lepak kat umah je malam tu. Itulah aktiviti aku di hari Sabtu, 7 Feb 2009.

No comments:

Google